Showing posts with label putus cinta. Show all posts
Showing posts with label putus cinta. Show all posts

Friday, February 10, 2012

forever alone ?


Putus cinta. Itu lumrah orang bercinta. Aku pun pernah putus cinta. Walaupun sekali. Cinta budak-budak katakan. Masih mentah. Orang bercinta kita pun nak turut sama. Walhal takde rasa cinta pun. Aiyak. Bodoh gila bila teringat zaman jepun dulu. Takpela, itu semua perkara yang da lepas. Apa yang buruk kita jadikan pengajaran.

Sekarang, im still alone. Forever alone? Of course not! Aku nak kahwin la giler. Tapi belum ada calon yang sesuai lagi untuk penuhi sudut aku yang satu ni. Bukan terlalu memilih cuma berhati-hati.

Hati-hati untuk mendapatkan yang terbaik. Terbaik dalam maksud boleh menjadi pemimpin yang baik. Yang boleh membimbing ke syurga Allah. Tipulah kalau aku kata taknak yang berduit, taknak yang berkerjaya. Tapi tak perlulah sampai duit yang berkepuk-kepuk banyaknya, cukuplah sekadar bersederhana dalam segala hal. Cukup pakai, makan, minum dan ada sedikit pada masa kecemasan.

Gemersik Kalbu, Vanila Coklat, Bicara Hati. Itu semua cerita. Cerita yang kita angankan untuk menjadi seperti itu. Tapi itu sekadar cerita. Kisah kita adalah kisah kita. Kita yang bakal mencorakkannya sendiri.

So, kepada yanag putus cinta, jangan dup frust sangat. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita. Sentiasalah meminta kepadaNya supaya ketemukan kita dengan orang yang terbaik. Amin.

We are not forever alone. Because Allah always with us :)



Monday, September 26, 2011

Putus cinta? Jangan bertindak bodoh.

assalamualaikum...

Korang pernah bercinta? Pernah putus cinta? Apa korang buat apabila putus cinta? Adakah korang menangis berhari-hari meratapi nasib, ambil pisau kemudian tikam kamu punya ex ataupun jalan yang lebih mudah ambil pisau tikam diri sendiri.


Aku teringat masa sekolah dulu. Ada kawan sehostel dengan aku dulu menyelar tangan sendiri gara-gara putus cinta. Aku tak tahu apa perasaan dia masa tu sampai sanggup buat camtu. Bagi aku kalau menangis tu perkara biasalah. Tapi kalau sanggup mencederakan diri sendiri kerana putus cinta itu adalah satu perkara yang tersangat  bodoh.

Macamlah hidup kau akan musnah kalau putus cinta. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum wey ! 

Kita sepatutnya sedar yang masih ramai lagi orang yang sayangkan diri kita. Kita masih ada keluarga dan rakan-rakan. Tak sayang diri sendiri pun ingatlah orang yang sayangi kita.

Fikir positif. Kalau kamu tiba-tiba jumpa ex kamu dengan teman baru jangan la nak melalak bagai. Senyum la padanya. Jangan tunjukkan yang korang tu macam tak boleh hidup tanpa dirinya. 

Kenapa korang tak boleh melalak bila jumpa ex korang dengan someone else?

"Never get mad when you see your ex with someone new..
Because your parents have always tought you to give your old toys to less fortunate.."

HAHAHAHA. Betul kan?

Yang paling penting janganlah korang menyayangi sesuatu melebihi sayang kamu kepada Yang Maha Esa.

Ok bye babe !