aku adalah anak bongsu dalam keluarga aku. Atas aku ada 4 orang abang. Sebenarnya ianya sangat best menjadi adik. Banyak sangat kebaikannya tapi jika nak di listkan memang takkan habis. tapi kadangkala ianya annoying bila adik selalunya kena mengalah dan kena buli dalam beberapa hal seperti :
1) terpaksa mengalah bila abang nak main POKER ataupun game online menggunakan laptop anda. katanya kejap jep. tapi sampai 4 pagi menyebabkan anda tak dapat menulis entry untuk blog anda.
2) tidak boleh menentukan channel TV. Selalunya terpaksa mengikut channel TV kegemaran abang anda seperti menonton cerita Ombak. Kalau tak diikut kemahuan pastilah anda punya dahi akan benjol seketika.
3) dia dan kawannya plan untuk tengok bola final KELANTAN vs TERENGGANU 11hb ni bertempat di Bukit Jalil. tapi bila anda meminta untuk mengikuti dia tidak mengizinkan. katanya nanti akan menyusahkan dan takut apa-apa akan berlaku. Padahal abes tengok bola nak singgah pergi GENTING.
4) bila tetiba abang mengambil bantal dan memukul anda bertubi-tubi seperti orang gila tanpa alasan yang munasabah. biarpun tak sakit tapi berkali-kali mahu terseliuh jugak anda punya tengkuk. tapi nak melawan kembali seperti semut melawan seekor gajah. takda hasilnya.
5) bila abang anda memberitahu ibu anda yang anda meminum air dalam jug dan tidak menggunakan cawan seperti yang sepatutnya. tak pasal-pasal anda kena bebel. padahal dia pun buat perkara yang sebegitu juga.
6) apabila dia mengomen kata laptop anda slow dan lembab macam anda tetapi masih menggunakan laptop tersebut daripada petang sampai pagi main game.
7) bersungut yang masakan dan air anda tak sedap tapi mampu habiskan semua dan siap tambah lagi.
8) apabila dia membebel selama hampir sejam dalam kereta kerana terpaksa bangun pagi-pagi buta semata-mata untuk amik anda yang baru pulang dari Shah Alam di stesen bas.
9) bila anda menyuruhnya membeli topup 10 hengget tapi sebulan lepas tu baru dia masukkan. itupun setelah anda merayu-rayu bagai.
10) bila abang anda menutup lampu bilik air ketika anda mandi menjadikan suasana gelap gelita. dan anda terpaksa menjerit sehingga ada orang 'on' kan suis lampu.
aku rasa banyak lagi. Tapi nie jep yang dapat difikirkan setakat ni. mengharapkan abang-abang aku tak baca post nie. tak pasal-pasal ada bintang keliling kepala aku nanti. hahhaa
actually aku tak berapa kisah pun dengan semua nie sebab kalau takde mereka yang bergelar abang tak bermaknalah hidup aku sebagai adik. walaupun kadang-kadang korang nie agak annoying tapi aku pun banyak jugak buat hal kan. tapi yang pentingnya air dicincang takkan putus. lagi satu aku dah lali dah dengan ayat "AKUKAN ABANG ! "
p/s : internet siyess gedik dan slow. so, tak boleh reply komen dan jenguk blog korang. tapi takpe esok da start laju dah :)