Thursday, February 16, 2017

Pengalaman hiking Gunung Kinabalu

Assalamualaikum...

Tanggal 16 Januari 2017 aku berjaya takluk Gunung Kinabalu. Satu pengalaman yang tak mungkin aku lupakan. Aku pergi guna pakej di bawah Koyak Outdoor.Di sini aku nak kongsikan sedikit pengalaman aku hiking Gunung Kinabalu. Action camera aku lupa nal setting date. Jadi tahun 2016 lak. Huhu

14 Januari 2017
Kami (group Koyak Outdoor) berkumpul dekat KLIA 2 untuk menaiki flight ke Kota Kinabalu. Hari pertama kami cuma sempat pergi ke Jambatan Tamparuli (tak termasuk dalam pakej) dan terus dibawa ke tempat penginapan di Kundasang.

Sempat bergambar sebelum berlepas ke Kota Kinabalu
15 Januari 2017
Pada pukul 9.30 pagi kami mula hiking. Pendakian kami bermula di Timpohan Gate. Kami akan menginap di Laban Rata sebelum naik ke puncak pada keesokan pagi. 
Timpohan Gate. Masa ni berkobar-kobar semangat

Perjalanan ke Laban Rata tidaklah terlalu sukar kerana track sudah tersedia dan banyak tangga. Tapi tetap perlu latihan sebelum naik Gunung Kinabalu. Yer lah, 9km kot kena mendaki. Bejalan landai pun akan penat apatah lagi mendaki 9km. 

Sepanjang perjalanan ke Laban Rata akan ada beberapa shelter (kalau tak silap aku ada 6).Yang bagusnya setiap shelter korang boleh refill air, bergi membuang (ada tandas) dan boleh rehat hilangkan keletihan. So, korang tak payah risau kalau tiba-tiba nak terberak di tengah-tengah perjalanan atau kehabisan air minuman. Bawak botol mineral kecik je cukup sebab boleh refill. Takdelah berat bag. Aku bawak beg 10L je naik atas. Barang-barang lain siuruh porter bawak. Bayaran untuk sewa porter RM12/kg. Minimakan barang anda kalau taknak waste banyak duit ye, Tapi kalau larat boleh je kendong bagpack korang tu.

Tapi aku memang berhajat untuk sewa porter awal-awal lagi sebab aku nak mendaki tanpa ada masalah. Nak santai-santai je hiking sambil tengok view Gunung Kinabalu yang cantik. Yer lah. bukan senang nak datang Sabah semata-mata nak hiking. Maybe inilah kali pertama dan terakhir. Jadi, gunalah peluang ini sebaik-baiknya.







Aku sampai dekat Laban Rata hampir 3 petang. Suhu masa tu 8 degree. Dengan hujan renyai.  Sejuk sangat. Sampai sana nak menangis sujud syukur sebab penat sangat. Nak masuk bilik dan nak rehatkan diri. 



Yeay. Gambar ni sikit lagi nak menghapiri laban rata. 

🌻16 januari 2017 🌻

Pukul 2 pagi kami berkumpul untuk naik ke puncak. Masa ni ya ampun sejuk gigil2.  Dah cuak dah takut tak sempat naik puncak sebab sejuk sangat.

Sebelum gerak makan dulu kat restoren kat Laban Rata. Makanan terbaik kat sini. Aku minum kopi panas bercawan2. Nikmat minum kopi panas di ketinggian 3000 m ++. Huhu

Alhamdulillah. Berjaya juga sampai peak dalam pukul 6.15 pagi. Layan je lah gambar2 semua. 







Puncak duit sehengget


           On the way nak turun dari puncak 

Banyak nak cerita. Tapi aku tak larat nak tulis dah. 

Sini aku ringkaskan barang-barang yang perlu dibawa:
🌻wind breaker (yang water proof lg better sebab x payah bawa raincoat dah) 
🌻headlamp
🌻glove waterproof
🌻kasut hiking yang sesuai
🌻sweater (kalau yang tak tahan sejuk macam aku) 
🌻satu kebaikan kalau anda anda thermal shirt. 

Ape training yang aku buat sebelum mendaki Gunung Kinabalu? Aku cuma berjoging every weekend, naik tangga dekat Batu Caves, hiking Bukit Kutu dua minggu before naik. 

Bagi aku yang paling penting mental dan keazaman korang untuk sampai peak tu. Tekadkan dalam diri aku nak sampai puncak. Seriusly bila sampai puncak kau rasa nk menangis. View dia MasyaAllah cantiknya. Dan terasa siri kerdil melihat ciptaan Tuhan. 

Banyak benda nak tulis. Tapi terlampau lama sangat tak menulis otak aku tepu nak buat ayat. Korang boleh tanya anything je dalam komen InsyaAllah aku akan jawab. 

Pesanan aku. Korang patut masukkan Hiking Gunung Kinabalu dalam list ekspedisi korang. It's awesome bro!

No comments: