Tuesday, June 28, 2011
Monday, June 27, 2011
cakap banyak
Assalamualaikum...
Semua orang dikurniakan mulut yang comel untuk bercakap. So, gunalah nikmat yang diberi dengan sebaiknya.
Sangat annoying bila ada orang bercakap benda yang kita tak suka berjam-jam lamanya. Nak menyampuk nanti dikatakan kurang ajar, nak disuruh berhenti lagi dikatakan kurang ajar dan nak cakap "kata-kata kau ni membosankan lah " tidak berani pulak. Apa yang perlu dibuat?
Kita hidup nie jangan lah dup cakap banyak sangat. Bukan semua orang suka apa yang kita cakapkan. Asal ada orang layan cukuplah. HEHE. Kalau nampak muka member macam pelik jep paham-paham jer laa. STOP talking.
Apa reaksi korang kalau ada member yang cakap banyak berjam-jam kat korang dan korang tak berminat dengan cerita yang disampaikan. Adakah korang layan jer?
Errr..aku pun kadang-kadang banyak cakap jugak. Tapi kalau ada 2 ways communication ok jer kan.
Sunday, June 26, 2011
gara-gara takde duit kecil
Assalamualaikum...
Dulu aku tak kisah sangat pasal duit syiling yang ada kat dalam purse. Tapi semenjak dua menjak ni aku akan make sure purse aku akan ada duit syiling. Disebabkan anak saudara member aku telah mengalami situasi begini.
Yer laa. Dah budak tu baru umur 11 tahun mana boleh tahan nak terkucil ni. Nasib tak terbuang air besar kat situ.
Sekarang ni nak semua benda semua kena bayar. Jarang ada benda free nie. Nak masuk toilet pun kena bayar. So, moral of the story sediakan duit syiling untuk emergency case. Jangan dup bangga sangat ada duit besar-besar semua :)
Labels:
duit kecil,
toilet
Saturday, June 25, 2011
kehilangan
Assalamualaikum...
Hilang sesuatu barang yang berharga dalam hidup memang buat fikiran serabut. Tambahan lagi barang tu memang kita dup hadap hari-hari.
Semalam 2 orang member aku ada hilang laptop. Dua bijik laptop hilang dalam masa yang sama. Tak sampai setahun pun beli. Hilang kat dalam bilik yang diaorang sewa sepanjang praktikal kat sini.
Aku tumpang simpati kat dua orang tu. Dah la takde saudara mara kat Kelantan ni. Laptop kalau 10 hengget sebijik takpelah. Ni kena ada beriban baru boleh beli. Dan yang paling pentingnya isi-isi yang ada dalam laptop tu. Report, nota dan benda-benda penting yang lain.
Aku tahu 2 orang member aku tuh sedih dan mesti serabut fikir kejadian tuh. Tapi diaorang still berlagak cool. Boleh gelak dan senyum2 lagi. Dalam hati diaorang jer yang tahu.
Member aku cakap kalau jumpa suspek tuh memang dia akan bagi penumbuk sekor-sekor. Takde nak tanya apa dah.Tapi tulah suspek tuh dah melarikan diri.
Ciri-ciri suspek :
1) berkeluarga - ada 2 anak kecil
2) pakai kereta kancil
3) gerak-geri yang mencurigakan
4) menghilangkan diri selepas kejadian tu dengan tidak mebayar sewa bilik
Aku sebagai kawan diaorang kat sini agak rasa bersalah kerana tak dapat nak tolong apa-apa. Yerlaa diaorang takde saudara mara kat sini kerana masing-masing orang Selangor dan Pahang. Kawan-kawan pun tak ramai kat sini.Aku cuma boleh cakap sabar dan menjadi pendengar sahaja. Maaflah korang. Tu jer yang aku mampu :'(
Aku harap korang berdua banyakkan bersabar. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian tuh. Kalau jumpa suspek tu kita ganyang dia puas-puas OK !
p/s : ini baru barang yang kita sayang tak ada, bagaimana kalau orang yang kita sayang tiba-tiba tak ada.. Itu lebih menyakitkan..
