Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

ada apa dengan bola sepak..



Bola sepak adalah sukan nombor 1. Bapak segala sukan. Bola sepak bukan sahaja melibatkan pemain dan bolanya sahaja tetapi melibatkan semua orang termasuk penyokong untuk sukan no 1 ini. Banyak benda yang berlaku di sebabkan oleh permainan ini. 

 sebab bola kita bersatu..



sebab bola kita bergaduh..



sebab bola kita ada rasuah..


sebab bola aku femes..



sebab bola aku banyak kontroversi.




sebab bola aku clash dengan awek aku...



Layan layan juga bola tu. Tapi jangan lupa layan keluarga, kawan-kawan serta awek korang jugak. Sebab apa aku cakap gitu, sebab mostly 95% lelaki kaki bola. Penuh kedai mamak setiapkali ada big game. 

mood: Alhamdulillah. Kelantan layak ke peringkat seterusnya untuk merebut piala FA :)



Wednesday, February 1, 2012

pesanan buatmu wahai lelaki




♥ Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.


♥ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.


♥ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.


♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.

♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.


♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya..


by Ustaz Azhar Idrus




dalam hidup ini lelaki dan perempuan diciptakan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. lengkaplah ia dengan niat yang baik. tetapi zaman sekarang, aku rasa dah kurang da mereka yang bercinta dengan niat nak kahwin. bercinta bagi memenuhi nafsu semata-mata banyaklaa sekarang. ye dak?

kalau tak takdelah banyak kes pasal pembuangan bayi sekarang. takdelah kes-kes zina yang berlaku.

kepada lelaki. silalah mencari kekasih untuk dijadikan bakal isteri. janganlah sebagai mengisi masa lapangmu sahaja. bila dikehendaki didekati, bila rasa bosan ditinggalkan. 

kepada kaum adam sila mencintai dirinya dengan ikhlas, niat kerana Allah. Insyaallah, hidupmu pasti akan bahagia.


Sunday, January 22, 2012

kami tak ada pakwe tak bermakna kami tak laku

assalamualaikum...

merujuk kepada aku punya status kat facebook beberapa hari yang lepas yang berbentuk..

dan beberapa respons telah aku dapat. 



pertama : anda memang tak laku

ye ke? tak laku! pada pendapat tak ada istilah tak laku sebenarnya. semua ada jodoh masing-masing. cuma lambat atau cepat jer. so, kepada yang belum ada pakwe jangan sedih-sedih tau. ni mungkin Allah sayangkan kita sebab menjauhkan diri kita daripada maksiat. semua orang tahu kan couple banyak keburukan jika nak dibandingkan dengan kebaikannya.

yang aku sangat kesal, ada segelintir pihak pandai-pandai nak cakap pasal jodoh orang ni. tahukah kalian urusan Jodoh ni adalah urusan Allah SWT. Dia dah tetapkan jodoh, rezeki, mati kita dari awal-awal lagi.
tak salah pun kalau kalian nak masuk campur tapi haruslah untuk kebaikan diaorang. ni ada jugak manusia yang jenis bercakap tak pakai otak.

"dia ni muka tak lawa, dat y lah takde orang syok kat dia"

"dia ni perangai huduh gila babi, sebab tu takde pakwe sampai sekarang"

"dia ni kan ada saka, sebab tu belum kahwin sapai sekarang"


serius aku cerita, golongan seperti ini memang ada.

kedua : sebab terlampau hot

cantik sangat pun tak boleh. adoi. ramai pulak yang nak tackle kan. so, konfius nak pilih yang mana satu. at last, amik keputusan untuk tidak bercouple. ok lah tu dari jadi player girl kan yang suka amik kesempatan dengan kelebihan yang ada. lantas merembat lelaki-lelaki untuk keuntungan diri sendiri. antaranya paw harta diaorang. cantik atau tak itu anugerah Allah. bersyukurlah dengan apa yang Dia bagi. paras rupa tak penting. yang paling penting adalah hati kita.



ketiga : memilih

aku rasa, perempuan memang patut memilih pasangan diaorang. untuk mendapat pasangan yang baik. bukannya terus kata "YA" setelah ada yang meluahkan perasaan. lainlah kalau niat untuk couple sahaja. tapi bagi perempuan yang ingin mencari lelaki untuk menjadi suami kenalah memilih jugak. bukan semua lelaki boleh menjadi suami yang baik dalam rumahtangga. so, take your time to find a good guy.



p/s : pilih la pasangan yang baik. yang boleh membimbing anda ke syurga Allah :)


Saturday, January 21, 2012

how to be lelaki AWESOME di mata perempuan

assalamualaikum...

