Showing posts with label jiwa kacau. Show all posts
Showing posts with label jiwa kacau. Show all posts

Sunday, February 12, 2012

serabut dengan Facebook chat

assalamualaikum...



anda seorang yang hot? seorang yang owesome? seorang yang superdupper gorgeous? bukak FB pop pup pop put chatting masuk. bukan satu, bukan dua tapi beratus-ratus. Memang tak terlayan. Memang malas nak melayan.

"Hi awak, sihat?"

"Buat apa tu awak?"

"Assalamualaikum."

"Aiiiiiiiii!"

Memang tak layanlah kalau tak kenal. Memang tak terlayanlah selagi takde default picture. Memang tak terlayanlah kalau DP entah apa-apa. Memang tak layanlah lah kalau DP selebek gila. Betul tak? Tak kira korang lelaki atau perempuan mesti ada kriteria tertentu dimana anda melayan atau tidak melayan chatting. Mungkin bukan semua. Tapi kebanyakan orang begitulah. 


Lelaki! Kalau tengok pompuan yang cun seperti Neelofa tegur kat FB mesti cepat je reply. Pompuan pun sama kalau tengok lelaki 6 packs muka mengalahkan Aaron Aziz mesti cepat jugak taip mesej replykan. Kalau muka huduh mungkin terus block. Mungkin bukan semua. Tapi kebanyakan orang begitulah. 

Tapi kadang-kadang bila kebosanan melanda, tatkala sudah mengelike 1000 status kawan-kawan di FB dan selesai dengan taipan komen serta status, maka layan la juga chatting tu walaupun orang yang chatting tak seperti yang diharapkan. Hmmm. dah bosan kan.

Mungkin kita berasa OK jer tak melayan chatting diaorang. Tapi kalau kita, apa yang kita rasa kalau kita tegur orang buat derk jep. Mesti ada yang menyumpah-nyumpah bagai kan. Rasa mesti malu gila kan. 

"Demmm! Bajet lawo gila tuh tak reply chat aku. Muka macam cilaka jer.
 Macam aku nak sangat je. wekkkk!"

"Malunya aku. Nape dia tak layan chat aku. 
Camne nanti nak jumpa dia esok ni? arghhh. Malu! Malu!"

Tapikan kita kadang-kadang kena sedar diri jugaklah. Dah berpuluh-puluh kali chatting kita tak dilayan baik stopkan je lah dari chatting orang tu. Dah orang tak sudi tak payah kita nak terhegeh-hegeh kan. Come on lah. Jangan nampak sangat kita ni desperate sangat nak kenal or nak kawan dengan orang tu walhal orang tu sikit pun tak rasa apa-apa. Rasa meyampah adalah. Lainlah kalau korang memang berjiwa kental juga sensasi. Boleh tahan malu boleh tahan maki. 

Hmmm. Mungkin lebih baik kita terus terang yang kita tak suka chatting dengan orang tu. Mungkin agak jahat tapi aku rasa itu lah yang sebaiknya untuk mengelakkan kita terus diganggu dan diganggu berterusan. Dia nak marah lantak pi la. Itu hak kita kan.

Macam yang aku buat nie.



Kan dah kena marah. Dem laa. Tak pasal-pasal budak tu merajuk dengan aku sekarang. 

Paling senang OFFLINE kan chat.

p/s : tepuk dada tanya selera masing-masing :)
p/s/s : entri tade kena mengena dengan yang hidup mahupun yag sudah meninggal dunia.



Saturday, January 28, 2012

ucapan maaf. ikhlas atau tidak?


" sorry weyh, aku tahu aku silap. tak mahu lah kita
 gaduh-gaduh macam ni ek. "


"hmmmm..aku pun taknak jugak gaduh-gaduh macam ni. 
macam budak-budak jer kan. Ok la babe. 0-0 ok :)"



Perkataan maaf. senang sahaja untuk dilafazkan. Senang sahaja untuk dituturkan. Senang sahaja untuk diucapkan. Namun, sejauh mana keikhlasannya. Ikhlaskah kita tatkala mengucapkan kalimah 'maaf' itu. Adakah hati kita tulus seiring dengan kata-kata maaf yang di ucapkan?

