Thursday, July 28, 2011

Malaysia tak layak untuk WORLDCUP !

Assalamualaikum..

Kita kalah ! Hilang semua harapan nak masuk Worldcup di Brazil nanti. Baru bercita-cita nak tanggalkan baju Spain dan menyarungkan jersi  Harimau kita 2014 nanti. 

Aku kecewa? Semestinya !

Siapa yang tak kecewa dengan satu kekalahan bila kita menginginkan kemenangan.

Tapi aku bangga. Kenapa?

Kita kalah dengan bermaruah. Bukan menang dengan lakonan yang melampau semata-mata. Geram dengan pihak lawan dengan segala macam adegan yang menyakitkan hati. Tak rock langsung la lu der. Kata singa, tapi lembik. 

Tapi yang pentingnya aku sangat bangga dengan penyokong kita. WOW ! Penuh stadium.  Aku rasa ini adalah satu sejarah. Penyokong Singa 5 ratus jep!Kata member aku yang pergi, ada yang tak cukup sit. Nasib baik ade awek disebelah buat pencuci mata.

Bagi aku ini baru permulaan bagi Malaysia untuk bangkit dalam arena bolasepak. Aku percaya kita mampu melangkah dengan lebih jauh lagi. Suatu hari nanti kita mampu menyarung jersi kita sendiri pada peringkat dunia.

Tak lupa nak bagi credit lebih sikit buat Khairul Fahmi aka Apek. Terfikir jugak kenapa Rajagobal tak turunkan Apek masa kat Jalan Besar hari tu. Takkanlah sebab tak percaya kat Apek lepas kalah dengan Liverpool hari tu. Tettttt...

Hmmm..Puisi yang kawan aku cipta. 

ketiadaan NORSHAHRUL
amat dirasai,
ketangkasan APEK bkn tndingan SHARBINI,
tiada ape drpd ABDUL HADI,
masuknya FAKRI mnyakitkan hati,
kpincangan prtahanan kerap tjadi,
pjuangan HARIMAU sdah pn mati,
kini SINGA brgembira menari,
K RAJAGOPAL, APA SUDAH JADI,
ke mana prginya SHAKIR SHAARI,
bgitu juga RIZAL FAHMI,
BADROL hnya ilusi,
ASHAARI skadar mmanaskn kerusi,
bkn brcakap kerana NEGERI,
ini dilihat melalui PRESTASI..

Aku kira ada benarnya. Pendapat masing-masing. No offence. Tetttttt.


Ape pun MALAYSIA BOLEH. 

Wednesday, July 27, 2011

aku suka lelaki itu

assalamualaikum..

Aku jatuh cinta. Jatuh cinta dengan suara lunak itu. Jatuh cinta dengan alunan yang berkumandang pada setiap pagi. Indahnya alunan yang didendangkan oleh lelaki berbaju putih. Berpakaian serba putih semuanya. Ada yang baru menuju ke masjid. Ada juga yang berlari-lari sambil memegang kitab Al-Quran kalam Allah. Ada yang tersenyum melihatku. Dan aku sentiasa membalas senyuman itu.

Tepat pukul 11.00 pagi pada setiap hari lelaki berbaju putih itu akan datang ke arahku. Sukanya aku. Ada masanya kami akan berbual panjang. Bercerita itu dan ini. Tak kering gusi aku dibuatnya. Ada jer cerita lelaki berbaju putih itu yang buat aku ketawa. Hilang seketika keresahan hati ini.

Kadang-kadang lelaki berbaju putih itu marah kepadaku sebab tak bagi apa yang diinginkan. Iyerlah. Minta apa yang tak patut diminta. Memanglah aku tak bagi. Tapi aku tetap suka lelaki itu. Eleh, kejap jer pun marahnya. Nanti dia akan datang lagi kepadaku.

Bukan senang aku nak suka dekat orang nie. Tapi dengan mereka senang jer aku nak suka. Tengok muka suci bersih semuanya.

Lelaki yang berbaju putih itu ada kalanya suka mengusikku. 

" Saya nak ngorat awak boleh ?"