Labels:
kecurian,
kehilangan
Thursday, June 23, 2011
perkara tak dijangka
assalamualaikum...
Kadang-kadang ada perkara dalam hidup kita yang berlaku dengan tiba-tiba tanpa kita ketahuinya. Perkara yang datang tanpa diundang kadang-kadang sangat menyusahkan kita.
Haha. Salah satu perkara yang berlaku tanpa dijangka dalam hidup aku ialah bila tekan flush dalam toilet dan perkara sebegini akan berlaku..
Air flush yang melimpah ruah memang tak sangka lah kan. Tak pasal-pasal kain or selua basah. |
Selepas kejadian itu, apabila siap menunaikan hajat aku akan tekan flush dah lari keluar dengan kadar yang laju. So, selamat lah. Haha. Kantoi sudah.
Memang kita tak dapat nak elak certain perkara yang berlaku. Tetapi apabila kita dah tahu apa yang akan bakal berlaku dan ianya membawa kepada keburukan kita haruslah membuat tindakan untuk mengelakkan perkara tersebut berterusan menyusahkan kita.
p/s : tandas kat office aku la selalu macam tu. So, memang semua orang akan buat macam aku rasanya. Tapi wat diam jep. Harapnya diperbaiki lah secepat mungkin.
Wednesday, June 22, 2011
rabbit for sale
assalamualaikum..
Mesti ada orang ingat aku kejam oh nak jual menatang yang comel dalam entry my petty semalam.Sebab menatang tu nak kena jual ialah 'reban' dia dah tak muat dah. Rebit ni semua ada dalam 30 ekor kot. 2 'reban' dah dibina. Tapi generasi rebit nie semakin bertambah. Start bela 3 ekor jep. Tapi sekarang ada 30 ekor. Sebenarnya lebih lagi tapi ada yang dah kena jual dan ada yang mati. Nak beli tak. Comel-comel semuanya. Ni gambar sebahagian daripada rebit-rebit tuh.
Aku memang sayang kat rebit-rebit ni so, kalau sesiapa nak beli kena ada ciri-ciri tersebut :
1) Penyayang - kalau tak pandai dan malas nak jaga baik takyah beli. Tapi tak susah pun nak jaga rebit ni
2) Niat untuk membelanya- Kalau korang beli untuk buat sate arnab memang aku takkan jual lah. Tak faham betul binatang yang comel nie pun ada yang sanggup makan.
3) Tak boleh beli sekor. Kena beli sepasang. Kesian ah nanti dia takde partner kalau beli sekor. Sunyi. Kalau sunyi rebit tuh pendek umur.
Rebit-rebit ni ada makanan khas dia. Tapi dia makan jugak daun-daun hijau dan buah-buahan. Rebit ni tak demand pun. Takde pulak dia mintak nak makan carrot saja. So, don worry la. Takkan habes pun duit bela rebit ni.
Tapi kalau nak beli memang kena ambil sendiri kat rumah aku di Kelantan. No delivery ( dekat dengan rumah boleh laa).HEHE.takkan nak post rebit ni. Matilah nanti. Lagipun mesti nak pilih sendiri yang berkenan di hati. Kalau ada bebudak Kelantan yang berminat boleh jer hanta kat inbox FB. maceh.
p/s : tempat tinggal ayam orang panggil reban, tempat tinggak lembu orang panggil kandang, tempat tinggal arnab orang panggil apa ek??
Tuesday, June 21, 2011
Monday, June 20, 2011
kahwin dan cerai
assalamualaikum..
Tajuk entry ni takde kena mengena dengan aku nak kahwin. Cuma aku ada cerita yang aku nak kongsikan.
