Monday, June 20, 2011

kahwin dan cerai

assalamualaikum..

Tajuk entry ni takde kena mengena dengan aku nak kahwin. Cuma aku ada cerita yang aku nak kongsikan.

*******

Dalam sebuah kampung tinggal seorang gadis yang bernama Ana ( bukan nama sebenar). Ana berkahwin dengan seorang pemuda di kampungnya juga. Perkahwinan diaturkan oleh keluarga masing-masing. Ana memang tidak reti sangat dalam menguruskan hal rumah tangga seperti memasak, mengemas rumah dan sebagainya. Tidak sampai setahun usia perkahwinan mereka bercerai dengan sahnya di mahkamah Kota Bharu baru-baru ini. Mereka bercerai kerana ana tidak pandai menguruskan hal rumah tangga. Sepanjang perkahwinan ana dikurniakan seorang baby lelaki.

********

Sebenarnya ini adalah cerita benar berlaku dekat kampung aku.

Aku kesian sangat denagn Ana ni. Iyer laa. Kahwin tak sampai setahun dah bercerai. Umur baru 25 tahun. Anak pun baru beberapa bulan dah kena jaga tanpa ayah. Orang kampung mulalah nak mengata. Tambahan lagi dup dekat kampung. Orang ambil tahu dalam segala hal. Kalau kat bandar takpelah. Apa ko buat takde orang pun kisah.

Mungkin salah Ana juga sebab banyak tak tahu dalam urusan rumah tangga. Tapi aku ada lihat juga dia ada beli buku resepi masakan. Itu menunjukkan dia ada inisiatif nak belajar. Aku rasa Ana patut diberi peluang. Kalau banyak kesilapannya dalam rumahtangga rasanya dia patut diberi nasihat dan diajar. Nak berubah dan belajar benda yang kita tak tahu bukannya mudah dan perlukan masa. Bagilah dia masa. Bukannya dengan melafazkan talak.

Sebelum kahwin tak pula nak selidik bakal isteri nie reti  ke masak, kemas rumah.. Lepas kahwin baru nak menyesal bagai. Lepas tu senang jer nak maen cerai anak orang. Wakluuu. Ingat perempuan nie patung ke? Mungkin bagi lelaki senanglah boleh cari isteri lain tapi bagi seorang perempuan bukan semua lelaki boleh terima janda. Lebih- lebih lagi yang ada anak.

Kejadian ni menyedarkan aku betapa pentingnya bagi perempuan untuk tahu urusan rumahtangga seperti memasak, kemas rumah dan sebagainya. Lepas nie memang aku kena tingkatkan tahap memasak aku supaya future husband aku tak lari. HAHA

Itu cuma pendapat aku. Pendapat anda amat dialu-alukan.


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik

p/s : entry semalam takde sambungan or part 2 laa sebab aku tak jumpa dah lelaki berskuter tu. tapi kalau aku ada mood nak main reka-reka aku buatlah nanti. Hehe


37 comments:

tieykah said...

cakap pasal kahwin,teringat citer akak opis sebelah.

adik die kena khwin dengan seorag perempuan yang mempunyai 26 org adk beradik dan prempuan itu merupakan ank bongsu.

rmai gilak!25 org lagi atas die.Dan pompuan ni memang sangat betol kot.Nak makan kena tunggu laki die suruh,nak makn ubt,kena tunggu laki suruh,nak masak,kena tunggu laki suruh even solat pon.Ayakk!

Moga kita dijauhi jodoh camni.Amin.

Panjang kan komen ak?

Mohd Yusuf said...

gmbr bdk kecik kawin tu, entah bila akan bercerai agaknya. ha3...
bagi peluang lebih baik daripada cerai... dan kalau bleh, lelaki pun kena jgk pandai masak, kemas rumah dan sbg. ha3

Mgkn laki berskuter tu demam kot sbb tu tak lalu kat situ. ha3

adan said...

kesimpulannya walau macam mana tinggi pun pangkat seorang wanita dalam kerjaya itu tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga.. apa yang penting suami nak rasa air tangan isteri.. bukan asyik nak kuar makan kat luar je.. ehehe.. hanya pendapat.

al_hakim said...

sekrang ni tak perlu risau sgt..lelaki ramai yg pandai masak..sy pun..laalala~

Raji and Yeen said...

kesian btol kt orang sebegitu..
nak belajar tidak diberi peluang, kita tak sempurna kan? so kena la pk dlu sblom wat ap2 hal ;D

Nonie said...

tp betul...sepandai mane pun perempuan,kerja rumah kna ambik tau jgk..masak-memasak xkn nk harpkn orng gji je

Syafiq Rosli said...

emm..baik ko blaja masak siap2..hehe..hope hndarilah cerai ni kan..

ain revival said...