Dan aku,

" Of course lah boleh, saya masih single lagi tau"

Mereka ketawa lalu pergi meninggalkan aku meneruskan kerja-kerja aku sebagai KERANI di SEKOLAH TAHFIZ TARBIAH DINIAH, Tumpat, Kelantan.

Tak lama lagi aku akan meninggalkan mereka yang berbaju putih itu. Errrr. Berjubah putih lebih sesuai rasanya. Mereka adalah pelajar tahfiz sebenarnya. Sedihnya hati meninggalkan mereka yang kuanggap seperti adik-adikku sendiri.

Wednesday, July 13, 2011

'rakyat' ARSENAL di MALAYSIA

Assalamualaikum..

Tahniah buat team Arsenal kerana menang menentang Malaysia 4-0. Owh, aku taknak cerita sape gol, macamana game tu berlangsung, awat Apek tak dapat nak halang bola.

Aku cuma pelik, ramai sangat ke 'rakyat' ARSENAL bermastautin di Malaysia nie? Sampaikan warna merah membanjiri stadium.Tapi muka sorang-sorang nampak macam orang Malaysia jer yang menyarung jersey Merah. Bangga sangat dengan FLY EMIRATES tuh.

Bagi aku dalam setiap permainan sukan terutamanya permainan bola sepak sokongan padu daripada penyokong sangat penting. Sorakan penyokong boleh menaikkan semangat pemain. Mungkin team lawan hebat, tapi sokongan tetap kuberikan kepada pasukan tanah airku dan bukannya team gergasi yang terer lagi power itu.

Aku fan MU. Tapi kalau Malaysia lawan MU aku tetap akan sokong MALAYSIA.

Bangga bila aku tengok omputeh nie memakai jersey MALAYSIA. Tak malukah kita sebagai rakyat Malaysia melihatnya. Jersey Liverpool, Arsenal atau mane-mane team boleh pulak beli tapi korang ada ke jersey MALAYSIA? 

go more MALAYSIA go more
 (pict from page bolasepak kelantan 2011)
Tapi itu hak masing-masing. Mana boleh aku nak komen atau komplen lebih-lebih kan. Harap Malaysia leyh perform dengan baik lagi lawan LIVERPOOL nanti.

Errr. Mungkin ada yang takut dengan perhimpunan BERSIH sebab tu ramai yang tak nak pakai baju kuning malam tadi. Tettttttt.


p/s : sahabat aku telah sedar daripada koma subuh tadi. Alhamdulillah.


Tuesday, July 12, 2011

doa buat sahabat

assalamualaikum..

Terkejut sangat bila dapat berita yang kawan sekelas aku masa sekolah menengah dulu koma akibat jangkitan kuman di otak. Tak sangka beliau yang aku cakap melalui telefon beberapa hari lalu sekarang tidak sedarkan diri di HUSM Kubang Kerian. Dekat FB beliau banyak wall post yang dihantar oleh teman teman yang lain sebagai pembakar semangat.






Dia seorang yang periang dan suka buat lawak. Ade jep auta dia dalam kelas. Bikin kelas riuh.

Masa aku cakap dengan dia empat hari lepas suara dia seriang biasa. Boleh bergelak ketawa. Dia suruh aku cari rumah berhampiran UiTM sebab dia akan menyambung Ijazahnya kat UiTM Shah Alam. Aku ingat lagi dia cakap, dia taknak sambung kat UiTM Shah Alam sebenarnya sebab ada aku. Dia taknak jumpa aku. Lepastu dia ketawa. Aku tahu itu gurauan semata-mata.

Aku tiba-tiba teringat kata-kata itu stelah mengetahui keadaannya sekarang. 

dia yang pakai spek.

Buat sahabatku Ahmad Faisal bin Azizi....

Aku tahu engkau seorang yang kuat serta tabah. Aku mengerti ini adalah satu ujian yang sangat berat buatmu teman. Jangan give-up. Aku dan teman-teman yang lain sentiasa mendoakan kesejahteraan dirimu. Be strong okeh.