*******
Dalam sebuah kampung tinggal seorang gadis yang bernama Ana ( bukan nama sebenar). Ana berkahwin dengan seorang pemuda di kampungnya juga. Perkahwinan diaturkan oleh keluarga masing-masing. Ana memang tidak reti sangat dalam menguruskan hal rumah tangga seperti memasak, mengemas rumah dan sebagainya. Tidak sampai setahun usia perkahwinan mereka bercerai dengan sahnya di mahkamah Kota Bharu baru-baru ini. Mereka bercerai kerana ana tidak pandai menguruskan hal rumah tangga. Sepanjang perkahwinan ana dikurniakan seorang baby lelaki.
********
Sebenarnya ini adalah cerita benar berlaku dekat kampung aku.
Aku kesian sangat denagn Ana ni. Iyer laa. Kahwin tak sampai setahun dah bercerai. Umur baru 25 tahun. Anak pun baru beberapa bulan dah kena jaga tanpa ayah. Orang kampung mulalah nak mengata. Tambahan lagi dup dekat kampung. Orang ambil tahu dalam segala hal. Kalau kat bandar takpelah. Apa ko buat takde orang pun kisah.
Mungkin salah Ana juga sebab banyak tak tahu dalam urusan rumah tangga. Tapi aku ada lihat juga dia ada beli buku resepi masakan. Itu menunjukkan dia ada inisiatif nak belajar. Aku rasa Ana patut diberi peluang. Kalau banyak kesilapannya dalam rumahtangga rasanya dia patut diberi nasihat dan diajar. Nak berubah dan belajar benda yang kita tak tahu bukannya mudah dan perlukan masa. Bagilah dia masa. Bukannya dengan melafazkan talak.
Sebelum kahwin tak pula nak selidik bakal isteri nie reti ke masak, kemas rumah.. Lepas kahwin baru nak menyesal bagai. Lepas tu senang jer nak maen cerai anak orang. Wakluuu. Ingat perempuan nie patung ke? Mungkin bagi lelaki senanglah boleh cari isteri lain tapi bagi seorang perempuan bukan semua lelaki boleh terima janda. Lebih- lebih lagi yang ada anak.
Kejadian ni menyedarkan aku betapa pentingnya bagi perempuan untuk tahu urusan rumahtangga seperti memasak, kemas rumah dan sebagainya. Lepas nie memang aku kena tingkatkan tahap memasak aku supaya future husband aku tak lari. HAHA
Itu cuma pendapat aku. Pendapat anda amat dialu-alukan.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.
p/s : entry semalam takde sambungan or part 2 laa sebab aku tak jumpa dah lelaki berskuter tu. tapi kalau aku ada mood nak main reka-reka aku buatlah nanti. Hehe
Sunday, June 19, 2011
pertemuan yang seketika
Assalamualaikum..
Sebelum aku bercerita aku nak imform awal-awal yang entry ni adalah entry yang paling panjang yang pernah aku buat (tp tadelah panjang sangat). Hope ada yang sudi spend time untuk baca entry ni. Sebarang kritikan dan komen dialu-alukan.
Sebelum aku bercerita aku nak imform awal-awal yang entry ni adalah entry yang paling panjang yang pernah aku buat (tp tadelah panjang sangat). Hope ada yang sudi spend time untuk baca entry ni. Sebarang kritikan dan komen dialu-alukan.
*********
Jam menunjukkan pukul 4.55 petang menandakan 5 minit lagi tamatnya waktu untuk aku bekerja hari ini. Fuhh. Penat giler hari ni. Penat mengonlinekan diri di bilik mesyuarat. Aku bersyukur kerana hari ni adalah hari ke dua terakhir aku berpraktikal di bahagian Hidrologi yang sangat membosankan ini.
Aku mengemas laptop ACER ku yang berumur 3 tahun. Dah buruk dah. Terkocoh-kocoh aku pulang kerana hari nampaknya gelap menandakan nak hujan. Lalu aku mencapai kunci motorku di dalam beg. Kemudian memakai helmet buruk tanpa wizer yang selama hampir 2 bulan menemani aku pergi Jabatab Ppengairan & Saliran (JPS), kota bharu. LC putih strike biru dihidupkan. Tak sampai setahun jagung pun umurnya. Tidak padan dengan helmet tanpa wizer yang kelihatan usang namun masih utuh lagi. Aku berlalu meninggalkan perkarangan JPS.
