Showing posts with label kecurian. Show all posts
Showing posts with label kecurian. Show all posts

Saturday, June 25, 2011

kehilangan

Assalamualaikum...

Hilang sesuatu barang yang berharga dalam hidup memang buat fikiran serabut. Tambahan lagi barang tu memang kita dup hadap hari-hari. 

Semalam 2 orang member aku ada hilang laptop. Dua bijik laptop hilang dalam masa yang sama. Tak sampai setahun pun beli. Hilang kat dalam bilik yang diaorang sewa sepanjang praktikal kat sini.

Aku tumpang simpati kat dua orang tu. Dah la takde saudara mara kat Kelantan ni. Laptop kalau 10 hengget sebijik takpelah. Ni kena ada beriban baru boleh beli. Dan yang paling pentingnya isi-isi yang ada dalam laptop tu. Report, nota dan benda-benda penting yang lain.

Aku tahu 2 orang member aku tuh sedih dan mesti serabut fikir kejadian tuh. Tapi diaorang still berlagak cool. Boleh gelak dan senyum2 lagi. Dalam hati diaorang jer yang tahu.

Member aku cakap kalau jumpa suspek tuh memang dia akan bagi penumbuk sekor-sekor. Takde nak tanya apa dah.Tapi tulah suspek tuh dah melarikan diri. 

Ciri-ciri suspek :

1) berkeluarga - ada 2 anak kecil
2) pakai kereta kancil
3) gerak-geri yang mencurigakan
4) menghilangkan diri selepas kejadian tu dengan tidak mebayar sewa bilik

Aku sebagai kawan diaorang kat sini agak rasa bersalah kerana tak dapat nak tolong apa-apa.  Yerlaa diaorang takde saudara mara kat sini kerana masing-masing orang Selangor dan Pahang. Kawan-kawan pun tak ramai kat sini.Aku cuma boleh cakap sabar dan menjadi pendengar sahaja. Maaflah korang. Tu jer yang aku mampu :'(

Aku harap korang berdua banyakkan bersabar. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian tuh. Kalau jumpa suspek tu kita ganyang dia puas-puas OK ! 

p/s : ini baru barang yang kita sayang tak ada, bagaimana kalau orang yang kita sayang tiba-tiba tak ada.. Itu lebih menyakitkan..