Sunday, June 19, 2011

pertemuan yang seketika

Assalamualaikum..


Sebelum aku bercerita aku nak imform awal-awal yang entry ni adalah entry yang paling panjang  yang pernah aku buat (tp tadelah panjang sangat). Hope ada yang sudi spend time untuk baca entry ni. Sebarang kritikan dan komen dialu-alukan.


*********

Jam menunjukkan pukul 4.55 petang menandakan 5 minit lagi tamatnya waktu untuk aku bekerja hari ini. Fuhh. Penat giler hari ni. Penat mengonlinekan diri di bilik mesyuarat. Aku bersyukur kerana hari ni adalah hari ke dua terakhir aku berpraktikal di bahagian Hidrologi yang sangat membosankan ini.

Aku mengemas laptop ACER ku yang berumur 3 tahun. Dah buruk dah. Terkocoh-kocoh aku pulang kerana hari nampaknya gelap menandakan nak hujan. Lalu aku mencapai kunci motorku di dalam beg. Kemudian memakai helmet buruk tanpa wizer yang selama hampir 2 bulan menemani aku pergi Jabatab Ppengairan & Saliran (JPS), kota bharu.   LC putih strike biru dihidupkan. Tak sampai setahun jagung pun umurnya. Tidak padan dengan helmet tanpa wizer yang kelihatan usang namun masih utuh lagi. Aku berlalu meninggalkan perkarangan JPS.

Bandar Kota Bharu walaupun tidak sebesar dan segah Kuala Lumpur tapi sesaknya mengalahkan manusia yang pergi Jalan Tar menjelang hari raya. Namun semua itu tidak menjadi hal bagi aku. LC ku memecut laju sambil sesekali mencelah kereta yang beratur panjang menunggu lampu isyarat bertukar warna. Sesekali ada juga lelaki dalam kereta memandang dan mengeluarkan bunyi ‘peeewitt’. Tapi aku buat derk jep. Maaflah, aku layan abam mini cooper jer!

Akhirnya sampailah aku dekat traffic light yang paling aku benci. Traffic light di hadapan KB Mall yang berfungsi sebagai hiasan semata-mata. Bencinya aku sebab terpaksa menunggu lama di situ. Hujan sudah mula menitik. Polis trafik yang menggantikan lampu isyarat terus meniupkan wisel agar kenderaan di sebelah kananku terus bergerak. Kadang-kadang aku merasakan yang polis tersebut pilih kasih sebab kenderaan di sebelah kananku lebih lama di beri masa bergerak jika dibandingkan dengan jalan di sebelah kiriku tadi. Rasa macam nak lempang pun ada polis tuh. Nasib baik fikiranku masih waras kalau tak ingin saja aku turun dan sepak kakinya.

Tiba-tiba sebuah skuter melintasi dan berhenti sedikit dihadapanku. Wallaweyy ! Cunnya skuter dia. Berwarna putih lengkap dengan sticker tengkorak. Stylo habes. Tiba-tiba sedang aku asyik memerhati gambar tengkorak di skuter tersebut, tuan empunya berpaling ke arahku. Mungkin sedar yang skuternya diperhatikan. Ya Allah. Indahnya ciptaanMu. Comel bangat dia. Berjaket Putih sedondon dengan aku yang bersweater putih, berseluar jeans sepadan dengan kasut Nike be ‘right’ merah yang dipakainya. Tapi aku tak tengok lama. Sekilas sudah. Nanti poyo pulak mamat tuh. Dari ekor mataku aku dapat tengok yang lelaki berskuter tu berpaling lagi ke arahku. Eleh.. Bajet aku nak curi skuter dia lettewww. Tapi aku buat tak tahu jep. Dia pun terus melepaskan pandangannya ke arah lain.

Waktu tu aku tak kisah berapa lama polis trafik melepaskan kenderaan di sebelah kananku bergerak. Aku sanggup tunggu lama di sini. Sedang aku perhati mamat tu dari belakang tiba-tiba pandangan kami bertaut. HALAMAKKKK! Kantoi aku stalk dia. Tapi tiba-tiba dia tersenyum ke arahku. Cair hatiku bagai ais di padang pasir. Howtnya dia macam Seth Tan. Tapi aku tak membalas pun dia senyuman itu. Hmmm. Aku selalu macam tu. Malu tapi mahu. Mungkin inilah factor aku takde pakwe lagi sampai sekarang.

