Assalamualaikum..
Sebelum aku bercerita aku nak imform awal-awal yang entry ni adalah entry yang paling panjang yang pernah aku buat (tp tadelah panjang sangat). Hope ada yang sudi spend time untuk baca entry ni. Sebarang kritikan dan komen dialu-alukan.
Sebelum aku bercerita aku nak imform awal-awal yang entry ni adalah entry yang paling panjang yang pernah aku buat (tp tadelah panjang sangat). Hope ada yang sudi spend time untuk baca entry ni. Sebarang kritikan dan komen dialu-alukan.
*********
Jam menunjukkan pukul 4.55 petang menandakan 5 minit lagi tamatnya waktu untuk aku bekerja hari ini. Fuhh. Penat giler hari ni. Penat mengonlinekan diri di bilik mesyuarat. Aku bersyukur kerana hari ni adalah hari ke dua terakhir aku berpraktikal di bahagian Hidrologi yang sangat membosankan ini.
Aku mengemas laptop ACER ku yang berumur 3 tahun. Dah buruk dah. Terkocoh-kocoh aku pulang kerana hari nampaknya gelap menandakan nak hujan. Lalu aku mencapai kunci motorku di dalam beg. Kemudian memakai helmet buruk tanpa wizer yang selama hampir 2 bulan menemani aku pergi Jabatab Ppengairan & Saliran (JPS), kota bharu. LC putih strike biru dihidupkan. Tak sampai setahun jagung pun umurnya. Tidak padan dengan helmet tanpa wizer yang kelihatan usang namun masih utuh lagi. Aku berlalu meninggalkan perkarangan JPS.
Bandar Kota Bharu walaupun tidak sebesar dan segah Kuala Lumpur tapi sesaknya mengalahkan manusia yang pergi Jalan Tar menjelang hari raya. Namun semua itu tidak menjadi hal bagi aku. LC ku memecut laju sambil sesekali mencelah kereta yang beratur panjang menunggu lampu isyarat bertukar warna. Sesekali ada juga lelaki dalam kereta memandang dan mengeluarkan bunyi ‘peeewitt’. Tapi aku buat derk jep. Maaflah, aku layan abam mini cooper jer!
Akhirnya sampailah aku dekat traffic light yang paling aku benci. Traffic light di hadapan KB Mall yang berfungsi sebagai hiasan semata-mata. Bencinya aku sebab terpaksa menunggu lama di situ. Hujan sudah mula menitik. Polis trafik yang menggantikan lampu isyarat terus meniupkan wisel agar kenderaan di sebelah kananku terus bergerak. Kadang-kadang aku merasakan yang polis tersebut pilih kasih sebab kenderaan di sebelah kananku lebih lama di beri masa bergerak jika dibandingkan dengan jalan di sebelah kiriku tadi. Rasa macam nak lempang pun ada polis tuh. Nasib baik fikiranku masih waras kalau tak ingin saja aku turun dan sepak kakinya.
Tiba-tiba sebuah skuter melintasi dan berhenti sedikit dihadapanku. Wallaweyy ! Cunnya skuter dia. Berwarna putih lengkap dengan sticker tengkorak. Stylo habes. Tiba-tiba sedang aku asyik memerhati gambar tengkorak di skuter tersebut, tuan empunya berpaling ke arahku. Mungkin sedar yang skuternya diperhatikan. Ya Allah. Indahnya ciptaanMu. Comel bangat dia. Berjaket Putih sedondon dengan aku yang bersweater putih, berseluar jeans sepadan dengan kasut Nike be ‘right’ merah yang dipakainya. Tapi aku tak tengok lama. Sekilas sudah. Nanti poyo pulak mamat tuh. Dari ekor mataku aku dapat tengok yang lelaki berskuter tu berpaling lagi ke arahku. Eleh.. Bajet aku nak curi skuter dia lettewww. Tapi aku buat tak tahu jep. Dia pun terus melepaskan pandangannya ke arah lain.