Bandar Kota Bharu walaupun tidak sebesar dan segah Kuala Lumpur tapi sesaknya mengalahkan manusia yang pergi Jalan Tar menjelang hari raya. Namun semua itu tidak menjadi hal bagi aku. LC ku memecut laju sambil sesekali mencelah kereta yang beratur panjang menunggu lampu isyarat bertukar warna. Sesekali ada juga lelaki dalam kereta memandang dan mengeluarkan bunyi ‘peeewitt’. Tapi aku buat derk jep. Maaflah, aku layan abam mini cooper jer!
Akhirnya sampailah aku dekat traffic light yang paling aku benci. Traffic light di hadapan KB Mall yang berfungsi sebagai hiasan semata-mata. Bencinya aku sebab terpaksa menunggu lama di situ. Hujan sudah mula menitik. Polis trafik yang menggantikan lampu isyarat terus meniupkan wisel agar kenderaan di sebelah kananku terus bergerak. Kadang-kadang aku merasakan yang polis tersebut pilih kasih sebab kenderaan di sebelah kananku lebih lama di beri masa bergerak jika dibandingkan dengan jalan di sebelah kiriku tadi. Rasa macam nak lempang pun ada polis tuh. Nasib baik fikiranku masih waras kalau tak ingin saja aku turun dan sepak kakinya.
Tiba-tiba sebuah skuter melintasi dan berhenti sedikit dihadapanku. Wallaweyy ! Cunnya skuter dia. Berwarna putih lengkap dengan sticker tengkorak. Stylo habes. Tiba-tiba sedang aku asyik memerhati gambar tengkorak di skuter tersebut, tuan empunya berpaling ke arahku. Mungkin sedar yang skuternya diperhatikan. Ya Allah. Indahnya ciptaanMu. Comel bangat dia. Berjaket Putih sedondon dengan aku yang bersweater putih, berseluar jeans sepadan dengan kasut Nike be ‘right’ merah yang dipakainya. Tapi aku tak tengok lama. Sekilas sudah. Nanti poyo pulak mamat tuh. Dari ekor mataku aku dapat tengok yang lelaki berskuter tu berpaling lagi ke arahku. Eleh.. Bajet aku nak curi skuter dia lettewww. Tapi aku buat tak tahu jep. Dia pun terus melepaskan pandangannya ke arah lain.
Waktu tu aku tak kisah berapa lama polis trafik melepaskan kenderaan di sebelah kananku bergerak. Aku sanggup tunggu lama di sini. Sedang aku perhati mamat tu dari belakang tiba-tiba pandangan kami bertaut. HALAMAKKKK! Kantoi aku stalk dia. Tapi tiba-tiba dia tersenyum ke arahku. Cair hatiku bagai ais di padang pasir. Howtnya dia macam Seth Tan. Tapi aku tak membalas pun dia senyuman itu. Hmmm. Aku selalu macam tu. Malu tapi mahu. Mungkin inilah factor aku takde pakwe lagi sampai sekarang.
Dia say ‘hi’ kat aku. Aku terkejut dan cuba memandangnya. Tiba-tiba pandanganku terhenti apabila seperti ada orang mencuit bahuku dari tepi aku. “Opocot mak kau”. Latahku dalam hati. Rupa-rupanya suami kepada anak mak saudara aku. Menaiki EX5 di sebelahku. “ Kacau orang nak main mata lah dia nie.” bentakku dalam hati.
Baru balik kerja rasanya. Patutlah aku tengok dia dup pandang aku semacam jep dari tadi. Ingat pak cik gatal mana la tadi. Sempat lagi dia interview aku di hadapan polis trafik yang akan memberi isyarat untuk kami bergerak bila-bila masa sahaja. Aku pun layanlah sehinggalah terlupa akan mamat beskuter tadi.