Mulut ini pernah mengucapkan maaf dan pernah juga memaafkan orang. Risau bila memikirkan adakah hati ini benar-benar ikhlas memaaf dan memaafkan. Adakah Allah menerimanya kalau hati kita tidak ikhlas? 

p/s : secara generalnya pada waktu ini, aku meminta maaf atas segala perlakuan, perbuatan, percakapan aku yang selama ini ada menyinggung mana-mana individu ataupun mana-mana pihak dalam keadaan sengaja mahupun tidak sengaja.
dan aku juga maafkan segalanya apa-apa yang korang buat yang pernah menyinggung perasaan aku ni samada sengaja ataupun tidak.

ikhlaskan hati aku ini Ya Allah....





Tuesday, October 25, 2011

jiwa kosong

assalamualaikum...


Kebelakangan ni terasa banyak sangat aku post perihal jiwa. Tiba-tiba terasa diri aku sangat jiwa-jiwa ataupun lebih tepat lagi dipanggil jiwang ! hmm. Ada-ada aje aku nie.

Jiwa kosong. Apakah? Aku pun tak faham dengan apa yang aku feel sekarang ni. Aku nak explain pun susah. tapi sejujurnya aku rasa jiwa aku sangat kosong. Tapi aku tak tahu apa yang kosong. Apa yang perlu di isikan. Tang mana yang kosong.

Pernah tak korang duduk sorang-sorang dan mula mendapati yang korang sebenarnya keseorangan dalam dunia ni walhal kawan-kawan ada je berhampiran korang? Kalau korang pernah rasakan semua ni, ternyata aku seorang yang normal.

Dalam diri aku macam ada sesuatu yang tidak lengkap. Mungkin abdomen aku ada yang tidak cukup. Tapi tak mungkin kerana kajian x-ray menunjukkan yang badan aku cukup segalanya. Tapi kenapa diri aku masih terasa kosong seperti puzzle yang masih belum lengkap dicantumkan.


Hmmm. Difikirkan balik mungkin aku masih jauh dariNYA. Kurang mendekatiNYA. Kurang mengingatiNYA. Sebab tu JIWA aku KOSONG. Kosong dalam mengisi ilmu-ilmu Allah. Mungkin terlalu mengejar perihal duniawi. Terleka sehingga seringkali melupakan akhirat yang bakal tiba.

Sunday, October 23, 2011

jiwa kacau

assalamualaikum..

pagi ni tiba-tiba terasa nak tulis entry..mungkin dah kurang dah pembaca kat blog ni kerana frekuansi aku menulis blog baru-baru ini amatlah sedikit. lagipun aku langsung tak ber blog walking dengan jiran tetangga. tapi takpelah. hidup mesti diteruskan.

jiwa kacau! apakah? adakah aku dah crush dengan someone sehinggakan jiwa aku tiba-tiba terganggu. hmm..semestinya bukan sama sekali. aku masih lagi keseorangan ketika ini. yer ! statement ini macam aku mempromote kan diri aku. biarlah. tapi aku bukannya desperate sangat. tak kapel, kurang dosa sikit ! *ayat mau sentap jep*

bulan ini dalam sejarah. aku rasa hidup aku sangat kacau bilau. kalau boleh aku rasa nak lari dari Shah Alam bandaraya bersejarah ni.*sejarah aku dapat B SPM hari tu* . aku nak lari bukan kerana aku tak mampu nak pergi makan yoget Tutti Frutti berhampiran Jekel mahupun makan nasi arab dekat D' Arab cafe tepi giant kat pusat komersial Seksyen 7 tuh. bukan ! bukan ! jangan salah sangka. duit loan aku beriban lagi, masih mampu nak beli semua tu *pasni mesti ramai yang kejar aku*

tapi sejak tiga menjak ni aku dibebani dengan beberapa kerja sekolah yang menyesakkan jiwa serta raga. tapi kalau difikirkan ni salah aku jugak. selalu sangat tangguhkan kerja. tapi ni memang tabiat aku. tabiat yang memang susah nak dilupuskan.

projek akhir tahun atau nama stylo nya FYP masih takde progress lagi. proposal aku hantar minggu lepas kena REJECT. kena reject gilerr !!!  so kena resubmit sekali lagi minggu nie. tak tido malam la aku nampaknya. tapi takpelah. aku redha dengan ketentuan Illahi .

Sudahlah. meratapi nasib di sini tak berguna sangat. baik aku tido je. kerja sekolah banyak. tapi tido mesti di utamakan :D

d' arab cafe, seksyen 7 tepi Giant