Monday, June 13, 2011

akibat nila setitik....

assalamualaikum...



Akibat nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Satu peribahasa yang femes yang sering dijadikan tajuk untuk buat karangan pada zaman aku sekolah dulu.  Sebenarnya banyak perkara yang berlaku yang boleh dikaitkan dengan peribahasa ini. Sebagai contoh :

**********
Suatu ketika dahulu negera A  terkenal dengan kehebatan dalam bermain lompat getah. Negara A mempunyai penyokong yang ramai lagi setia. Kemana negara pun mereka bermain seperti Jordan, USA, Thailand para penyokong akan turut serta pergi bagi memberi sokongan.

Nak dijadikan cerita pada satu perlawanan menentang negara Kanada, negara A telah kalah. 2 orang daripada 1000 orang penyokong negara A bertindak menyanyi dengan nada yang sumbang sehinggakan semua orang yang menyaksikan perlawanan tersebut bertempiaran lari.



Sejak itu Negara A dilabel sebagai negara yang ganas dan mempunyai budaya yang tidak baik. Kemana pergi mesti ada segelintir orang yang masih berbicara tentang perkara itu.

**********

Disebabkan beberapa orang yang tidak ber educated semua orang merasa tempiasnya. Untunglah kalau orang sebegitu tiada. Tiada lagi orang yang akan menuding jari dan memandang sinis. Parasit-parasit inilah sebenarnya yang lebih berbahaya daeipada e. Coli  kerana bukan sahaja dapat memburukkan imej sebuah komuniti besar tetapi memutuskan silaturrahim sesama sendiri. Parasit-parasit ini sepatutnya dikuarantin dan dinyahkan untuk selama-lamanya. Baru aman.

Kepada si penuding jari ingatlah bukan semua yang menjadi nila. Yang selebihnya adalah susu. Jangan nak persalahkan semua orang atas kekhilafan segelintir manusia yang tidak mempunyai nilai moral dan integriti yang tinggi. Kadang-kadang orang yang terang-terangan tidak bersalah turut terkena kemarahan dan cacian orang ramai. Think before you talk ! Selain fikir kaji dulu adakah apa yang korang cakapkan itu adalah betul. Setakat khabar angin yang belum sahih jangan pandai-pandai nak buat onar. Mungkin korang suka sangat melihat orang bertelagah dan  menjatuhkan maruah orang. 

Kenapa perlu cakap semua orang begitu jika anda sendiri sedar yang bukan semua orang bersalah. Kawan pun sanggup kutuk kawan disebabkan isu ni. Rendahnya tahap mentaliti kau. Kesian.


Ingat ! Jangan nak salahkan orang lain kerana kesilapan orang tertentu. tak puas hati pergi cari si parasit tu sendiri dan ganyang dia puas-puas. Orang lain tak bersalah pun. Sedih owh ...

p/s : Maaf. Aku mengarot sikit hari nie. HAHA. Tak tahu ada yang paham ke tak entry nie. PEACE.


18 comments:

muhamad hanif said...

mcm kes bola sepak kelantan je ?

Errr,,

ain revival said...

@Hanif :

x taw..tanggapan masing2..

hebat x cite aku..?nak jd tukang cerita mcm ko..HAHA

amir aizat said...

gaya mcm tgh marah jer part last tuh,huhu

Mohd Yusuf said...

paham tajuk je...hahahha gurau je...

yg bahya ialah orang yg tuang nila ke susu tu... kalau kita cepat2 buang nila setitik tu, tak mungkin susu rosak sebelanga...hahahaa

Raji and Yeen said...

o yeah.. begitulah dont judge a country by a person kan..
mcm kelantan plak kita xpuas ati dgn seorang warga kelantan tapi xperlu kutuk sampai semua warga2 kelantan.. grrr >.<

ain revival said...

@amir aizat ::

hahaha..xde laa..tgh senyum time tulis entry nie..

:)

ain revival said...

@mohd yussof :

ckp sng laa..kalau nila mungkin sng sbb manusia y control nk buang ke x..ttpi kalau manusia sendiri rseny ssh nak maen buang2..

:)

ain revival said...

@raji and yeen :

owh..aku terharu weyh..T_T
thanks wey..harap rmai y brfikiran mcm ko..

kalau nak hukum, hukumlah orang yang bersalah SAHAJA..tak perlulah smpai orang sekeling pun kena..

deeya said...

sebenarnya kalau nila tu jatuh setitik jer kat dalam susu , rosaknya siket jer pada permulaan .. kalau kite biarkan lelama nila tu pun kembang la dalam susu . itu yg sebab nila setitik rosak susu sebaldi ..

jadi , susu dan nila umpama manusia .. manusia umpama susu nie takkan rosak semuanye kalau mereka membaiki manusia umpama nila . erk ! paham tak paham tak ?? hahaha ~

Mohd Yusuf said...

kalau susah nk buang, kita bakor je...hahhaaa

ain revival said...

@deeya ::

hmmm..betol2..mungkin kita kena perbaiki manusia nie. tapi rasanya x senang kita nak perbaiki sifat o sikap seseorang. tambahan lagi bila kita x leyh nak detect manusia umpama nila ni kerana mereka berada dalam ribuan orang lain ataupun satu komuniti yang sangat besar.

hanya mampu berdoa agar golongn tersebut sedar akan kesalahan mereka.

nway, thanks gv ur opinion~:)

ain revival said...

@mohd yusof :
hehehe..lagi ssh tuh main bkar2..bakar kerusi boleh, bakar orang....

:)

tieykah said...

hahaha.ngokti.:)bagus entry ni,penuh ngn moral

aleen aiden said...

malas nak cakap pasal tempias2 nih.alin cuma nak cakap alin terer juga men lompat getah.jom!hi3 :P

amir aizat said...

senyuman eh. okay keep smilling buat entry2 nnt,hehe

ain revival said...

@tiekah :

thanks babe :)

ain revival said...

@alen aideen :

owh..xpenah pun terer maen tu..main masa skola rndah dulu slalu kalah.hehe

ain revival said...

@amir aizat :

hehe..OK! keep smiling.

:)