Tak lama kemudian aku memandang ke arah lelaki berskuter tadi. Dia tersenyum lagi. Sedang aku berkira-kira hendak membalas senyumannya tiba-tiba polis trafik membunyikan wisel dan menunjukkan isyarat tangan supaya kami bersama dengan kenderaan masing-masing bergerak.
Tiba-tiba sebuah kereta pada jalan sebelah kiri aku turut bergerak sehinggah menyekat pergerakan LC aku. Wakluuuuu. Giler apa! Nasib baik kaki aku pantas menekan brek. Mataku melilau mencari lelaki beskuter tadi. Hmmm. Dia sudah pergi jauh meninggalkan aku. Kereta wira nie memang spoil betol laa. Selepas membebaskan diri daripada halangan tadi aku terus memecut LC ku. Tapi malangnya traffic light selepas itu bertukar merah. Aku terpaksa memberhentikan LC ku. Aku memandang jauh jalan di hadapan ku. Dalam hati aku berkata “dia telah jauh pergi meninggalkanku”. YA, dia memang sudah hilang pada pandangan mataku.
Nampaknya perkenalan kami hanya seketika cuma. Tanpa kata, tanpa bicara. Adakah hari esok kita akan berjumpa lagi duhai Seth Tan berskuter tengkorak? Masihkan ada hari esok untuk kita......
***TAMAT***
p/s : Cerita ini ditambah gula, garam dan ajinamoto sebagai bahan perasa.
p/s/s : Kalau ada lelaki berskuter yang ada iras-iras cerita nie terbaca dis entry sila mengaku okeh!! HUHU
Labels:
cinta,
kota bharu,
seth tan
Saturday, June 18, 2011
The Little Mermaid
assalamualaikum...
Fuhhhhh. Baru hari ni sempat menjenguk blog. Hujung minggu penuh dengan aktiviti di luar jangkaan.
Pernah baca buku cerita The Little Mermaid tak? Mesti pernah dengar cerita dongeng ni masa kecik-kecik dulu. Cerita pasal Puteri Duyung yang jatuh cinta dengan Putera Raja yang handsome.
Untuk pengetahuan korang masa aku kecik-kecik dulu aku paling tak suka cerita THE LITTLE MERMAID dalam bebanyak bedtime story.
Ending cerita ni sedih laa...
Sebab inilah aku paling tak suka cerita ni compare dengan cerita dongeng yang lain. Sedih giler masa aku baca buku cerita ni zaman bebudak dulu. Aku nangis kot. Kenapalah ending cerita ni macam ni. Tak sama dengan cerita Cindrelella, Snow White ataupun Sleeping beauty.
Putera Raja ni jahat betul. Kawen dengan orang lain. Sebab taknak Putera Raja mati Puteri Duyung sanggup melenyapkan dirinya buat selama-lamanya T.T. Selepas hari tu memang aku dah tak sentuh dah buku cerita The Little Mermaid yang aku beli.
Tapi sekarang aku dah besar. Aku dah tak fikir macam tu dah. Sepatutnya aku kena berbangga dengan Puteri Duyung ni sebab dia sanggup korbankan dirinya sendiri demi kebahagiaan orang yang dicintainya. Tak semua apa yang kita nak kita akan dapat. Tapi apabila melihat orang yang kita sayang tu gembira dan bahagia itu lebih bermakna kan.......
Sebab tu lah aku rela lepaskan Seth Tan kawen dengan Nora elena dulu. Sebab aku nak dia bahagia. Bukan macam Yvonne. Jahat !
Labels:
bedtime story,
the little mermaid
Thursday, June 16, 2011
result !
assalamualaikum...
Saat berdebar telah aku lepasi. Pagi tadi bangun tido aku terus check result aku. Tak sabar sungguh. Bajet dapat tinggi lettewww. Dengan berdebar2 aku bukalah emel. Tapi transkrip tak de pun dalam inbox aku. Lagi rasa cuak. Lepastu aku godam-godam baru aku ingat aku dah tukar emel kat portal UiTM.
Result aku? haha. Biasa-biasa jep. Tak caya tengok ah sendiri.
