Monday, July 4, 2011

kerjaya yang meletihkan

Assalamualaikum...

Minggu ni last ak praktikal. Tak sabar rasanya nak habis. Bukan malas ke ape. Cuma aku tak larat nak mengadap jam on the way pergi JPS hari-hari. Entah bila la jambatan baru nak siap. Tettttttt. Malas nak cerita panjang isu jambatan.

dalam hidup aku sekali jer aku pernah kerja. Kat KFC, Puchong. Masa tu cuti semester tahun lepas. Tapi tahap fizikal aku tak kuat. 2 minggu lepas tu aku quit. Aku jadi cashier kat situ. Korang nampak je cashier KFC hanya ambil ayam, cedok coleslaw, cedok whip potatoes tapi letih  owh. Nak-nak bila weekend mahupun cuti umum. Orang beratur sampai ke pintu masuk. Memang tak menang tangan dibuatnya.

Hari pertama aku jaga cashier memang agak kelam kabut lah sebab aku tak biasa lagi.Masa kelam kabut ambil order untuk pelanggan tiba-tiba air strawberry yang aku amik tertumpah. Tiba-tiba pekerja senior kat situ marah aku. Kuat kot dia marah. Aku tak kisah pun dia nak marah sebab tu memang salah aku. Tapi agak-agakla nak marahpun, janganlah depan customer. Malu kot. Dalam hati aku dah nangis dah. Nasib baik air mata aku tak sempat nak mengalir depan pompuan tu.HAHA. Ayat nak touching jep.

Ada juga customer yang gatal. Menyampah. Masa tuh Worldcup. KFC ada poster besar yang ada player bolasepak tuh. Ada sorang customer amik poster tuh n then wat teropong tengok aku amik order dia. GILA HAPE. Rasa nak lempang pun ada. Lagi teruk bila ada customer laki yang pegang tangan aku time nak bagi baki. "OPS ! Sorry, terpegang la U". Aku boleh beza la terpegang ke tak weyh. Macam haremmmm. 

Ada juga customer mabuk. Mintak order entah ape-ape. Tak jelas percakapannya. Dahla semerbak busuk baunya. Bos kata amik jep order tuh. Terpaksalah.

Sepanjang aku kerja, aku cukup tak suka dengan ayat 'CUSTOMER ALWAYS RIGHT'. Tak boleh pakai semua tuh. 

Ada salah sorang pekerja kat situ sound aku,

"Belajar dah la tak tinggi, dapat kerja ni buat baik-baiklah. Orang ajar bukannya nak ingat. Balik makan kismis banyak - banyak. Biar ingatan kuat sikit"

Berdesing telinga aku dengar.Tapi aku sabar jerla. Nasib la ada pekerja kat situ yang baik. Cuba tenangkan aku. Masa interview hari tu aku tak cakap pun aku sekarang ambil degree. Aku cakap aku lepasan SPM jep. Takleh further study so nak cari kerjalah.

Last day aku kerja baru aku cakap yang aku study lagi. Tupun sebab bos tanya apa nak buat lepas ni. Melopong minah yang sound aku. Tak sangka agaknya. HEHE

Tapi aku quit bukan sebab kerenah customer. Tapi sebab letih. Yer la masa nak closing kena cuci 1 KFC tuh. Mop 2 3 kali. Sampai kat rumah pukul 12 malam lebih. LETIH. Manja gila aku. Aku tabik spring ah kat sape-sape yang kerja kat kedai makan. Fizikal anda memang kuat.

Lepas quit aku terus balik kampung. Kena perli dengan abang aku memanjang. HAHA. 

Selepas hari tu aku berjanji aku takkan kerja kat KFC lagi. Makan ayam smbil kumpul mini cooper bolehlaa. HAHA

Dah ada 3 bijik. Sebijik ag wrna grey. takde dlm pict. 

Aku cerita dengan mak aku kerja KFC letih. Mak aku cakap,

"Sebab tu lah mak suruh belajar tinggi-tinggi. Jadi bos. Kerja bawah air-cond. Buat kerja yang kita suka even kerja tu letih. Bla bla bla...."



p/s : lepas preview baru perasan entry nie agak pnjang ..hehe


35 comments:

tieykah said...

Kerja penganggur pon letih

T_T

kiera'sakura said...

penat kan kerja cashier,, penat layan customer sebenarnye.. yg mcm2 karenah..

Raji and Yeen said...

hahah ak dlu mnyampah pergi satu kfc ni dkt ngn UIA pj
sbb org perempan yg jdi cashier tuh mcm lengang lenggok nak wat kerja =.="
amik coleslaw pun dh berapa minit lah
kau tak cmtu kan? hahaha

ain revival said...

@tieykah ::

hahha..letih ke? aku rilex jep..makan tido jep~haha

ain revival said...

