assalamualaikum...
Akibat nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Satu peribahasa yang femes yang sering dijadikan tajuk untuk buat karangan pada zaman aku sekolah dulu. Sebenarnya banyak perkara yang berlaku yang boleh dikaitkan dengan peribahasa ini. Sebagai contoh :
**********
Suatu ketika dahulu negera A terkenal dengan kehebatan dalam bermain lompat getah. Negara A mempunyai penyokong yang ramai lagi setia. Kemana negara pun mereka bermain seperti Jordan, USA, Thailand para penyokong akan turut serta pergi bagi memberi sokongan.
Nak dijadikan cerita pada satu perlawanan menentang negara Kanada, negara A telah kalah. 2 orang daripada 1000 orang penyokong negara A bertindak menyanyi dengan nada yang sumbang sehinggakan semua orang yang menyaksikan perlawanan tersebut bertempiaran lari.
Sejak itu Negara A dilabel sebagai negara yang ganas dan mempunyai budaya yang tidak baik. Kemana pergi mesti ada segelintir orang yang masih berbicara tentang perkara itu.
**********
Disebabkan beberapa orang yang tidak ber educated semua orang merasa tempiasnya. Untunglah kalau orang sebegitu tiada. Tiada lagi orang yang akan menuding jari dan memandang sinis. Parasit-parasit inilah sebenarnya yang lebih berbahaya daeipada e. Coli kerana bukan sahaja dapat memburukkan imej sebuah komuniti besar tetapi memutuskan silaturrahim sesama sendiri. Parasit-parasit ini sepatutnya dikuarantin dan dinyahkan untuk selama-lamanya. Baru aman.
Kepada si penuding jari ingatlah bukan semua yang menjadi nila. Yang selebihnya adalah susu. Jangan nak persalahkan semua orang atas kekhilafan segelintir manusia yang tidak mempunyai nilai moral dan integriti yang tinggi. Kadang-kadang orang yang terang-terangan tidak bersalah turut terkena kemarahan dan cacian orang ramai. Think before you talk ! Selain fikir kaji dulu adakah apa yang korang cakapkan itu adalah betul. Setakat khabar angin yang belum sahih jangan pandai-pandai nak buat onar. Mungkin korang suka sangat melihat orang bertelagah dan menjatuhkan maruah orang.
Kenapa perlu cakap semua orang begitu jika anda sendiri sedar yang bukan semua orang bersalah. Kawan pun sanggup kutuk kawan disebabkan isu ni. Rendahnya tahap mentaliti kau. Kesian.
Ingat ! Jangan nak salahkan orang lain kerana kesilapan orang tertentu. tak puas hati pergi cari si parasit tu sendiri dan ganyang dia puas-puas. Orang lain tak bersalah pun. Sedih owh ...
Ingat ! Jangan nak salahkan orang lain kerana kesilapan orang tertentu. tak puas hati pergi cari si parasit tu sendiri dan ganyang dia puas-puas. Orang lain tak bersalah pun. Sedih owh ...
p/s : Maaf. Aku mengarot sikit hari nie. HAHA. Tak tahu ada yang paham ke tak entry nie. PEACE.