Maaflah. Memang aku takkan bagitahulah aku dapat berapa kat sini. Memang dahulu sampai sekarang aku tak publish result aku kat public.Yerlaa. Kalau dapat rendah aku yang malu. Tapi kalau dapat tinggi nanti orang kata nak menunjuk-nunjuk pulak.
Tapi kalau kawan-kawan telefon tanya result aku akan bagitahu A-Z la. Kalau korang nak tahu just telefon aku. HAHAHA
mood : bersyukur :)
Labels:
UiTM result
Wednesday, June 15, 2011
messages !
Assalamualaikum..
Korang pernah terima tak mesej macam nie? Aku kalau tak terima mesej ni satu hari memang tak sah. Dah la banyak. Rasenya inbox telefon aku penuh disebabkan mesej-mesej ni la.
Rasa nak marah bila ada mesej tapi bila buka mesej yang tidak berguna. BENCI !
Nak nak si KOLONY ni. Purata 1 hari 5 mesej dia hantar kat aku. Bajet macam retiss la ramai yang nak kawan dengan aku. Aku nak stopkan application ni tapi aku tak reti la plak. Tapi KOLONY part of Celcom. Aku tak tahu kenapa Celcom boleh hantar mesej ni kat aku.
Kalau ada orang celcom yang terbaca entry ni sila jangan hantar mesej sebegini kat aku. Ni nombor aku 013-#######. Kenapa aku taknak mesej nie? ANNOYING tau tak !
p/s : Dalam masa 3 minggu kredit aku tak habis pun 10 ringgit. Percaya tak?
Tuesday, June 14, 2011
37 : 1
assalamualaikum...
37 : 1? Nisbah perempuan dengan lelaki masa kini adalah 37 nisbah 1. Wah, satu angka yang agak mengejutkan bagi aku setelah mendengar promo untuk Filem 3, 2, 1 CINTA.
Dengan nisbah tersebut aku dapat rasakan yang perempuan nanti ramai yang bakal jadi andartu. Atau lebih teruk lagi yang takkan kawen. Fuhh menakutkan. Sekarang ni aku rasa perempuan tak perlu lagi berpegang dengan istilah perigi mencari timba. Sepatutnya sekarang siapa cepat dia yang dapat. Bayangkan 37 orang perempuan nak berebut sorang lelaki.
Kepada lelaki mesti ada segelintir dalam kalangan korang yang nak kaut keuntungan daripada ni. Mesti ada yang nak cukupkan kuota empat kan. Untunglah. Tapi kalau sorang lelaki kahwin 4 pun still ada ramai lagi perempuan yang takde calon suami. Kalau betul la fakta aku ni memang kesian la dengan kaum aku sendiri termasuklah aku.
Patutlah mak, makcik dan kakak aku dup bising-bising suruh aku cari pakwe sorang. Mak aku lagilah katanya umur 23 dah boleh kahwin. Aku pun tak tahu nak gembira ataupun takut dengan kata-kata beliau. HAHA
Patutlah ramai kawan lelaki cakap jangan dup jual mahal sangat orang perempuan nie nanti menyesal. Yang dikendong tak dapat yang dikejar berciciran.
Jangan pelik lah orang lelaki kalau perempuan dup kejar-kejar korang. Bukan gedik atau apa tapi disebabkan dengan angka 37 : 1. Siapa yang taknak kahwin weyh ! hhehe
Nampaknya sekarang aku dah kena cari my future husband. Bukan gatal cuma takut dengan 37 nisbah 1. HAHA. Ada tak yang macam asyraf muslim? AHHAHA
Labels:
andartu,
nisbah,
perempuan kelantan
Monday, June 13, 2011
akibat nila setitik....
assalamualaikum...