@kiera ::

haha..tw xpe..macam2 kerenah ade..tp diingat balik mcam lawak lak~

ain revival said...

@raji ::

hahha..aku mula2 slow laaa...tapi dah 2 3 hari aku plg pntas buat kerja..nak2 bila org order snack plate. tu order y ak plg suka amik~hahha

Mohd Yusuf said...

nasib baik sy tak pnh kerja kat KFC. ha3

teruk jgk kerja kat situ, tapi rasanya tak semua tempat KFC kot mcm tu. ha3

skrg pun ramai yg ambil degree tapi kerja sampingan...

ain revival said...

@mohd yusof

mungkin laa..lain tempat lain caranya kot..skrg cuti sem lps prktikal kerja kerani kat sekolah :)

muhamad hanif said...

HAHAHAHHAHA..(gelak smbil tepuk bahu kau )


oppps ! sorry, terpegang la U..





LALLALALALALA.

d_LA said...

mmg dla surrender keje kat kdai mkn sbb rs xleh handle customer yg pelik2..tp dulu pnh keje kat kdai henset pun dh mcm2 peel customer jmpe..geram je rs tp sabo jelah..

tgh kmpul mini cooper gak ni tp terbantut jap sbb video bodoh tu..

muhamadsufian89 said...

samalah kita. minggu ni last praktikal jugak. tak sabar kot nak abis. hehe

Raja Ellysya Noor said...

kerja kt kdai fast food ne mmg penat gila.
awk taw,sy pernah kerja kt kfc jugak dulu,tapi tahan 2 hari je.pastu waaaaa...tmo dahh!!

amir aizat said...

biasalh kerja kat kfc ke mcd ker mmg letih laa kan. eh mne ad kerja yg xletih2,hehe ni pon penat bru blik kjer,hehe

adan said...

agak2 ada tak kerja yg senang er? sedangkan tidur sehari semalam pun pandai penat..

aku agak minah tu punya muka tebal 10inci bila dengar ko sambung study.. ahhaaha.. padan muka dia.. pandang orang suku mata.. ahaha

Faraa Eiman's said...

sama weyh , aku pling benci part kena marah dpan customer n ayat CUSTOMER ALWAYS RIGHT
agak2 la =='

Nour Akmal said...

kerja..kerja..kerja..
huhu..
klu letih tu biase lh tu kan..

apik pehe said...

hahaha...amek ko pekerja tu..main hentam orang jer..bajet dia lame lagi power la tu...heheheh

alif haris said...

customer is the king la .. haha ^^

kan dah kene bebel ngn mak hehe :D

ain revival said...

@hanif :

pappp!

memang aku lempang terus laa~

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

huhu..keje kat kedai mkn mmg letih... cikmoon yg wat keje part time je ponn..terasa letih sgt2.. bleh sakit2 pinggang..

ain revival said...

@d_la ::

ahah..taw tape..letih sangat..

vdeo ape nie..? share laa..

ain revival said...

@muhamad ::

heheh..taw takpe..mmg x sabar sgt2~

ain revival said...

@raja :

kirenya ain nie hebat jugak ah yep..smpai jugak 2 minggu..kui3~

ain revival said...

@amir aizat :

mmglah semua kerja letih. aku keje kat JPS pn letih gak..tapi x seletih keje kat KFC..haha

ain revival said...

@adan ::

hahha..xtw la keje y x penat ape...kui3

ntahlaa..tp tbe2 ak nk tergelak tgok muka dy..jahat~

ain revival said...

@faraa ::

heheh..ak mmg pantang bile bos cakap customer alway right~

ain revival said...

@akmal :

semua kerja letih..tp tahap keletihan y berbeza2~

ain revival said...

@apik :

hehe..tapelah..aku x kisah pun..cuma geam jep~HAHA

ain revival said...

@alif ::

haha..kalu kite customer mmg la ckp mcm tuh. kan kan kan?

ain revival said...

@cmmg terasa lenguh 1 badan..balik trus tido smpai pg esop~

Umi Asura Sanusi said...

hahaha..melopong budak yang cakap tak belajar tinggi2 tu bila dengar awak sebenarnya amek degree..haha..

Aujinz said...

memang letih kalau keje kat tempat perkhidmatan nie..

so.. belajo ler elok elok.. koh koh koh

ain revival said...

@umi :

hehe..ntahlaa..xkisah pun laa..

ain revival said...

@aujinz :

betol2..studi rajen2 :)

Fadhil Kamaruddin said...

betul la entry ni..sy pon tgh cuti sem ni parttime kfc.
dapat bhgian backup..hu2..letihnye klu kene closing.
sebenarnye kerja penat tu tak kisah sgt,boleh tahan..yg takleh tahan tu perangai manusia yg same2 kerje.