Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Monday, October 24, 2011

rindu

assalamualaikum...

kadang-kadang bila jiwa kacau perasaan jadi haru biru. mulalah nak teringat kepada benda yang tidak sepatutnya. contohnya sang arnab dekat kampung, pokok durian dekat dusun dan sebagainya.

tapi rindu kepada perkara sebegitu tidaklah seteruk mana jika nak dibandingkan dengan rindu terhadap orang yang tersayang. tiba-tiba malam yang hening ni aku rindu dengan skandal2 lama aku. entahlaa. aku pun tak tahu kenapa. rindu dengan mamat moto besar- halim, dengan si kacak-awal, budak sabah yang bercermin mata dan beberapa orang lagi lelaki. di sini aku bukannya nak tunjuk yang aku sangat hot! bukan sama sekali kerana cerita tersebut adalah rekaan semata-mata. aku takde skandal bagai okeh. *aku budak baek*

perasaan rindu tiba-tiba menyengat sanubari aku tatkala melihat housemate aku yang sangat gembira selepas tiga hari pulang ke kampung halaman. jeles siot. nasib baik dia tapaukan sekali sotong goreng bersama-sama ikan dan jugak tempoyak. *sempat aku ratah walaupun hati berbengkak*

betullah elbert einstein cakap kalau jiwa kacau hati mudah tersentuh. tiba-tiba aku terasa mahu pulang ke kampung halaman terchenta. rindu dekat mak. rindu dekat ayah. rindu dekat abang. rindu jugak dekat kakak. untuk pengetahuan kalian. aku menulis entri ini dengan perasaan sebak di dada. hati aku menangis. jiwa meronta-ronta. jiwa berkocak.*ok ! hiperbola kau dah terlebih sudah ain*

tak sabar nak balik raya haji nie..rindu !

anak sedara aku. comel macam aku :D


Monday, August 29, 2011

Suasana Menjelang Raya

assalamualaikum..

Fuhhh...penat ! Baru usai shoping 14 ekor ayam di pasar besar Tumpat untuk raya ni. Penat bukan mencari ayam, apatah lagi aku nak menyembelih ayam tapi disebabkan keadaan jalan di sekitar Kelantan yang sesak lagi padat. Nasib baik dah order ayam semalam lagi. Kalau tak beratur 1 KM la aku.

Plat kereta yang bermula dengan W, B, A dan bermacam2 abjad semua memenuhi jalan. Hmmm..nampaknya anak Kelantan di perantauan ramai yang dah pulang di kampung halaman masing-masing. Kereta Alphard, Estima, Marcedes, Kancil mahupun Wira menuju ke destinasi yang sama. Membeli persiapan raya yang terakhir. 

Rasa malas dah nak keluar rumah 2-3 hari nak raya. Yerlaa, tempat yang selalunya pergi 10 minit sekarang nak dekat sejam baru sampai. Kelantan kena ada HIGHWAY baru tak jammed. Tunggu pilihanraya ni la kot. Kui kui.Nasib aku jadi peneman driver jep. Buat-buat tensen jer la. Jaga hati driver kan.

Tapi seronok gak bila tengok semua orang balik kampung..setahun sekali jer. Baru nampak suasana raya tu kan. Mesti key ell (KL) lengang sekarang. Nak tido atas jalan pun boleh rasanya.

Hari raya lah masa untuk semua ahli keluarga berkumpul bersama-sama. Family aku pun harapkan hari raya boleh berkumpul. Kalau tak memang susah lah. "Mungkin kena tunggu aku kawen baru boleh kumpul ramai-ramai". hehe.

Yang paling gembira mestilah ibu bapa menunggu kepulangan anak-anak yang dirindui. Bila anak-anak bersalaman serta peluk cium ibu bapa itu adalah satu nikmat bagi mereka. Dapat dilihat pada wajah ibu bapa aku bila adik beradik aku serta cucu mereka selamat tiba di kampung. Dan tiba-tiba air mata mereka menitis kerana kegembiraan.

Malam nie memang riuh rendah laa rumah aku. Dengan bunyi mercun anak buah aku, dengan aksi kejar mengejar mereka, dengan kesibukan kakak-kakak aku memasak, dengan abang-abang aku bergelimpangan tido di depan TV. Aku? Aku tentulah buat amal dengan temankan anak buah aku yang ramai tu main mercun. Bahaya kan biarkan dyeorang.

Ok lah. Malas dah nak bebel.

ssshhh : baju raya aku belum cuci lagi. agak-agak takpe x kalau aku pakai gitu jep.