1) awak tak handsome macam david bekham takpe, awak tak seromantis macam aaron aziz takpe, awak hitam macam K. rajagopal takpe. semua tu tak penting, asalkan awak sangat baik, jujur, soleh. awak adalah lelaki yang awesome.

2) awak takde kereta besar takpe, awak takde motor besar takpe,  sebab awak sangat awesome bila tolong alihkan moto lain untuk bagi ruang kepada moto saya masuk parking. almaklumlah kudrat saya sebagai seorang perempuan tak sekuat untuk mengangkat moto yang berat tu.

3) awak sangat awesome bila bagi kucing makanan kat kucing terbiar. tak kisahla itu makanan awak yang tak habis atau memang awak belikan untuk kucing tu. bagi saya awak lelaki yang sangat penyayang.

4) awak sangat awesome bila awak jujur  nak berkenalan dengan perempuan. bukan dengan bermanis mulut sahaja, bermanis muka untuk membuat si dia terpikat, tapi dengan hati yang ikhlas serta dengan niat yang baik.

5) awesome nya awak bila tolong perempuan angkat barang yang berat. bukan kami nak ambil kesempatan. tapi tak salah kan kalau membantu. rasanya takde perepuan yang akan cakap

 "poyolah mamat nie!, nak ngorat aku lettewwww."


kalau ada yang cakap, lempang jer mereka. tapi haruslah dengan niat bukan ambil kesepatan lain. hanya ingin membantu sahaja.

5) awak, lelaki diciptakan untuk perempuan dan begitulah sebaliknya. awak sangat awesome bila setia kepada pasangan awak.

6) wahai lelaki, awak sangat awesome bila tak menjadi lelaki yang dayus. yang selalu ikut segala kemahuan kekasih bagai lembu dicucuk hidung padahal awek sering melakukan kesalahan. awak, untuk menjadi lelaki yang awesome, awak harus menasihati mereka ke arah kebaikan.

7) sangat awesome bila awak menjadi teladan kepada kekasih, isteri atau anak-anak. jadilah lelaki yang boleh memimpin bukanlah lelaki yang lemah.

8) awak, banyak benda yang boleh menjadikan awak lelaki yang awesome sebenarnya. awak sendiri tahu kan. hormatilah ibu awak, hormatilah perempuan. Insyaallah, awak akan diredhaiNya.

9) awak SUPERDUPPER awesome kalau tak minat K-POP. hehe. (kidding jep)


p/s : terkenang lelaki yang tolong aku masa kat KTM Padang Jawa tengahari tadi. walaupun tak kenal, tapi sudi membantu. awak sangat awesome. terima kasih kepada dia yang tak diketahui namanya. jasamu sangatku kenang.


Monday, June 20, 2011

kahwin dan cerai

assalamualaikum..

Tajuk entry ni takde kena mengena dengan aku nak kahwin. Cuma aku ada cerita yang aku nak kongsikan.

*******

Dalam sebuah kampung tinggal seorang gadis yang bernama Ana ( bukan nama sebenar). Ana berkahwin dengan seorang pemuda di kampungnya juga. Perkahwinan diaturkan oleh keluarga masing-masing. Ana memang tidak reti sangat dalam menguruskan hal rumah tangga seperti memasak, mengemas rumah dan sebagainya. Tidak sampai setahun usia perkahwinan mereka bercerai dengan sahnya di mahkamah Kota Bharu baru-baru ini. Mereka bercerai kerana ana tidak pandai menguruskan hal rumah tangga. Sepanjang perkahwinan ana dikurniakan seorang baby lelaki.

********

Sebenarnya ini adalah cerita benar berlaku dekat kampung aku.

Aku kesian sangat denagn Ana ni. Iyer laa. Kahwin tak sampai setahun dah bercerai. Umur baru 25 tahun. Anak pun baru beberapa bulan dah kena jaga tanpa ayah. Orang kampung mulalah nak mengata. Tambahan lagi dup dekat kampung. Orang ambil tahu dalam segala hal. Kalau kat bandar takpelah. Apa ko buat takde orang pun kisah.

Mungkin salah Ana juga sebab banyak tak tahu dalam urusan rumah tangga. Tapi aku ada lihat juga dia ada beli buku resepi masakan. Itu menunjukkan dia ada inisiatif nak belajar. Aku rasa Ana patut diberi peluang. Kalau banyak kesilapannya dalam rumahtangga rasanya dia patut diberi nasihat dan diajar. Nak berubah dan belajar benda yang kita tak tahu bukannya mudah dan perlukan masa. Bagilah dia masa. Bukannya dengan melafazkan talak.

