" sorry weyh, aku tahu aku silap. tak mahu lah kita
gaduh-gaduh macam ni ek. "
"hmmmm..aku pun taknak jugak gaduh-gaduh macam ni.
Perkataan maaf. senang sahaja untuk dilafazkan. Senang sahaja untuk dituturkan. Senang sahaja untuk diucapkan. Namun, sejauh mana keikhlasannya. Ikhlaskah kita tatkala mengucapkan kalimah 'maaf' itu. Adakah hati kita tulus seiring dengan kata-kata maaf yang di ucapkan?
Mulut ini pernah mengucapkan maaf dan pernah juga memaafkan orang. Risau bila memikirkan adakah hati ini benar-benar ikhlas memaaf dan memaafkan. Adakah Allah menerimanya kalau hati kita tidak ikhlas?
p/s : secara generalnya pada waktu ini, aku meminta maaf atas segala perlakuan, perbuatan, percakapan aku yang selama ini ada menyinggung mana-mana individu ataupun mana-mana pihak dalam keadaan sengaja mahupun tidak sengaja.
dan aku juga maafkan segalanya apa-apa yang korang buat yang pernah menyinggung perasaan aku ni samada sengaja ataupun tidak.
ikhlaskan hati aku ini Ya Allah....
No comments:
Post a Comment