Aku dah usha dah rumah sewa yang ko suruh cari tu weyy. Cepatlah bangun dari tidur tu. Nanti nak tengok rumah tu sesuai ke tidak. Ko cakap taknak jumpa aku masa dup UiTM nanti. Tapi aku akan make sure ko akan nampak muka aku hari-hari masa ko sembuh nanti.

Insyaallah, aku dan teman-teman yang lain akan pergi melawat ko esok. Dan aku nak masa kiteorang datang ko sambut dengan senyuman okeyh.

***Aku memohon kepadaMu ya Allah, sembuhkan sahabatku ini dari segala penyakitnya. Panjangkanlah umurnya agar dia dapat mencapai segala cita-citanya.  Sembuhkanlah Ahmad Faisal kerana Engkaulah penyembuh, tiada penyembuh lain melainkan Engkaulah saja, suatu penyembuhan yang tiada meninggalkan penyakit. Amin..***


p/s : sori x dapat nak balas komen korang buat masa ini apatah lagi nak BW. Doakan untuk member aku yep..


Monday, July 11, 2011

rumah sewaku di kebas orang

Assalamualaikum...

Senyap tak bermaksud tiada. Diam tak bererti hilang. Hehe. Lama dah aku tak buka blog ni. Anyway, jutaan lemon kepada anda yang singgah dan komen kat blog ni.~ ^^,

Petang tadi masa aku dup baring menanti waktu berbuka puasa tiba-tiba bunyi satu  mesej mengejutkan aku. Nak marah bila handset tu jauh dari pencapaian tangan aku. Dahla letih akibat dehydration. Kena berjalan pula nak amik hendset tuh. Agak cuak bila baca SMS dari orang  yang selama ini menjadi ceti meminta duit sewa umahku di shah Alam setiapawal bulan.
Aku bila ternampak BAD NEWS macam tu memang aku takkan reply ah mesej tuh. Aku call terus. Menyedihkan bila orang tu cakap rumah yang kiteorang sewa dah dijual. :'(

3 sem dah kiteorang berenam tinggal kat umah Seksen 7 tuh. Nak pindah-pindah bukan perkara senang. Lagi-lagi bila barang yang perlu dipunggah nanti. Nsib baik ada si gantang nie semua. Paksa diaorang untuk membantu lagi.

Tambah memeningkan nak cari rumah sewa baru. Bukan senang nak cari umah kat Shah Alam. Nak-nak yang dekat dengan UiTM. Dah la mahal gglerrr. 1 dalam 1999 buah rumah kalau ada pun yang murah. Kalau aku berani nak jer aku sewa rumah yang bulanan kena bayar 50 hengget. Umah berhantu berhampiran UiTM. Tapi sayangnya aku penakut.

50 hengget jep. tido semalaman dah cabut. tupun klau sempat tido.
Hmmmm. Nampaknya terbangla duit gaji aku kena bayar deposit umah baru nanti. Melepaslah peluang aku nak beli jam tangan Baby G dengan gaji pertama aku. HAHA
Kepada sesiapa yang ada contact Rumah sewa berhampiran UiTM Shah Alam bagitahu la yep. PM kat FB pun boleh. Sangat mengalu-alukan pertolongan daripada kalian.

Semoga ada sinar kebahagian menanti diriku nanti. HAHAHHAHA


Wednesday, July 6, 2011

puasa

Suatu malam yang indah..



Aku : Puasa dah dekat ni mak. Nanti nak buat kuih raya. 

Emak : Nanti kita buat.

Aku : Baju raya pun belum beli lagi. Tak sempat dah nak jahit. Beli yang dah siap jer la nanti.

Emak : Nanti kita pergi beli.

Aku : Mak, taknak tukar langsir baru, cat rumah ke?

Emak : Banyak bebeno la ko. Nak itu, nak ini. Puasa belum habis ganti lagi. Puasa ganti biar habis dulu. Baru boleh nak itu nak ini..ishhhh. Bla bla bla..