Waktu tu aku tak kisah berapa lama polis trafik melepaskan kenderaan di sebelah kananku bergerak. Aku sanggup tunggu lama di sini. Sedang aku perhati mamat tu dari belakang tiba-tiba pandangan kami bertaut. HALAMAKKKK! Kantoi aku stalk dia. Tapi tiba-tiba dia tersenyum ke arahku. Cair hatiku bagai ais di padang pasir. Howtnya dia macam Seth Tan. Tapi aku tak membalas pun dia senyuman itu. Hmmm. Aku selalu macam tu. Malu tapi mahu. Mungkin inilah factor aku takde pakwe lagi sampai sekarang.
Dia say ‘hi’ kat aku. Aku terkejut dan cuba memandangnya. Tiba-tiba pandanganku terhenti apabila seperti ada orang mencuit bahuku dari tepi aku. “Opocot mak kau”. Latahku dalam hati. Rupa-rupanya suami kepada anak mak saudara aku. Menaiki EX5 di sebelahku. “ Kacau orang nak main mata lah dia nie.” bentakku dalam hati.
Baru balik kerja rasanya. Patutlah aku tengok dia dup pandang aku semacam jep dari tadi. Ingat pak cik gatal mana la tadi. Sempat lagi dia interview aku di hadapan polis trafik yang akan memberi isyarat untuk kami bergerak bila-bila masa sahaja. Aku pun layanlah sehinggalah terlupa akan mamat beskuter tadi.
Tak lama kemudian aku memandang ke arah lelaki berskuter tadi. Dia tersenyum lagi. Sedang aku berkira-kira hendak membalas senyumannya tiba-tiba polis trafik membunyikan wisel dan menunjukkan isyarat tangan supaya kami bersama dengan kenderaan masing-masing bergerak.
Tiba-tiba sebuah kereta pada jalan sebelah kiri aku turut bergerak sehinggah menyekat pergerakan LC aku. Wakluuuuu. Giler apa! Nasib baik kaki aku pantas menekan brek. Mataku melilau mencari lelaki beskuter tadi. Hmmm. Dia sudah pergi jauh meninggalkan aku. Kereta wira nie memang spoil betol laa. Selepas membebaskan diri daripada halangan tadi aku terus memecut LC ku. Tapi malangnya traffic light selepas itu bertukar merah. Aku terpaksa memberhentikan LC ku. Aku memandang jauh jalan di hadapan ku. Dalam hati aku berkata “dia telah jauh pergi meninggalkanku”. YA, dia memang sudah hilang pada pandangan mataku.
Nampaknya perkenalan kami hanya seketika cuma. Tanpa kata, tanpa bicara. Adakah hari esok kita akan berjumpa lagi duhai Seth Tan berskuter tengkorak? Masihkan ada hari esok untuk kita......
***TAMAT***
p/s : Cerita ini ditambah gula, garam dan ajinamoto sebagai bahan perasa.
p/s/s : Kalau ada lelaki berskuter yang ada iras-iras cerita nie terbaca dis entry sila mengaku okeh!! HUHU
42 comments:
hihihi... cute cite nie.. klu wat smbungan sye nk baca =)
@kiera' sakura ::
kalau jumpa lelaki berskuter tu lagi balik kerja nanti adalah sambungan nya nanti..:)
haha.traffic light tu nk wat nyemok jer pom benanyo.
lamo xg KB Mall.:(
pergh utk perhiasan je?
kau tarik je plug traffic light tu..
mmbazir duit rakyat je bayar lol
ehem-ehem..
weewitt..Err, yela aku mengaku aku jejaka tuu.
prnah alami situasi yg sama..terjatuh hati kat laki yg ride moto legend.
lps 3bln dpt gak info psl lelaki tu.tapi info plg xblh blah blh plk saya dijemput skali utk majlis prtunangan dia..baru nk kenal dah melepas...hampeh..huhu
nnti kalau jmpe lg mamat skuter tuh,,smbung eak cite,,menarik ni,,ner tau jodoh ain with abg mamat skuter itu,,ehehe,,:),,cumel sgguh !~
dah macam baca cerpen plak... ha3...
