Monday, January 30, 2012

sinetron indonesia membosankan

assalamualaikum..

Tatkala ni tengah berlangsung sinetron Indonesia yang bertitlekan Cinta Fitri di TV9. kegemaran kakak kesayangan aku. penggemar no 1 sinetron dari negara seberang tu. apa yang bestnya aku pun tak pasti.

hari tu aku ada tanya dia..

"wey kak, sedap sangat ko cerito tu?"

"sedap ah. fitri tu dia gewe dengan ferel. lepastu gak pak edo pun minat ko dio jugak. bla bla bla.."

panjang lebar dia explain kat aku. aku mendengar dengan penuh minat. kononnya lah. sekadar ambil hati. yer laa.. kesian plak dia. bercupak air liur habis nak cite kat aku. sori sis.

muda-muda dulu aku tengok la jugak sinetron indonesia ni. for example cite yang tengah hot gila-gila dulu. bawang putih bawang merah. tak ingat la plak aku tingkatan berapa dulu. tu pun tak tengok habis. almaklumlah aku berjiwa kental dulu. dup hostel. so, cuti aje lah kalau tengok pun. tak pun curi-curi tengok kat bilik TV lepas balik sekolah.



actually la kan, sinetron indonesia kebanyakan best-best belaka. yang tu memang tak boleh nak pertikaikanlah.

tapi......

20 episod terawal jer la best. lepas tu startlah cerita dia lintang pukang abes. musuh dia selama ni anak kandung dia la. tiba-tiba lupa ingatan. hilang. lepastu muncul balik. orang sama tukar muka baru. sorang pompuan tuh 3-4 laki minat. clash lepastu baik balik. 

huh. huh. huh. letih den. sampai beratus-ratus episod tak settle lagi cerita. dup pi mai pi mai tang tu. sape yang follow up sinetron tu dari awal sampai habis memang aku tabik spring lah. memang kental semangat kalian.

agak-agak berape lama dyorang shoot untuk satu sinetron ek. mesti makan masa bertahun-tahun. arghh. gasaklaa. malas aku nak pikir. bukan boleh naik aku pnya pointer pun.

tapi tu la. bosan. boring. harapkan pelakon jer yang cun-cun dan gantang-gantang. semuanya putih melepak. kalaulah semua orang indonesia yang berkeliaran kat masjid jamek, pasar seni, bukit bintang muka macam pelakon kat sinetron tu mesti ramai pompuan yang akan lepak-lepak kat situ. usha mamat hendon.

comel bangat pelakonnya..
sebagai konklusi nya, sinetron indonesia best, cuma ceritanya terlalu panjang dan dup ulang yang sama jer. tak boleh nak masuk dengan selera aku. lain orang lain citarasa kan.

sekarang aku layan Gemersik Kalbu dan Bicara Hati jer. tak pernah miss lagi setakat ni. oppsss! aku peminat drama melayu rupanya :)


hensem Aqasha Lee nie..hehe


8 comments:

Anum said...

ooooooo peminat drama melayu

~eZmALiZa~ said...

haha..skrg ni tekan channel sana drama indonesia... tukar channel sini pon drama indonesia jugak! bosannnn.... last2 tutup tv, pasang movie :)) hehehe

semutsengal said...

cite indon semua bosan, plot sama je.

aleen aiden said...

skarang dah terjebak juga dengan cerita putri yg ditukar.sebelum tak tengok sangat sinetron mana2.walaupun cerita yg femes2.hu3

kim heeruul said...

tak tgk sgt citer indon..
tapi cerita "kejora & bintang" gua tgk.. sebab bintang cantik. keh keh keh

Wilayah Sepet Kuku said...

Assalamualaikum,

Puteri yang ditukar...baru sebulan lebih je habis di indonesia..sis boleh follow sampai 100++, episod citer ni sampai beribu..tak larat akaq..hehe

O CIKTEDDY said...

agree! x suke wooo..

Toshio (Zharfan) said...

Hanya satu sinetron yang menarik juga tetapi dah lama dah tak ada sejak 1999. Cerita tu menarik juga dan tak panjang. Nama cerita tu Mawar Merah, ia sinetron aksi Indonesia dimana Mawar Merah rupa macam Zorro Perempuan. Mawar Merah ialah heroine untuk berbakti kepada rakyat Indonesia.