Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

perjalanan yang jauh

assalamualaikum...

coretan kisah banyak menghiasi minggu cutiku di kampung. walaupun 7 hari cuma berada di kampung halaman, namun aku puas dapat menatap wajah-wajah yang tersayang.

seperti biasa aku akan pulang ke Shah Alam menaiki bas.  kali ni aku rasa masa yang di ambil untuk tiba ke destinasi sangat jauh, tidak seperti biasa. mungkin kerana seat aku paling hadapan membuatkan aku tak boleh tidur dek kerana cahaya lampu jalan memantul tepat ke arah mukaku. paling takut apabila dua tiga kali jugaklah lembu-lembu melintas jalan tanpa memandang kiri serta kanan jalan membuatkan pemandu bas terpaksa brek emergency.
google nye gmbo
sayu gila waktu tuh. mata baru sajaja nak tertutup tiba-tiba terbeliak macam ikan lolong akibat inertia berkenaan. cisss, dasar lembu-lembu tak bereducated. tuan punya lembu pun sama jer. laenkali sila ikatkan tali yang tersangkut kat leher lembu tuh kat dahan-dahan pokok ataupun tiang rumah anda agar tidak menyusahkan orang ramai. nasib baik takde kemalangan jiwa serta raga yang berlaku.

seperti biasa bas akan berhenti rehat selama 45 minit selepas melepasi Gua Musang lazimnya di Merapoh. ramai yang akan menuruni bas sama ada untuk kencing, melepaskan shit masing-masing, makan (walaupun harga makanan kat situ macam gila mahal). ada juga jejaka-jejaka yang koya macho dup ngorat bebudak perempuan yang sedang beratur panjang menunngu turn masuk toilet. geli aku. ramai gak jejaka-jejaka hensem semalam. almaklumlah jate qelate kan ramai yang smart lagi stylo. tak sempat pulak aku nak ngorat sorang semalam. rugi. yekkk!

perjalanan di teruskan. ade lah sorang minah ni tiba-tiba menjerit dalam bas. aku ingatkan terkena sawan ke apa, rupa-rupanya barang dia tertinggal kat tempat rehat tadi. malas nak di cerita apa yang berlaku sehinggalah barang minah tuh dapat balik. buat sakit hati.

overall, memang aku tak dapat tido sangat pun tadi. banyak sangat halangannya sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke Shah Alam.

tapi, objektif aku bukan nak cerita perjalanan aku yang berjam-jam jauhnya. tapi perjalanan yang akan kita tempuh untuk berjumpa Yang Maha Pencinta suatu hari nanti. mesti akan lebih banyak perkara yang dasyat dan halangan akan berlaku ke atas diri kita. tapi kalau kita sentiasa dekat dengan dirinya mungkin perjalanan kita untuk berjumpa denganNya akan dipermudahkan dan begitulah sebaliknya. dengan izin Allah Yang Maha Kuasa semoga ianya dipermudahkan buat kita semua. semoga kita jauh daripada azab-azab didalam kubur sebelum kita dikumpulkan di padang masyar di mana bermulanya segala perhitungan semua amalam kita di dunia.

semoga segalanya dipermudahkan. amin.

Alhamdulillah, aku selamat tiba di Shah Alam. kwoit.


Monday, August 29, 2011

Suasana Menjelang Raya

assalamualaikum..

Fuhhh...penat ! Baru usai shoping 14 ekor ayam di pasar besar Tumpat untuk raya ni. Penat bukan mencari ayam, apatah lagi aku nak menyembelih ayam tapi disebabkan keadaan jalan di sekitar Kelantan yang sesak lagi padat. Nasib baik dah order ayam semalam lagi. Kalau tak beratur 1 KM la aku.

Plat kereta yang bermula dengan W, B, A dan bermacam2 abjad semua memenuhi jalan. Hmmm..nampaknya anak Kelantan di perantauan ramai yang dah pulang di kampung halaman masing-masing. Kereta Alphard, Estima, Marcedes, Kancil mahupun Wira menuju ke destinasi yang sama. Membeli persiapan raya yang terakhir. 