Sebelum kahwin tak pula nak selidik bakal isteri nie reti  ke masak, kemas rumah.. Lepas kahwin baru nak menyesal bagai. Lepas tu senang jer nak maen cerai anak orang. Wakluuu. Ingat perempuan nie patung ke? Mungkin bagi lelaki senanglah boleh cari isteri lain tapi bagi seorang perempuan bukan semua lelaki boleh terima janda. Lebih- lebih lagi yang ada anak.

Kejadian ni menyedarkan aku betapa pentingnya bagi perempuan untuk tahu urusan rumahtangga seperti memasak, kemas rumah dan sebagainya. Lepas nie memang aku kena tingkatkan tahap memasak aku supaya future husband aku tak lari. HAHA

Itu cuma pendapat aku. Pendapat anda amat dialu-alukan.


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik. 

p/s : entry semalam takde sambungan or part 2 laa sebab aku tak jumpa dah lelaki berskuter tu. tapi kalau aku ada mood nak main reka-reka aku buatlah nanti. Hehe


Monday, May 30, 2011

sebab berkawan dengan lelaki itu best...

assalamualaikum....



asenya semua antara kita ada kawan lelaki kan..tak kisah laa ramai atau sikit..aku kalau dibilang agak ramai juga kawan lelaki..hanya kawan sahaja takde yang spesel pun..sebenarnya berkawan dengan bebudak lelaki nie banyak faedahnya taw...

kegunaan-kegunaan kawan lelaki   sebab bestnya berkawan dengan bebudak lelaki :

1) bila motor atau kereta pancit kite boleh mintak diaorang tolong..call jep..dyeorang PASTI akan datang dengan segera..takdenya dia akan cakap "ko tunggu la situ, mintak tolong oang yang lalu lalang..aku malas laa nak p"

2) bila korang nak pergi uptown dyeorang boleh jadi peneman..biasalah kan..uptown bukak memalam.. kalau pompuan jep pergi tengah-tengah malam boleh mendatangkan bahaya...so, leyh ajak kawan lelaki jadi peneman..

3) kalau tong gas rumah korang dah kehabisan gas dan perlu membelinya di kedai..korang boleh laa suruh kawan lelaki ..takkan laa korang larat nak angkat tong gas yang berat tuh..memang tak terangkatlah kan..nak2 korang dup umah tingkat 5..takde lift pulak tuh..naya kalau kudrat seorang perempuan angkat barang semua tuh...

4) kawan lelaki boleh teman korang tengok bola..menjadi lumrah para lelaki gila bola...so, takyah risau kalau korang nak tengok bola tapi kawan pompuan korang tak berminat..sebab dyeorang sah-sah akan tengok bola tu..cakap jep korang nak join..pasti HAVOC gilakk..

5) kawan lelaki leyh protect korang...contohnya bila korang dup atas motor..time tuh lampu merah..tibe-tiba ada sekumpulan lelaki yang tak dikenali kacau..member korang ada kat sebelah moto korang terus sound orang yang kacau korang tuh..gempak tak..mesti bangga kalau ada kawan-kawan yang boleh protect korang time kesusahan...

6) kawan lelaki boleh bodek lecturer pompuan nak minta hint untuk test or exam ....kalau lelaki mintak selalunya lecturer pompuan lembut hati sikit...

7) kawan lelaki boleh tolong angkat mesin basuh yang korang beli sampai tingkat 4 umah korang..walaupun terjatuh kat tangga masa angkat mesin basuh tu tetap gagahkan jua sampai dalam rumah..

8) kawan lelaki bila buat lawak memang akan menjadi..mesti akan pecah perut ketawa..sekurang-kurangnya dapat menghilangkan stress jap...

9) kawan lelaki selalunya makan tak kisah sangat...duit pun tak kisah sangat..mintak belanja sekali sekala mesti ON punya...


10) boleh meminjamkan helmet dikala korang tertinnggal helmet semasa amik kawan korang yang baru balik daripada kampung...:)

11) boleh cop tempat kat kedai mamak or mane-mane kedai makan tatkala nak tengok maharaja lawak..yer laa..umah tade astro..pompuan bersiap lambat..so, u can count on them to reserve the sit..

12) walaupun kawan lelaki korang nampak macam selenge mahupun gengster..tapi sebenarnya dieorang caring sebenarnya...kalau ada masalah sebenarnya diaorang boleh menjadi pendengar yang setia dan kadang-kadang boleh menyelesaikan masalah kita jugak...

p/s : thanks kepada kawan-kawan aku kat UiTM..kalau korang baca entry nie mesti akan terasa sebab no 1-12 nie perkara yang korang buat kat aku..thanks beb atas semua pertolongan kalian!!
p/s/s : tak salah rasenya berkawan dengan lelaki..asal kita tahu batasan dan menjaga maruah kita...
p/s/s : aku bukan amik kesempatan..tapi kita berkawan kena saling tolong menolong kan...