Akibat nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Satu peribahasa yang femes yang sering dijadikan tajuk untuk buat karangan pada zaman aku sekolah dulu. Sebenarnya banyak perkara yang berlaku yang boleh dikaitkan dengan peribahasa ini. Sebagai contoh :
**********
Suatu ketika dahulu negera A terkenal dengan kehebatan dalam bermain lompat getah. Negara A mempunyai penyokong yang ramai lagi setia. Kemana negara pun mereka bermain seperti Jordan, USA, Thailand para penyokong akan turut serta pergi bagi memberi sokongan.
Nak dijadikan cerita pada satu perlawanan menentang negara Kanada, negara A telah kalah. 2 orang daripada 1000 orang penyokong negara A bertindak menyanyi dengan nada yang sumbang sehinggakan semua orang yang menyaksikan perlawanan tersebut bertempiaran lari.
Sejak itu Negara A dilabel sebagai negara yang ganas dan mempunyai budaya yang tidak baik. Kemana pergi mesti ada segelintir orang yang masih berbicara tentang perkara itu.
**********
Disebabkan beberapa orang yang tidak ber educated semua orang merasa tempiasnya. Untunglah kalau orang sebegitu tiada. Tiada lagi orang yang akan menuding jari dan memandang sinis. Parasit-parasit inilah sebenarnya yang lebih berbahaya daeipada e. Coli kerana bukan sahaja dapat memburukkan imej sebuah komuniti besar tetapi memutuskan silaturrahim sesama sendiri. Parasit-parasit ini sepatutnya dikuarantin dan dinyahkan untuk selama-lamanya. Baru aman.
Kepada si penuding jari ingatlah bukan semua yang menjadi nila. Yang selebihnya adalah susu. Jangan nak persalahkan semua orang atas kekhilafan segelintir manusia yang tidak mempunyai nilai moral dan integriti yang tinggi. Kadang-kadang orang yang terang-terangan tidak bersalah turut terkena kemarahan dan cacian orang ramai. Think before you talk ! Selain fikir kaji dulu adakah apa yang korang cakapkan itu adalah betul. Setakat khabar angin yang belum sahih jangan pandai-pandai nak buat onar. Mungkin korang suka sangat melihat orang bertelagah dan menjatuhkan maruah orang.
Kenapa perlu cakap semua orang begitu jika anda sendiri sedar yang bukan semua orang bersalah. Kawan pun sanggup kutuk kawan disebabkan isu ni. Rendahnya tahap mentaliti kau. Kesian.
Ingat ! Jangan nak salahkan orang lain kerana kesilapan orang tertentu. tak puas hati pergi cari si parasit tu sendiri dan ganyang dia puas-puas. Orang lain tak bersalah pun. Sedih owh ...
Ingat ! Jangan nak salahkan orang lain kerana kesilapan orang tertentu. tak puas hati pergi cari si parasit tu sendiri dan ganyang dia puas-puas. Orang lain tak bersalah pun. Sedih owh ...
p/s : Maaf. Aku mengarot sikit hari nie. HAHA. Tak tahu ada yang paham ke tak entry nie. PEACE.
Sunday, June 12, 2011
bila bola kalah !
assalamualaikum...
Hari ni hari kedua selepas tamatnya perlawanan Piala FA antara Kelantan dan Terengganu. Tetapi di Kelantan bahang tersebut masih dirasakan. Sini-sana masih ramai orang yang berbicara tentang kekalahan Kelantan baik di kedai kopi mahupun di pejabat. Rasanya seantero rakyat jelata Kelantan sedih dengan kekalahan tersebut termasuklah aku.
aku xleyh tido kot lepas tengok perlawanan tu kat TV. Ingatkan dah menang tapi saat-saat terakhir boleh plak jaring gol sendiri.
Abang aku baru sampai pagi semalam daripada menonton perlawanan kat Bukit Jalil. Sebelum tu dia singgah kat Puchong rumah kakak aku. Kakak aku cerita abang aku dan geng dia duduk termenung jer sebelum bertolak balik Kelantan. Selalunya dyeorang mesti singgah Genting atau pergi singgah memana tapi kali ni terus balik Kelantan. Sedih letewww !