@tieykah :

wahhh !ramainy adik beradik dia..err..nape betul sangat..melampau la tu nak sembahyang kena laki suruh dulu. abes takkan laa nak berlapar kalau suami x suruh2..terlmpau betul tuh.

mnta kita x djauhi jgak.

tape..aku mmg suka org dtg komen pnjang2 nie..:)

ain revival said...

@mohd yusoff ::

hehehe.tu semua anak buah aku laa..
betol2..better give chance for her to change first~

ain revival said...

@adan :

yup2..mmg kena pndai memasak nak ikat suami..hehe

thanks 4 ur opinion :)

ain revival said...

@al-hakim ::

untung sangatlah dapat laki yang pndai masak..hehe

ain revival said...

@raji and yeen :

tahu takpe..bagi la peluang dulu kat orang tuh nak berubah..myb take time ckit..tp xsalah kalau sabar jap~

ain revival said...

@nonie ::

hehe..nama lagi perempuan kan..memang kena pndailah buat semua tu~

ain revival said...

@syafiq rosli ::

haha..aku pndailah masak walaupun tak sehebat chef wan tuh..:)

Lieyda said...

kesian nya dia.cmne la anak dia nanti eh.hurm

Arpiiz said...

lepas ni kena lah semua orangbelajar memasak ye..hehe

Shamsuddin Amin said...

dlm islam...
kite kenela seliidik elok2 seblum kawin...
tu tuk elakkan
kes cerai berai cam ni...
hehe

Faraa Eiman's said...

tu yang susah ble main kahwin cm 2 jep , abes semua kne tempias pas cerai t =='

SheyPull said...

XDE SAPE yg xmahu isteri dia memasak?
tolong la perempuna pandaila kamu memasak..:P



JOM singgah blog saya nak...bersedialah anda..sebelum terlambat.

Far8 budak baik said...

kesian ana tu..haih..tak patut
betol lahh lelaki tu..
baik bagi aku je kawen ngan dy..
hahahahaha =p
satu lagi..
nk tnnye ni..
boleh memasak ker??hahaha =p

teyn teyn said...

ckp psl kawen , nak kawen hanya sekali and kekal sampai syurga..

takotnye dgr perkataan cerai tu ..

artis zmn skang relax je tgk . hehe

k_Own said...

errrrr alasan ape tah ? x reti urus hal rumah tangga ? pdhal suami tuh y x tahan saba nak cerai. bkn x buleh nk ubah hal hal cm ini. kawen nih jgn buat2 men. huhuu. apa daa lelaki macam nih.. cisss

apik pehe said...

camtu la sekarang..kawen pastu cerai

~NajiLaA~ said...

kt kg situation is completely different.seriously diff.huhu.kt city no one cares bout wat u do.

ABU said...

betul la perempuan kena tahu membuat kerja kerja rumah tangga, even wanita bekerjaya pun..:D

ain revival said...

@lieyda ::

taw xpe..da la budak2 lagi~

ain revival said...

@arpizz :

memang ah..no masak no kawen..haha

ain revival said...

@shamsuddin :

aku stuju sgt2..selidik dulu kan..igt kawen ni bnda maen2 ker~

ain revival said...

@faraa ::

tu pntingnya kenal hati budi dulu b4 kawen~

ain revival said...

@sheypull ::

ishh..tapi suami pun kena tahu masak gak..huu

ain revival said...

@far8 ::

ko nak ke...kalau nak ak nk rekomenkan nie..haha

cess..jgn merendahkn kmampuan masak aku..hehe

ain revival said...

@teyn teyn ::

mintak d jauhkan la yer ")

ain revival said...

@k_Own :

at least bg pluang utk dy berubah dulu kan..tak payah nk terus cerai2 nie~

ain revival said...

@apik pehe :

taw x pe. trend !

ain revival said...

@najilaa ::

aah..kat kmpung bnda kecik pn leyh jadi kcoh~

ain revival said...

@ABU ::

betol la tu..dah terbukti..:)

Anonymous said...

huhuhuhuhu..saya pun bcerai baru 6 bulan kawen..sbb sy da x tahan dgn suami sy..suka merajuk..bila merajuk suka asing tempat tido..saya x phm dgn perangai die..dan kadg2 die biarkan saya mcm tunggul kt uma..tunggu die balik sedangkan die keluar dgn kwn2 die..2 minggu sy kawen die da asingkan tmpt tido die dgn saya...so xde guna sy teruskan perkahwinan ni..sbb sgt myakitkan ati..dgn nafkah x bg...duit sy die amek...sy myesal dgn perkahwinan ni..sy nk bcerai tp sy takut nk ckp kt mak sy..sbb sy da x tahan cmni..suka2 ati die nk wat ape saje..dan kalo de saje yg x kena dgn diri die..die akan asingkan tempat tido die dgn saya...seolah2 jijik tido dgn saya....tolong la sy