Aku : Erkkkk (tersengih-sengih..malu)



Kepada sesiapa yang BELUM habis ganti puasa. Sila ganti cepat. Bukan perempuan sahaja. Lelaki pun ada jugak yang perlu ganti puasa. Tetttttttttttttttttt !

ihsan google

Tuesday, July 5, 2011

sayang ke?


Girl : Am I pretty?

Boy : NO.

Girl : Do you want to be with me forever?

Boy : NO.

Girl : Would you cry if I walked away?

Boy : NO.

(She heard enough, and was hurt. She walked away, tears ran down her face. The boy grabbed her arm.)

Boy : Your not pretty, your beautiful. I don't want to be with you forever, I NEED to be with you forever. And I wouldn't cry if you walked away, I would DIE.

(Boy whispers) : Please? Stay with me.

(Girl whispers) : I will.




Drama drama drama. Tapi kalau realiti ada ke camnie? Kalau ada pun betulkah lelaki tu betul-betul ikhlas. Lelaki sekarang ramai yang bermulut manis. Hari ni  cakap sayang kita, esok lusa belum tentu lagi.

Korang lelaki yang ada awek tu jagalah awek korang baik-baik. Jangan permainkan perasaan anak dara orang. Kalau tak sayang, lepaskan dengan cara baik. Jangan bagi diaorang harapan palsu.


Tapi ada lagi kan lelaki baik di luar sana untuk aku kan? kan kan kan ? HAHAHAHA


~^^,


Monday, July 4, 2011

dulu rock sekarang jiwang

Assalamualaikum..

Semalam masa aku dup godek-godek YouTube aku terbuka lagu The Killers- Somebody Told Me. Teringat dulu masa sekolah aku minat sangat lagu-lagu jenis nie. Aku sentiasa follow band-band luar negara seperti Simple Plan, Maroon 5, Good Charlotte, The Strokes dan seangkatan dengannya. 

File time sekolah aku dulu gambar artis nie la yang jadi cover. Semangat aku beli majalah Utopia, Galaxy semata-mata nak poster artis-artis dan lirik lagu terbaru. Gila betul waktu tuh. Meja kat kelas aku pun penuh dengan lirik lagu band-band nie. Ada jugak kawan-kawan yang sentiasa mintak lirik lagu dengan aku time tu. Kiranya aku nie sumber rujukan diaorang lah. Bangga.

Dulu aku ada satu buku taw. Penuh dengan lirik lagu omputeh. HAHA. Siat balut dengan kertas pembalut bunga-bunga lagi. Sekarang hilang ntah kemana.


Tapi sekarang aku dah tak berapa update dah band-band tuh. Lagipun ramai sangat penyanyi baru yang keluar. 

Sekarang ni aku suka dengar lagu-lagu indon. HAHA. Taktau nape. Tangkap lentok betoilah. Dulu masa lagu DADALI- Di Saat aku Mencintaimu femes tiap-tiap malam aku dup dengar lagu tuh. Samalah dengan lagu Sang Mantan- Nidji, mulut aku tak lepas-lepas nyanyi lagu tuh sampaikan housemate aku pun nak termuntah dengar.

Kat bawah tu lagu Somebody Told Me yang pernah jadi kegilaan aku dulu. Layan.



Entahlaa. Perubahan hormon la kot. Dulu rock sekarang jiwang :)

p/s : tak semestinya apa yang kita suka hari ni, kita akan menyukainya sampai bila-bila...

kerjaya yang meletihkan

Assalamualaikum...

Minggu ni last ak praktikal. Tak sabar rasanya nak habis. Bukan malas ke ape. Cuma aku tak larat nak mengadap jam on the way pergi JPS hari-hari. Entah bila la jambatan baru nak siap. Tettttttt. Malas nak cerita panjang isu jambatan.

dalam hidup aku sekali jer aku pernah kerja. Kat KFC, Puchong. Masa tu cuti semester tahun lepas. Tapi tahap fizikal aku tak kuat. 2 minggu lepas tu aku quit. Aku jadi cashier kat situ. Korang nampak je cashier KFC hanya ambil ayam, cedok coleslaw, cedok whip potatoes tapi letih  owh. Nak-nak bila weekend mahupun cuti umum. Orang beratur sampai ke pintu masuk. Memang tak menang tangan dibuatnya.

