Sunday, January 26, 2014

Cinta antara dua darjat

Cinta antara dua darjat

Kau dengan aku berbeza
Mana mungkin bersama
Kau liberal, aku konservatif,
Aku budak kampung, kau asal di kota,
Rumah aku rumah papan, rumah kau banglo besar,
Aku makan nasi, kau makan steak,
Aku study di UiTM, kau study di Oxford,
Kau pandai speaking, aku pandai skipping,
Kau shopping di Pavilion, aku shopping di Kenanga,
Aku kerja makan gaji, kau kerja bagi gaji.

Kita dalam dua dunia yang berbeza. Mana mungkin bersama. Nenek pernah pesan nak cari pasangan cari yang sekutu.

Saturday, January 18, 2014

rezeki kita Allah yang pegang


Assalamualaikum..

Since I'm graduate I rarely look into this. Sekarang aku nak tulis apa yang aku buat selepas graduate till now.

Selepas paper last final exam bulan Ogos 2012 aku jadi penjual songkok dekat Jusco Bukit Raja sepanjang bulan puasa.  Saje jep nak cari duit lebih untuk raya. Dalam masa tu aku bertungkus lumus siapkan aku punya serpihan Final Year Project. Jilidkan benda alah tu. Di samping itu aku juga dah mula cari kerja dengan degree yang aku ada. Mula kerap buka jobstreet dan websites kerja yang lain.

Lepas raya hampir tiga bulan juga aku menganggur. Masa tu la mula rasa resah gelisah belum dapat kerja lagi. Okey. Masih boleh dikawal lagi waktu tu sebab ramai lagi kawan-kawan yang belum dapat kerja. Yep..I'm still cool.

My graduation day on 6th December 2012. Yeay. That day, I'm officially graduate in Bachelor of Science (honors) Environmental Technology.

2 minggu sebelum graduation day tu aku dah kerja kat habib jewels IOI Mall. Aku kerja bahagian retail. Aku cover bahagian cashier-account, administration management. Lepas tu aku jadi person in charge kat sana as 2nd liner. Kau tahu la bila kerja dekat mall macamana. 10 am start till 10 pm. Kadang-kadang lewat balik sebab barang kemas tak tele. Main dengan barang-barang mahal ni kan kenalah teliti semua.

Aku pernah beberapa kali menangis sebab terlalu letih dan fikir aku still tak dapat kerja yang setaraf dengan aku. It's getting worse when your friends keep posting at Facebook and Twitter they already got the great jobs. Oh maiiiii. You know what I felt at that time. Totally bad.

Sepanjang kerja dekat sana aku ada lah dapat beberapa panggilan interview yang berkait dengan jurusan aku. Tapi semua kelaut. Haha. Tak berjaya.

Dekat setahun jugaklaa aku kerja dekat sana. Aku resign bulan Oktober 2013. Aku tekad aku nak cari kerja lain. Tanpa confirm lagi aku akan dapat kerja aku gamble jer resign.  Aku nekad.  I need to move on!

Dalam masa aku menganggur tu aku memang on laptop cari kerja laa. Ada juga aku hantar random email kat beberapa company. Seminggu lepas tu ada satu company yang aku hantar random email tu panggil untuk interview. Kemain suka aku.

Malam sebelum interview tu aku buat sembahyang hajat dan pagi tu aku sembahyang sunat dhuha. Sebenarnya itu adalah kali pertama aku tunaikan solat sunat dhuha. Alhamdulillah. Itu adalah permulaan aku tunaikan ibadah sunat tersebut dan aku dalam proses untuk terus istiqamah melaksanakannya.

Beberapa hari lepas interview tu aku dapat panggilan untuk 2nd interview. Aku ingatkan terus dapat result. Terpaksa la aku study lagi.

After 2nd interview with two panels, they said I'm accepted to be a part of the company. Perasaan aku masa tu hanya Allah yang tahu. Bersyukur sangat-sangat. Terus contact mak ayah aku. Hehe.

YESSS! I'm now an ENVIRONMENTAL SCIENTIST. Salah satu kerja idaman before grad dulu. Alhamdulillah.

Aku start kerja 25hb November 2013.

Meja kerja. Work hard bebehh.

Tak sampai sebulan pun aku jobless lepas resign kat habib jewels tu. Terima kasih Allah.

Lamakan aku nak dapat kerja idaman dan betul- betul qualify dengan kelayakan aku. Setahun lebih. Daripada kejadian ni aku sedar yang Tuhan tu Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk aku.

Kadang-kadang apa yang kita nak Allah tak terus bagi. Dia bagi secara perlahan. Yang penting kita terus berdoa di samping berusaha.

Pesanan aku kepada yang baru grad jangan sesekali putus asa kalau tak dapat kerja lagi. Dan lagi satu jangan memilih kerja. Aku tak menyesal pun kerja dekat habib sebab dekat sana aku banyak belajar dengan kenal ramai orang, komunikasi dan sebagainya.

Bulan Februari ni aku dapat satu lagi interview. Kalau ikut dah malas dah nak attend mana-mana interview sebab aku dah selesa kerja dekat sini dan aku boleh lihat career development aku kalau stay kerja dekat sini. Tapi sebab ni interview under government terpaksalah pergi. Kalau tak memang kena bebel dekat ayah aku.

Sesiapa yang pernah hadiri temuduga Pegawai Sains (Alam Sekitar) gred 41 sila share input-input kat aku. Still tak tahu nak study apa.

Habis sudah coretan kali ini. Aku update entry guna phone jer so tak tahu okey ke tak. Hehe.

Bye bye wey. Jumpa lagi.