Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Sunday, December 11, 2011

cerita tentang kawan - gaduh

assalamualaikum....

dalam hidup macam-macam orang yang kita jumpa. yang baik, yang jahat, yang buat-buat baik, yang buat-buat jahat.

tapi yang paling tak boleh blah bila ada manusia yang taknak kalah dalam segala hal. fikir yang semua apa yang dia buat betul. sanggup bergaduh dengan rakan-rakan demi untuk mempertahankan perlakuan diri yang semua orang tahu salah.

ya, mungkin kita hebat. pintar dalam akademik. mempunyai rupa yang cantik. ada harta yang banyak ada boyfren yang kononnya menyayangi dan sanggup buat apa-apa sahaja. tapi tanpa kawan-kawan di sisi mampukah kau bertahan? kita hidup bukan sehari dua, bukan setahun dua (kalau umur panjang). hadirnya kawan-kawan di sisi pasti memeriahkan lagi kehidupan kita, ye dop?

zaman sekarang, zama teknologi. ada twitter, ada facebook. kalau bergaduh ke ape antara kawan-kawan pasti cepat tersebar. mulalah nak mengeluarkan hadis-hadis dalam status masing-masing. kadang-kadang status dalam facebook juga yang kononnya untuk mempertahankan diri  boleh mencerminkan keburukan diri kita sendiri sebenarnya.

sekadar contoh. CONTOH SAHAJA.

" kawan-kawan, doa insan yang teraniaya sentiasa termakbul. saya insan yang teraniaya. semoga Tuhan menarik balik segala nikmat yang diberikan oleh insan yang menganiayai saya."

kalau status di atas, agak-agak sape yang teraniaya? aku takdelah baik manapun. tapi kalau kawan buat jahat sekalipun dengan aku tidak sampai hati rasanya nak mendoakan agar Tuhan menarik balik segala nikmat yang diberikan. cukuplah sekadar mendoakan agar dia berubah perilaku. itu lbih sesuai rasanya. nenek aku pernah cerita. kalau kita mendoakan untuk keburukan seseorang, doa tu akan berbalik kepada kita.

dalam persahabatan sentiasalah jujur antara satu sama lain. janganlah sentiasa pentingkan diri sndiri. kalau kerja berkumpulan tuh buatlah bersama. dah la buat sikit, lepastu tuding jari kat orang lain kata tak buat kerja. lepastu mulalah nak letak surat bagai kat assgnment kata :

"kerja ini diusahakan oleh saya SAHAJA. sambil disaksikan oleh boypren saya." 

hmmm. entah apa-apa kan. padahal kerja yang ko buat cinonet jep. janganlah kamu salahkan orang lain dengan kesilapan yang diri sendiri lakukan. kita sebagai makhluk Allah di bumi ini tak ada yang sempurna. jangan lah nak selalu menang jep padahal sedar diri sendiri salah. jangan cuba menegakkan benang yang basah.


bergaduh sesama rakan-rakan usahlah nak bagitahu orang yang 'besar jawatannya'. kita bukannya budak kecik lagi. masing-masing umur dah 20 lebih. boleh berfikir dah mana buruk, mana baik. selesaikan sesama sendiri.

kadang-kadang kalau ada pertelingkahan antara kawan-kawan ni mestiada orang yang cuba nak jadi hero. kononnya nak selamatkan perhubungan. tapi hampeh. buka tak bagus niat beliau. tapi sebelum nak masuk campur lebih baik tahu asal usul terlebih dahulu. biar tahu cerita A-Z. ni belom ada ape-apa dah siap dengan pistol, senapang dan keris bagai nak baham orang. padahal dia takde kena mengena pun dengan masalah nie.
di ibaratkan jadi batu api bukannya super hero pun.

p/s : dalam membina ukhwah antara kawan-kawan kadangkala memakan masa selama bertahun-tahun. tapi. dalam sekelip mata ianya boleh musnah. semoga ukhwah antara kita terus terjalin :D



Tuesday, July 12, 2011

doa buat sahabat

assalamualaikum..

Terkejut sangat bila dapat berita yang kawan sekelas aku masa sekolah menengah dulu koma akibat jangkitan kuman di otak. Tak sangka beliau yang aku cakap melalui telefon beberapa hari lalu sekarang tidak sedarkan diri di HUSM Kubang Kerian. Dekat FB beliau banyak wall post yang dihantar oleh teman teman yang lain sebagai pembakar semangat.






Dia seorang yang periang dan suka buat lawak. Ade jep auta dia dalam kelas. Bikin kelas riuh.

Masa aku cakap dengan dia empat hari lepas suara dia seriang biasa. Boleh bergelak ketawa. Dia suruh aku cari rumah berhampiran UiTM sebab dia akan menyambung Ijazahnya kat UiTM Shah Alam. Aku ingat lagi dia cakap, dia taknak sambung kat UiTM Shah Alam sebenarnya sebab ada aku. Dia taknak jumpa aku. Lepastu dia ketawa. Aku tahu itu gurauan semata-mata.

Aku tiba-tiba teringat kata-kata itu stelah mengetahui keadaannya sekarang. 

dia yang pakai spek.

Buat sahabatku Ahmad Faisal bin Azizi....

Aku tahu engkau seorang yang kuat serta tabah. Aku mengerti ini adalah satu ujian yang sangat berat buatmu teman. Jangan give-up. Aku dan teman-teman yang lain sentiasa mendoakan kesejahteraan dirimu. Be strong okeh.

Aku dah usha dah rumah sewa yang ko suruh cari tu weyy. Cepatlah bangun dari tidur tu. Nanti nak tengok rumah tu sesuai ke tidak. Ko cakap taknak jumpa aku masa dup UiTM nanti. Tapi aku akan make sure ko akan nampak muka aku hari-hari masa ko sembuh nanti.

Insyaallah, aku dan teman-teman yang lain akan pergi melawat ko esok. Dan aku nak masa kiteorang datang ko sambut dengan senyuman okeyh.

***Aku memohon kepadaMu ya Allah, sembuhkan sahabatku ini dari segala penyakitnya. Panjangkanlah umurnya agar dia dapat mencapai segala cita-citanya.  Sembuhkanlah Ahmad Faisal kerana Engkaulah penyembuh, tiada penyembuh lain melainkan Engkaulah saja, suatu penyembuhan yang tiada meninggalkan penyakit. Amin..***


p/s : sori x dapat nak balas komen korang buat masa ini apatah lagi nak BW. Doakan untuk member aku yep..