lepas nie mesti bersemangat nk pegi kerja kan...lepas balik leh jumpa mamat tu lagi...ha3
err..ada smbungan tak..huhu.. :)
@tieykah ::
taw xpe.. dah polis trafik y jage tu mcm lama jer lepaskan kereta bgerak..geram nak p langgar jep~
@raji n yeen ::
aku pun tak tahu ape masalahnya dgn traffic light tuh..rasanya berfungsi mcm biase. tapi hari2 polis trafik y jaga..kalu ak taw plug dy kt mana aku dah tutup dah..hehe
@muhamad hanif ::
ehem ehem..
laaa..ko ke..buang masa jep aku usha semalam . haha
@eza ::
wahhh..camne leyh dpt info tuh..bagi tips skit..hehe
halamakk..tade jodoh la plk..hehe..cari laen..
@zie :
hehhe..insyaallah kalau ade keajaipan jmpa lagi bleyhlaa buat sambungan nie..
xdenya jodoh.. saje jer la..:)
@mohd yusof :
pergi kerja aku tak pernah bersemangat ( x suka tmpat kerja)..
balik kerja mmg semangat..ehhehe
@abu :
kalau jumpa lelaki berskuter tu lagi tu adalah.kalau tak tamat di sini shja..
tp x mngkin la jmpa~
comel glerrr kisah cinta ain nie..
skuter tengkorak ye??
huhuhu....
@mirmo :
hahaha..tu la faz..orang suruh rempit taknak..kalau x leyh jmpa mamat hensem..:)
cinta pandang ke berapa neiwh?
JOM singgah blog saya nak...saye x faham la...knp ye...tolong jelaskan.
@sheyPull ::
ini bukan cinta..aku susah nk jatuh cinta..haha
mksud cinta lbih mndalam laa..
amboi...dan dan na...=P
wuuu , SETH TAN tu xD
aku tak tahu knapa aku tersengih sengih baca entry ko ni drpd mula ko stalk mamat tu..kemain lagi hahahaha
macam dalm tibi..hahaha
hehehe comel je. xkan lari gunung dikejar. kalau ada jodoh tak kemana ye syg :)
blh thn gak entry ni..
lps ni blh lh try bt cerpen plk ye..=)
agk lah pnjg antry ne.haha.tapi kte suke!!
ade part II x dear? :D
@nini ::
hehe..kdg2 jep..
@farah ::
haha..seth tan la sangat..
@abu :
muahhaha..errr..ganas sgt ke aku stalk dy..haisshh..mst ade y fkir bkn2 nie..haha
@lieyda ::
hehe..orang sajer jer laa... xde serius mane laa..
:)
@nor akmal ::
wahhh..buat cerpen?? mmg x layak lg lah~
@raja ellysya :
takdelah kot.xjmpa plak mamat tuh blk smalam..
xreti nak mereka2 plak ..:)
xmau laa ain kalau tengkorak cmtue...
ain amik aje laa...
fadz ttp kpd CAX***..
hahaha....
hahaa..sempat lagi tue...semnetra tunggu nak jalan..hahhaha
nnt nnt jumpa la tue kalau jodoh pnjng..hhahahahaa
yana a baru jumpa blog nie dan follow sini!!!!
@mirmo ::
hahha..tp dy bakal hak milik orang lain laa..udah2 la tu terkenangkan si dia..tabahkan hatimu..haha
@nur liyana ::
hehe..tu lah..smpat stalk ag x tahan tuh..
kalau jmpa pn myb igt muka dy da..skuter dy ingat lagi..
thanks yep..
at least "org itu" di depan mata..
lelaki skuter tengkorang itu jauh entah di mane... hehehe..
tapi xpe, fadz sokong ain!!! hahaha...
tp ain dh give up ngan 'org itu' ye??? hoooyeaaahh!!!!
hihihi..mcm sedih je kesudahannyer.. kihkihkih..
insyaAllah pasti ade hari esok... haha
@mirmo :
iyer la tu fadz..hehehe
@follow ana :
hehe..cite jer nmpak sedih..tuan badan takdelah sdih sgt pun~hehe
@shamsuddin :
insyaallah..
hehe
Post a Comment