Hari pertama aku jaga cashier memang agak kelam kabut lah sebab aku tak biasa lagi.Masa kelam kabut ambil order untuk pelanggan tiba-tiba air strawberry yang aku amik tertumpah. Tiba-tiba pekerja senior kat situ marah aku. Kuat kot dia marah. Aku tak kisah pun dia nak marah sebab tu memang salah aku. Tapi agak-agakla nak marahpun, janganlah depan customer. Malu kot. Dalam hati aku dah nangis dah. Nasib baik air mata aku tak sempat nak mengalir depan pompuan tu.HAHA. Ayat nak touching jep.

Ada juga customer yang gatal. Menyampah. Masa tuh Worldcup. KFC ada poster besar yang ada player bolasepak tuh. Ada sorang customer amik poster tuh n then wat teropong tengok aku amik order dia. GILA HAPE. Rasa nak lempang pun ada. Lagi teruk bila ada customer laki yang pegang tangan aku time nak bagi baki. "OPS ! Sorry, terpegang la U". Aku boleh beza la terpegang ke tak weyh. Macam haremmmm. 

Ada juga customer mabuk. Mintak order entah ape-ape. Tak jelas percakapannya. Dahla semerbak busuk baunya. Bos kata amik jep order tuh. Terpaksalah.

Sepanjang aku kerja, aku cukup tak suka dengan ayat 'CUSTOMER ALWAYS RIGHT'. Tak boleh pakai semua tuh. 

Ada salah sorang pekerja kat situ sound aku,

"Belajar dah la tak tinggi, dapat kerja ni buat baik-baiklah. Orang ajar bukannya nak ingat. Balik makan kismis banyak - banyak. Biar ingatan kuat sikit"

Berdesing telinga aku dengar.Tapi aku sabar jerla. Nasib la ada pekerja kat situ yang baik. Cuba tenangkan aku. Masa interview hari tu aku tak cakap pun aku sekarang ambil degree. Aku cakap aku lepasan SPM jep. Takleh further study so nak cari kerjalah.

Last day aku kerja baru aku cakap yang aku study lagi. Tupun sebab bos tanya apa nak buat lepas ni. Melopong minah yang sound aku. Tak sangka agaknya. HEHE

Tapi aku quit bukan sebab kerenah customer. Tapi sebab letih. Yer la masa nak closing kena cuci 1 KFC tuh. Mop 2 3 kali. Sampai kat rumah pukul 12 malam lebih. LETIH. Manja gila aku. Aku tabik spring ah kat sape-sape yang kerja kat kedai makan. Fizikal anda memang kuat.

Lepas quit aku terus balik kampung. Kena perli dengan abang aku memanjang. HAHA. 

Selepas hari tu aku berjanji aku takkan kerja kat KFC lagi. Makan ayam smbil kumpul mini cooper bolehlaa. HAHA

Dah ada 3 bijik. Sebijik ag wrna grey. takde dlm pict. 

Aku cerita dengan mak aku kerja KFC letih. Mak aku cakap,

"Sebab tu lah mak suruh belajar tinggi-tinggi. Jadi bos. Kerja bawah air-cond. Buat kerja yang kita suka even kerja tu letih. Bla bla bla...."



p/s : lepas preview baru perasan entry nie agak pnjang ..hehe


Sunday, July 3, 2011

kawan selamanya

assalamualaikum ...

Kawan-kawan adalah insan yang penting dalam hidup kita. Selain keluarga tersayang, kawan-kawanlah tempat untuk kita berkongsi rasa, masalah, ber'enjoy' dan sebagainya.

Tapi ada jugak segelintir teman-teman yang hanya berkawan semasa ada di sisi sahaja. Maksud aku bila masing-masing habis sekolah dan ada haluan masing-masing terus lost contact. Mujurlah ada FB boleh jugak jadik penghubung. Nak harapkan contact melalui telefon memang takkan lah. Mungkin kalau adapun hantar mesej ucapan hari raya setahun sekali.

