Tuesday, July 12, 2011

doa buat sahabat

assalamualaikum..

Terkejut sangat bila dapat berita yang kawan sekelas aku masa sekolah menengah dulu koma akibat jangkitan kuman di otak. Tak sangka beliau yang aku cakap melalui telefon beberapa hari lalu sekarang tidak sedarkan diri di HUSM Kubang Kerian. Dekat FB beliau banyak wall post yang dihantar oleh teman teman yang lain sebagai pembakar semangat.






Dia seorang yang periang dan suka buat lawak. Ade jep auta dia dalam kelas. Bikin kelas riuh.

Masa aku cakap dengan dia empat hari lepas suara dia seriang biasa. Boleh bergelak ketawa. Dia suruh aku cari rumah berhampiran UiTM sebab dia akan menyambung Ijazahnya kat UiTM Shah Alam. Aku ingat lagi dia cakap, dia taknak sambung kat UiTM Shah Alam sebenarnya sebab ada aku. Dia taknak jumpa aku. Lepastu dia ketawa. Aku tahu itu gurauan semata-mata.

Aku tiba-tiba teringat kata-kata itu stelah mengetahui keadaannya sekarang. 

dia yang pakai spek.

Buat sahabatku Ahmad Faisal bin Azizi....

Aku tahu engkau seorang yang kuat serta tabah. Aku mengerti ini adalah satu ujian yang sangat berat buatmu teman. Jangan give-up. Aku dan teman-teman yang lain sentiasa mendoakan kesejahteraan dirimu. Be strong okeh.

Aku dah usha dah rumah sewa yang ko suruh cari tu weyy. Cepatlah bangun dari tidur tu. Nanti nak tengok rumah tu sesuai ke tidak. Ko cakap taknak jumpa aku masa dup UiTM nanti. Tapi aku akan make sure ko akan nampak muka aku hari-hari masa ko sembuh nanti.

Insyaallah, aku dan teman-teman yang lain akan pergi melawat ko esok. Dan aku nak masa kiteorang datang ko sambut dengan senyuman okeyh.

***Aku memohon kepadaMu ya Allah, sembuhkan sahabatku ini dari segala penyakitnya. Panjangkanlah umurnya agar dia dapat mencapai segala cita-citanya.  Sembuhkanlah Ahmad Faisal kerana Engkaulah penyembuh, tiada penyembuh lain melainkan Engkaulah saja, suatu penyembuhan yang tiada meninggalkan penyakit. Amin..***


p/s : sori x dapat nak balas komen korang buat masa ini apatah lagi nak BW. Doakan untuk member aku yep..


23 comments:

semutsengal said...

amin....


kemsalam ustaz kau ;)

Abu Huzaifah said...

smoga beliau pulih daripada pnyakit.. :)

lilypelangi said...

semoga beliau cepat sembuh yer .

musang said...

ujian tuhan untuknya...insyaAllah akan segera sembuh

Far8 budak baik said...

ya Allah..sedih ah aku bace...
mesti kau rapat gile ngan dy kn...
kalau di masuk uitm shah alam tu
boleh jumpa ak..dekat je..
moga dy sihat sejahtera amin..
=)kawan2 lah penguat smgt selain
keluarga kn??

WZulhilmi said...

harap2 dia cepat sembuh. Amin.

Kira Sakura said...

Ya Allah Kau sembuhkan lah Ahmad Faisal bin Azizi... berikan die kekuatan tuk menghadapi musibah.. berikan kesabaran pada yang ade disekelilingnya untuk menghadpai musibah ini. sembuhkanlah Ahmad Faisal bin Azizi.. amin2

Aleen Aiden said...

Ya Allah,kesiannye..semoga die cepat sembuh..takziah untuk keluarganya.

Unknown said...

aminnn..
bersih jer muka dia...

ain revival said...

@hanif : amin..


err..lom jumpa ustaz lagi~

ain revival said...

@abu :

insyaallah~

ain revival said...

@lily ::

same2 kite doakan~

ain revival said...

z ::

harap dy berjaya tempuhi ujian tu~

ain revival said...

@far8 ::

tu lah..aku melawat dy tadi..alhamdulillah dy dah sedar.kawan2 mmg ramai y dtg lawat dy..x putus2..td pun berebut nak masuk~

ain revival said...

@zulhilmi :

dy dah sedar subuh tadi~alhamdulillah~

ain revival said...

@kiera ::


thanks kiea..insyaallah dy akan pulih..

ain revival said...

@aleen :

tq yep aleen..same2 kite doakan..

ain revival said...

@aleen :

tq yep aleen..same2 kite doakan..

ain revival said...

@apik :

insyaallah.amin~

Unknown said...

semoga selamat sembuh!

lady-D said...

semoga kawan ain tu cepat sembuh..byk2kan berdoa taw..

Alif Haris said...

semoga die cepat sembuh .. ^^

deeya said...

semoga faisal cepat sembuh dari penyakit . banyakkan berdoa pada Allah . Dia yang memberi penyakit dan Dia yg menyembuhkan penyakit . Semoga faisal tabah !