Dia say ‘hi’ kat aku. Aku terkejut dan cuba memandangnya. Tiba-tiba pandanganku terhenti apabila seperti ada orang mencuit bahuku dari tepi aku. “Opocot mak kau”. Latahku dalam hati. Rupa-rupanya suami kepada anak mak saudara aku. Menaiki EX5 di sebelahku. “ Kacau orang nak main mata lah dia nie.” bentakku dalam hati.

Baru balik kerja rasanya. Patutlah aku tengok dia dup pandang aku semacam jep dari tadi. Ingat pak cik gatal mana la tadi. Sempat lagi dia interview aku di hadapan polis trafik yang akan memberi isyarat untuk kami bergerak bila-bila masa sahaja. Aku pun layanlah sehinggalah terlupa akan mamat beskuter tadi.

Tak lama kemudian aku memandang ke arah lelaki berskuter tadi. Dia tersenyum lagi. Sedang aku berkira-kira hendak membalas senyumannya tiba-tiba polis trafik membunyikan wisel dan menunjukkan isyarat tangan supaya kami bersama dengan kenderaan masing-masing bergerak. 

Tiba-tiba sebuah kereta pada jalan sebelah kiri aku turut bergerak sehinggah menyekat pergerakan LC aku. Wakluuuuu. Giler apa! Nasib baik kaki aku pantas menekan brek. Mataku melilau mencari lelaki beskuter tadi. Hmmm. Dia sudah pergi jauh meninggalkan aku. Kereta wira nie memang spoil betol laa. Selepas membebaskan diri daripada halangan tadi aku terus memecut LC ku. Tapi malangnya traffic light selepas itu bertukar merah. Aku terpaksa memberhentikan LC ku. Aku memandang jauh jalan di hadapan ku. Dalam hati aku berkata “dia telah jauh pergi meninggalkanku”. YA, dia memang sudah hilang pada pandangan mataku.

Nampaknya perkenalan kami hanya seketika cuma. Tanpa kata, tanpa bicara. Adakah hari esok kita akan berjumpa lagi duhai Seth Tan berskuter tengkorak? Masihkan ada hari esok untuk kita......

***TAMAT***

p/s : Cerita ini ditambah gula, garam dan ajinamoto sebagai bahan perasa.
p/s/s : Kalau ada lelaki berskuter yang ada iras-iras cerita nie terbaca dis entry sila mengaku okeh!! HUHU






42 comments:

Kira Sakura said...

hihihi... cute cite nie.. klu wat smbungan sye nk baca =)

ain revival said...

@kiera' sakura ::

kalau jumpa lelaki berskuter tu lagi balik kerja nanti adalah sambungan nya nanti..:)

tieykah said...

haha.traffic light tu nk wat nyemok jer pom benanyo.

lamo xg KB Mall.:(

Raji and Yeen said...

pergh utk perhiasan je?
kau tarik je plug traffic light tu..
mmbazir duit rakyat je bayar lol

semutsengal said...

ehem-ehem..

weewitt..Err, yela aku mengaku aku jejaka tuu.

Eza Zularyeza said...

prnah alami situasi yg sama..terjatuh hati kat laki yg ride moto legend.
lps 3bln dpt gak info psl lelaki tu.tapi info plg xblh blah blh plk saya dijemput skali utk majlis prtunangan dia..baru nk kenal dah melepas...hampeh..huhu

zie_ira said...

nnti kalau jmpe lg mamat skuter tuh,,smbung eak cite,,menarik ni,,ner tau jodoh ain with abg mamat skuter itu,,ehehe,,:),,cumel sgguh !~

Anonymous said...

dah macam baca cerpen plak... ha3...
lepas nie mesti bersemangat nk pegi kerja kan...lepas balik leh jumpa mamat tu lagi...ha3

Abu Huzaifah said...

err..ada smbungan tak..huhu.. :)

ain revival said...

@tieykah ::

taw xpe.. dah polis trafik y jage tu mcm lama jer lepaskan kereta bgerak..geram nak p langgar jep~

ain revival said...

@raji n yeen ::

aku pun tak tahu ape masalahnya dgn traffic light tuh..rasanya berfungsi mcm biase. tapi hari2 polis trafik y jaga..kalu ak taw plug dy kt mana aku dah tutup dah..hehe

ain revival said...