Rasa malas dah nak keluar rumah 2-3 hari nak raya. Yerlaa, tempat yang selalunya pergi 10 minit sekarang nak dekat sejam baru sampai. Kelantan kena ada HIGHWAY baru tak jammed. Tunggu pilihanraya ni la kot. Kui kui.Nasib aku jadi peneman driver jep. Buat-buat tensen jer la. Jaga hati driver kan.

Tapi seronok gak bila tengok semua orang balik kampung..setahun sekali jer. Baru nampak suasana raya tu kan. Mesti key ell (KL) lengang sekarang. Nak tido atas jalan pun boleh rasanya.

Hari raya lah masa untuk semua ahli keluarga berkumpul bersama-sama. Family aku pun harapkan hari raya boleh berkumpul. Kalau tak memang susah lah. "Mungkin kena tunggu aku kawen baru boleh kumpul ramai-ramai". hehe.

Yang paling gembira mestilah ibu bapa menunggu kepulangan anak-anak yang dirindui. Bila anak-anak bersalaman serta peluk cium ibu bapa itu adalah satu nikmat bagi mereka. Dapat dilihat pada wajah ibu bapa aku bila adik beradik aku serta cucu mereka selamat tiba di kampung. Dan tiba-tiba air mata mereka menitis kerana kegembiraan.

Malam nie memang riuh rendah laa rumah aku. Dengan bunyi mercun anak buah aku, dengan aksi kejar mengejar mereka, dengan kesibukan kakak-kakak aku memasak, dengan abang-abang aku bergelimpangan tido di depan TV. Aku? Aku tentulah buat amal dengan temankan anak buah aku yang ramai tu main mercun. Bahaya kan biarkan dyeorang.

Ok lah. Malas dah nak bebel.

ssshhh : baju raya aku belum cuci lagi. agak-agak takpe x kalau aku pakai gitu jep.


Sunday, June 12, 2011

bila bola kalah !

assalamualaikum...

Hari ni hari kedua selepas tamatnya perlawanan Piala FA antara Kelantan dan Terengganu. Tetapi di Kelantan bahang tersebut masih dirasakan. Sini-sana masih ramai orang yang berbicara tentang kekalahan Kelantan baik di kedai kopi mahupun di pejabat. Rasanya seantero rakyat jelata Kelantan sedih dengan kekalahan tersebut termasuklah aku.

aku xleyh tido kot lepas tengok perlawanan tu kat TV. Ingatkan dah menang tapi saat-saat terakhir boleh plak jaring gol sendiri.
Abang aku baru sampai pagi semalam daripada menonton perlawanan kat Bukit Jalil. Sebelum tu dia singgah kat Puchong rumah kakak aku. Kakak aku cerita abang aku dan geng dia duduk termenung jer sebelum bertolak balik Kelantan. Selalunya dyeorang mesti singgah Genting atau pergi singgah memana tapi kali ni terus balik Kelantan. Sedih letewww !
 
Tambah rasa kecewa bila kawan-kawan Terengganu aku hantar mesej menyatakan kegembiraan yang negeri mereka menang dan aku kalah. Sengal. Tapi aku tak reply satu pun. HAHA. Nanti aku juga yang kena nanti. Sepupu aku lagilah menangis bila Kelantan kalah. Fanatik semua orang !

Tapi nak wat macamana adat pertandingan ada menang dan kalah walaupun kekalahan tersebut amat menyedihkan. Nak tak nak kena terima juga. Kepada The Red Worrior jangan berputus asa. Kami tetap menyokong anda. Bak kata apik tumpukan untuk liga super. AFC cup dan Piala Malaysia pun ada lagi. Gomo Qlate Gomo. 

Kepada team Terengganu Tahniah diucapkan !

Kepada para penyokong tidak kira Ganu mahupun Qlate harap jangan ada seteru antara kita. Kita kan jiran. Lu makan budu, gwa pun makan budu. Peace ! No war !