Tambah rasa kecewa bila kawan-kawan Terengganu aku hantar mesej menyatakan kegembiraan yang negeri mereka menang dan aku kalah. Sengal. Tapi aku tak reply satu pun. HAHA. Nanti aku juga yang kena nanti. Sepupu aku lagilah menangis bila Kelantan kalah. Fanatik semua orang !
Tapi nak wat macamana adat pertandingan ada menang dan kalah walaupun kekalahan tersebut amat menyedihkan. Nak tak nak kena terima juga. Kepada The Red Worrior jangan berputus asa. Kami tetap menyokong anda. Bak kata apik tumpukan untuk liga super. AFC cup dan Piala Malaysia pun ada lagi. Gomo Qlate Gomo.
Kepada team Terengganu Tahniah diucapkan !
Kepada para penyokong tidak kira Ganu mahupun Qlate harap jangan ada seteru antara kita. Kita kan jiran. Lu makan budu, gwa pun makan budu. Peace ! No war !
Friday, June 10, 2011
Ujian Allah......
assalamualaikum..
Dalam hidup ni mesti ada masa yang kita rasakan diri kita ni tidak sempurna. Mungkin disebabkan terlalu banyak masalah yang menimpa ataupun bebanan tanggungjawab yang besar. Ada juga yang merasakan diri mereka seorang yang loser tatkala tidak dapat menanggung atau menyelesaikan masalah dan tekanan yang dihadapi.
contoh sahaja..
Walau apapun yang kita rasakan, walau apapun bebanan dan masalah yang kita hadapi ingatlah Allah sentiasa berada di sisi kita. Dekatkan diri kita kepadaNya. Insyaallah hidup kita akan lebih tenang dan bahagia.
Setiap manusia di muka bumi ini tidak akan lepas daripada ujian Allah. Tapi ingatlah Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya sendiri.
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) .
Usah cepat berputus asa tatkala ujian datang. Seharusnya ujian tersebut menjadikan kita lebih kuat dan tabah dalam menjalani liku-liku kehidupan ini.
p/s : Dulu aku banyak cita-cita. Antaranya nak jadi ustazah. HAHA
Labels:
tabah,
Ujian Allah
Thursday, June 9, 2011
Tak semua yang kita nak kita akan dapat.
assalamualaikum..
Dalam hidup ini kita tidak lepas untuk mendapatkan apa yang kita nak. Seringkali juga kita meminta-minta tatkala menginginkan sesuatu.
Tapi kadangkala tak semua yang kita nak kita akan dapat. Mungkin perlukan usaha kita sendiri untuk mendapatkannya. Jika berusaha Insyaallah kita akan dapat. Apa yang kita dapat melalui usaha sendiri adalah lebih berharga dan bahagia sebenarnya.
*Lu langsi Lu mati* apa maksud ayat tu sebenarnya? Ak tak tengok pun cite KONGSI. huhu
Wednesday, June 8, 2011
geram dengan sorang mamat ni
assalamualaikum..
Bagi salam dulu.. Ambil berkat sebelom nak marah orang.. Tapi siyesly aku geram sangat dengan mamat nie.
Bagi salam dulu.. Ambil berkat sebelom nak marah orang.. Tapi siyesly aku geram sangat dengan mamat nie.
ni sebab semuanya gara-gara hang buat hal kat FB
Ada ke patut buat group untuk blog aku. Seriously hang memang gilerr! Dah berzaman buat baru hari ni aku tahu. Nasib baek yang dia add tu kawan-kawan jep.
Actually aku takdelah nak marah dan geram sangat. Aku tergolek-golek gelak adalah. Geli hati baca post yang kengkawan bagi kat group tu. SENGAL.
Mohd Farid Mohd Fuad. Siaplah jumpa hang kat Shah Alam nanti! Tau la apa aku nak buat. HAHA. Errr. Dia pesan kalau korang nak add dia ADD la kat FB ek. Nanti dia approve.
p/s : tak layak lagi nak ada group ni. Blog tak femes. Huk huk!
Labels:
kawan
Subscribe to:
Posts (Atom)