Showing posts with label Piala FA. Show all posts
Showing posts with label Piala FA. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

ada apa dengan bola sepak..



Bola sepak adalah sukan nombor 1. Bapak segala sukan. Bola sepak bukan sahaja melibatkan pemain dan bolanya sahaja tetapi melibatkan semua orang termasuk penyokong untuk sukan no 1 ini. Banyak benda yang berlaku di sebabkan oleh permainan ini. 

 sebab bola kita bersatu..



sebab bola kita bergaduh..



sebab bola kita ada rasuah..


sebab bola aku femes..



sebab bola aku banyak kontroversi.




sebab bola aku clash dengan awek aku...



Layan layan juga bola tu. Tapi jangan lupa layan keluarga, kawan-kawan serta awek korang jugak. Sebab apa aku cakap gitu, sebab mostly 95% lelaki kaki bola. Penuh kedai mamak setiapkali ada big game. 

mood: Alhamdulillah. Kelantan layak ke peringkat seterusnya untuk merebut piala FA :)



Sunday, June 12, 2011

bila bola kalah !

assalamualaikum...

Hari ni hari kedua selepas tamatnya perlawanan Piala FA antara Kelantan dan Terengganu. Tetapi di Kelantan bahang tersebut masih dirasakan. Sini-sana masih ramai orang yang berbicara tentang kekalahan Kelantan baik di kedai kopi mahupun di pejabat. Rasanya seantero rakyat jelata Kelantan sedih dengan kekalahan tersebut termasuklah aku.

aku xleyh tido kot lepas tengok perlawanan tu kat TV. Ingatkan dah menang tapi saat-saat terakhir boleh plak jaring gol sendiri.
Abang aku baru sampai pagi semalam daripada menonton perlawanan kat Bukit Jalil. Sebelum tu dia singgah kat Puchong rumah kakak aku. Kakak aku cerita abang aku dan geng dia duduk termenung jer sebelum bertolak balik Kelantan. Selalunya dyeorang mesti singgah Genting atau pergi singgah memana tapi kali ni terus balik Kelantan. Sedih letewww !
 
Tambah rasa kecewa bila kawan-kawan Terengganu aku hantar mesej menyatakan kegembiraan yang negeri mereka menang dan aku kalah. Sengal. Tapi aku tak reply satu pun. HAHA. Nanti aku juga yang kena nanti. Sepupu aku lagilah menangis bila Kelantan kalah. Fanatik semua orang !

Tapi nak wat macamana adat pertandingan ada menang dan kalah walaupun kekalahan tersebut amat menyedihkan. Nak tak nak kena terima juga. Kepada The Red Worrior jangan berputus asa. Kami tetap menyokong anda. Bak kata apik tumpukan untuk liga super. AFC cup dan Piala Malaysia pun ada lagi. Gomo Qlate Gomo. 

Kepada team Terengganu Tahniah diucapkan !

Kepada para penyokong tidak kira Ganu mahupun Qlate harap jangan ada seteru antara kita. Kita kan jiran. Lu makan budu, gwa pun makan budu. Peace ! No war !