@muhamad hanif ::

ehem ehem..

laaa..ko ke..buang masa jep aku usha semalam . haha

ain revival said...

@eza ::

wahhh..camne leyh dpt info tuh..bagi tips skit..hehe

halamakk..tade jodoh la plk..hehe..cari laen..

ain revival said...

@zie :

hehhe..insyaallah kalau ade keajaipan jmpa lagi bleyhlaa buat sambungan nie..

xdenya jodoh.. saje jer la..:)

ain revival said...

@mohd yusof :

pergi kerja aku tak pernah bersemangat ( x suka tmpat kerja)..

balik kerja mmg semangat..ehhehe

ain revival said...

@abu :

kalau jumpa lelaki berskuter tu lagi tu adalah.kalau tak tamat di sini shja..

tp x mngkin la jmpa~

Mirmo said...

comel glerrr kisah cinta ain nie..
skuter tengkorak ye??
huhuhu....

ain revival said...

@mirmo :

hahaha..tu la faz..orang suruh rempit taknak..kalau x leyh jmpa mamat hensem..:)

SheyPull said...

cinta pandang ke berapa neiwh?



JOM singgah blog saya nak...saye x faham la...knp ye...tolong jelaskan.

ain revival said...

@sheyPull ::

ini bukan cinta..aku susah nk jatuh cinta..haha

mksud cinta lbih mndalam laa..

nini said...

amboi...dan dan na...=P

Anonymous said...

wuuu , SETH TAN tu xD

Abu Bagi said...

aku tak tahu knapa aku tersengih sengih baca entry ko ni drpd mula ko stalk mamat tu..kemain lagi hahahaha
macam dalm tibi..hahaha

Lieyda Sabri said...

hehehe comel je. xkan lari gunung dikejar. kalau ada jodoh tak kemana ye syg :)

Kechik Itu Comel said...

blh thn gak entry ni..
lps ni blh lh try bt cerpen plk ye..=)

noname said...

agk lah pnjg antry ne.haha.tapi kte suke!!
ade part II x dear? :D

ain revival said...

@nini ::

hehe..kdg2 jep..

ain revival said...

@farah ::

haha..seth tan la sangat..

ain revival said...

@abu :

muahhaha..errr..ganas sgt ke aku stalk dy..haisshh..mst ade y fkir bkn2 nie..haha

ain revival said...

@lieyda ::

hehe..orang sajer jer laa... xde serius mane laa..

:)

ain revival said...

@nor akmal ::

wahhh..buat cerpen?? mmg x layak lg lah~

ain revival said...

@raja ellysya :

takdelah kot.xjmpa plak mamat tuh blk smalam..

xreti nak mereka2 plak ..:)

Mirmo said...

xmau laa ain kalau tengkorak cmtue...
ain amik aje laa...
fadz ttp kpd CAX***..
hahaha....

Nur Liyana said...

hahaa..sempat lagi tue...semnetra tunggu nak jalan..hahhaha


nnt nnt jumpa la tue kalau jodoh pnjng..hhahahahaa



yana a baru jumpa blog nie dan follow sini!!!!

ain revival said...

@mirmo ::

hahha..tp dy bakal hak milik orang lain laa..udah2 la tu terkenangkan si dia..tabahkan hatimu..haha

ain revival said...

@nur liyana ::

hehe..tu lah..smpat stalk ag x tahan tuh..

kalau jmpa pn myb igt muka dy da..skuter dy ingat lagi..

thanks yep..

Mirmo said...

at least "org itu" di depan mata..
lelaki skuter tengkorang itu jauh entah di mane... hehehe..
tapi xpe, fadz sokong ain!!! hahaha...
tp ain dh give up ngan 'org itu' ye??? hoooyeaaahh!!!!

Nj anna said...

hihihi..mcm sedih je kesudahannyer.. kihkihkih..

Santan Berlada said...

insyaAllah pasti ade hari esok... haha

ain revival said...

@mirmo :

iyer la tu fadz..hehehe

ain revival said...

@follow ana :

hehe..cite jer nmpak sedih..tuan badan takdelah sdih sgt pun~hehe

ain revival said...

@shamsuddin :

insyaallah..

hehe