"aku sebenarnya suka kat dia. tapi aku malu. macamana ni? serba tak kena dibuatnya. mandi tak basah. malam-malam asyik teringat jer kat dia. perlukah aku bagitahu? tapi...tapi..konfius lah!"
situasi ini selalunya terjadi kepada kaum spesis aku. I mean kaum hawa lah. mungkin wanita mempunyai rasa malu yang menebal dalam diri sehinggakan tidak dapat nak meluahkan perasaan kepada orang yang disukai.lalu membiarkan semua perasaan ini hilang ditelan dek masa.
melalui kajian aku sebagai ahli psikologi yang tak mempunyai certificate apa-apa, 99% wanita takut untuk meluahkan perasaan disebabkan takut DIREJECT! yes, ini fakta bukan auta. ini bukan disebabkan ego terlampau tetapi memikirkn maruah diri kerana diri seorang perempuan.
wanita dilahirkan dengan sifat yang malu dalam diri. sukar untuk mengungkapkan soal hati dan perasaan pada seseorang lelaki yang disukainya.biasanya perempuan spesie nie dianggap kuno bagi perempuan yang urban. kononnya tak ada lagi istilah perigi mencari timba pada zaman nasi goreng biasa dijua 7 hengget sepinggan..
pendapat aku menyatakan bahawa wanita sekarang tidak seharus nya malu dalam meluahkan perasaan. bak kata ustaz azhar populasi lelaki dengan perempuan adalah bersamaan 1 lelaki : 7 perempuan (betulkan kalau aku salah). kalau benarlah, owh bayangkan. betapa desperate nya kaum wanita untuk mencari calon suami.. siapa yang tak mahu kahwin woit.
hehe. itu adalah pendapat aku. tapi wanitakan terkenal dengan sifat malunya. so, no wonderlah diorang simpan dalam hati jer perasaan itu. lagipun pentingkan dalam menjaga maruah diri. ni jumpa lelaki sikit dah cakap 'saya suka awak', 'saya dah mula sayang kat awak', ' im falling in love with you' dan sebagainya. berkenan kat lelaki lain pulak cakap macam tu jugak. ini bukan tak malu, tapi gedik!
so, berpada-padalah kita. buatlah apa yang rasa baik untuk diri sendiri,
p/s : aku pun rasa malu nak luahkan. haha









