assalamualaikum..
Tajuk entry ni takde kena mengena dengan aku nak kahwin. Cuma aku ada cerita yang aku nak kongsikan.
*******
Dalam sebuah kampung tinggal seorang gadis yang bernama Ana ( bukan nama sebenar). Ana berkahwin dengan seorang pemuda di kampungnya juga. Perkahwinan diaturkan oleh keluarga masing-masing. Ana memang tidak reti sangat dalam menguruskan hal rumah tangga seperti memasak, mengemas rumah dan sebagainya. Tidak sampai setahun usia perkahwinan mereka bercerai dengan sahnya di mahkamah Kota Bharu baru-baru ini. Mereka bercerai kerana ana tidak pandai menguruskan hal rumah tangga. Sepanjang perkahwinan ana dikurniakan seorang baby lelaki.
********
Sebenarnya ini adalah cerita benar berlaku dekat kampung aku.
Aku kesian sangat denagn Ana ni. Iyer laa. Kahwin tak sampai setahun dah bercerai. Umur baru 25 tahun. Anak pun baru beberapa bulan dah kena jaga tanpa ayah. Orang kampung mulalah nak mengata. Tambahan lagi dup dekat kampung. Orang ambil tahu dalam segala hal. Kalau kat bandar takpelah. Apa ko buat takde orang pun kisah.
Mungkin salah Ana juga sebab banyak tak tahu dalam urusan rumah tangga. Tapi aku ada lihat juga dia ada beli buku resepi masakan. Itu menunjukkan dia ada inisiatif nak belajar. Aku rasa Ana patut diberi peluang. Kalau banyak kesilapannya dalam rumahtangga rasanya dia patut diberi nasihat dan diajar. Nak berubah dan belajar benda yang kita tak tahu bukannya mudah dan perlukan masa. Bagilah dia masa. Bukannya dengan melafazkan talak.
Sebelum kahwin tak pula nak selidik bakal isteri nie reti ke masak, kemas rumah.. Lepas kahwin baru nak menyesal bagai. Lepas tu senang jer nak maen cerai anak orang. Wakluuu. Ingat perempuan nie patung ke? Mungkin bagi lelaki senanglah boleh cari isteri lain tapi bagi seorang perempuan bukan semua lelaki boleh terima janda. Lebih- lebih lagi yang ada anak.
Kejadian ni menyedarkan aku betapa pentingnya bagi perempuan untuk tahu urusan rumahtangga seperti memasak, kemas rumah dan sebagainya. Lepas nie memang aku kena tingkatkan tahap memasak aku supaya future husband aku tak lari. HAHA
Itu cuma pendapat aku. Pendapat anda amat dialu-alukan.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.
p/s : entry semalam takde sambungan or part 2 laa sebab aku tak jumpa dah lelaki berskuter tu. tapi kalau aku ada mood nak main reka-reka aku buatlah nanti. Hehe