Kita kadangkala suka menyalahkan orang lain sebagai penyebab terputusnya sesuatu hubungan. Sombonglah, tak ingat kawanlah, dah femes lah. Itu mungkin adalah beberapa ayat yang kita sering tujukan kepada kawan kita yang lama tidak berhubung. Tapi apa salahnya kalau kita yang mulakan untuk contact kawan kita bertanya khabar dan bertanyakan kehidupan mereka.

Kadangkala aku juga terasa hati apabila ada kawan-kawan yang macam ingin melarikan diri daripada aku dan teman-teman yang lain. Bila diajak untuk berjumpa pasti ada alasannya. Kalau sekali dua mungkin boleh diterima. Tapi kalau selalu sangat bagi alasan paham-paham jer laa. Kalau busy sekalipun takkanlah takde keinginan langsung untuk berjumpa teman-teman yang hampir 4 tahun tidak berjumpa padahal dulunya sangat rapat dan boleh dikategorikan  sebagai SAHABAT BAIK. Biarlah, mungkin mereka betul-betul sibuk. 


Jumaat hari tu aku dan member sekolah menengah pergi piknik kat Tok Bali dan Pantai Sri 7. Walaupun ramai yang di ajak tapi yang pergi cuma geng-geng yang selalu jumpa jep. Yang lama tak jumpa semuanya ada hal. Kecewa. Tapi tetap havoc walaupun tak ramai. Satu hari suntuk kiteorang berpicnic.




yang ni sangat takleyh bla.. terpakai baju sama..
Nak masuk 9 tahun kiteorang kawan. Dari tingkatan satu lagi. Harapnya akan berkekalan sampai bila-bila. I luv U all babe !


p/s : Next destination, kiteorang nak pergi takbai, Thailand. Pergi shopping. Mau join? Hehe


Friday, July 1, 2011

mini gathering versi qlate

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak menaip pada waktu malam. Bukan sebab takut ataupun ada penyakit alzheimer pada hari malam tetapi broadband CELCOM kat umah aku tidak dapat menampung segala kapasiti untuk blog aku. Disebabkan itu aku lebih suka mengONLINEkan diri menggunakan wifi di office aku yang laju macam lipas kudung.

Petang semalam aku join gathering yang dianjurkan oleh apik pehe di KBmall. Walaupun sebelum tu agak berkira-kira mahu pergi atau tidak disebabkan masa yang ditetapkan tidak sesuai dengan aku sebagai pekerja yang berwibawa. Tapi setelah aku main kenyit-kenyit mata dekat bos 3 kali barulah aku dilepaskan awal pada hari tersebut.

Dan untuk pertama kalinya aku jumpa orang lidi ni.Cess. Ingatkan memang cekeding macam orang lidi yang dia lukis tuh.
Walaupun tak ramai sangat yang join tapi tetap happening. Suka hati dapat bertemu dengan geng-geng blogger Qlate kite. HEHE. Thanks kat sarahcik pulaucikyajoethalhah. Nice to know u all.


Nie gambar kat blog apik. Sori, tercuri. Walaupun tak lama gathering berlangsung tapi sempat jugaklah main bowling. Owh ! Aku memang failed main benda alah nie T_T. Tapi tetap njoy it !

Oh yer. On that day aku dah dapat sesuatu yang aku idam-idamkan selama ni. Si kuning. Terima kasih kerana memilih destinasi untuk mengenyangkan perut kat KFC. So, aku dapat si kuning ni. Nak amik mini cooper S warna merah sekali tapi habis stok la pulak. Takde rezeki.


Apepun sangat enjoy melepak bersama korang semua. Harap boleh jumpa lagi di lain masa. Jangan segan-segan la roger kalau ada gathering lagi.

Gomo Qlate Gomo ( tiba-tiba jep).

Sekian.


p/s : internet dengki owh. lembab cam siput sedut. Thanks kepada yang sudi jengah and komen kat blog yang kerdil nie. Jasa kalian amat d hargai :)