assalamualaaikum..
Nyamuk. A small insect. Nothing special. Tak comel langsung. Tapi cukup membuatkan manusia memberi sepenuh tumpuan terhadapnya. Semestinya kerana sifatnya yang suka menggigit kulit yang tulus mulus ni. Mendambakan darah manusia yang aku sendiri pun tak tahu sejauh mana kelazatannya.
Bukan niatku untuk menyakiti binatang tu. Tapi kadang-kadang nafsu amarahku tidak dapat kubendung. Semakin kutahan semakin mebuak-buak pula nafsu itu. Tanganku yang kecil ni dengan selamba sahaja menampar-nampar nyamuk yang datang. Kalau lah nyamuk ni dapat di jual, rasanya aku dah dapat beli Samsung Galaxy Note. Tapi apakan daya, terasa sia-sia je aku membunuh nyamuk-nyamuk sekalian. Seekor aku bunuh, 10 ekor yang datang. Hmmm, banyak betul kroni kau kan. Sabar je lah.
Masih ingat lagi, sewaktu usia ku belum lagi menjejak angka 20-an. Aku sering biarkan nyamuk tu menghisap darahku sehingga perutnya memboyot. walaupun terasa gatal. Aku biarkanlah. Bukan kerana aku terlampau baik hati menderma darahku kepada binatang tersebut tapi sebab KEPUASAN. Kenapakah? Pada aku, bila membunuh nyamuk ketika perut dia penuh dengan darah ia adalah kepuasan. Yer la. Penat-penat dia hisap darah tu. Last2 mampus jugak. Lepas tu, aku tersenyum kepuasan lantas berkata.

" padan muka! HAHAHAHA. Puas hati aku"
Tapi itu dulu lah. Zaman belum akil baligh. Sekarang kalau ada nyamuk gigit. Aku tibai terus. Takde masa nak membazirkan darah aku kepada makhluk yang satu tu.
Tapi bila difikirkan balik darah tu makanan dia. Bukan dia suka sukinya nak gigit-gigit orang tu. Kalau dia tak hisap darah, dia tak boleh makan. Bila dia tak boleh makan, dia lapar. Bila dia lapar, dia mati. Oh, kesian.
Tapi kita sebagai manusia, haruslah defend diri kita jugak. So, kepada nyamuk-nyamuk sekalian, berhentilah dari menghisap darah aku. Pergilah hisap darah ayam, beruang, mahupun kambing. Kalau tak memang mampuslah aku kerjakan.
p/s : tak boleh tido malam ni sebab banyak sangat nyamuk ;'(
No comments:
Post a Comment