Showing posts with label the little mermaid. Show all posts
Showing posts with label the little mermaid. Show all posts

Saturday, June 18, 2011

The Little Mermaid

assalamualaikum...

Fuhhhhh. Baru hari ni sempat menjenguk blog. Hujung minggu penuh dengan aktiviti di luar jangkaan.

Pernah baca buku cerita The Little Mermaid tak? Mesti pernah dengar cerita dongeng ni masa kecik-kecik dulu.  Cerita pasal Puteri Duyung yang jatuh cinta dengan Putera Raja yang handsome.

Untuk pengetahuan korang masa aku kecik-kecik dulu aku paling tak suka cerita  THE LITTLE MERMAID dalam bebanyak bedtime story.




Ending cerita ni sedih laa...


Sebab inilah aku paling tak suka cerita ni compare dengan cerita dongeng yang lain. Sedih giler masa aku baca buku cerita ni zaman bebudak dulu. Aku nangis kot. Kenapalah ending cerita ni macam ni. Tak sama dengan cerita Cindrelella, Snow White ataupun Sleeping beauty.

Putera Raja ni jahat betul. Kawen dengan orang lain. Sebab taknak Putera Raja mati Puteri Duyung sanggup melenyapkan dirinya buat selama-lamanya T.T. Selepas hari tu memang aku dah tak sentuh dah buku cerita The Little Mermaid yang aku beli.

Tapi sekarang aku dah besar. Aku dah tak fikir macam tu dah. Sepatutnya aku kena berbangga dengan Puteri Duyung ni sebab dia sanggup korbankan dirinya sendiri demi kebahagiaan orang yang dicintainya. Tak semua apa yang kita nak kita akan dapat. Tapi apabila melihat orang yang kita sayang tu gembira dan bahagia itu lebih bermakna kan.......


Sebab tu lah aku rela lepaskan Seth Tan kawen dengan Nora elena dulu. Sebab aku nak dia bahagia. Bukan macam Yvonne. Jahat !

p/s : terharu bila yuyu zulaikha datang komen blog aku yang tak seberapa ni.