Friday, April 29, 2011

apa korang buat dalam dewan exam selain jawab soklan exam....?

assalamualaikum...

hehe..biaselah mood exam mesti nak cerita pasal exam jer kan...pada pendapat korang la yer..ape yang selalu di buat oleh candidate ketika dalam dewan exam..

antaranya ...

keluar dewan peperiksaan awal..mungkin disebabkan soalan sangat senang...so, abes-abes jawab boleh teros keluar...orang yang dup jawab exam lagi mulalah nak gelabah bagai..nak-nak bila berduyun-duyun orang angkat punggung dari kerusi dan melangkah keluar dewan exam...

soalan yang susah sangat sampai takde isi pun yag boleh korang tulis kat kertas putih tu...mungkin ada jugak yang cakap  DA XBOLEH BUAT NK PURA2 APE LG ...DUK DALAM TU LAMA2 BORINGGGG... 
haha..haruslah ada kan yang buat camtu...tu la sape suruh u tak baca kan tak pasal-pasal mcam orang bodoh jah...

keluar pergi toilet..selalunya kalau exam kat dewan yang aircondnya sangat sejuk ..lepas satu, satu orang keluar..alaa..dah nak terkucil kan..tapi yang takleh blahnya bila orang yang belakang sekali keluar nak pergy toilet..masuk masuk jalan macam model..dengan high heelnya..bunyi jalannya..lenggoknya..adeh..mengganggu orang jawab jep...tapi ada jer yang taknak terkucil keluar ..ambil angin kat toilet..apekejadahnya...cari ilham katanya...ilham kepala hotak kat dalam rumah syaitan tuh...


pusing kepala ke kanan dan ke kiri...nie jugak salah satu aktiviti yang femes kat dewan exam..ialah..dah tak reti nak jawab haruslah ada plan yang seterusnya..tengok member sebelah...kalau meja dekat ok jep..tapi kalau dah jauh memang kena guna leher zirafah laa baru boleh tengok..tu pun kalau tak terkantoi..kalau terkantoi memang naya laa..tak pasal-pasal repeat paper next sem...

menggaru kepala yang tak gatal..okeyh..yang nie pun mesti dup cari idea dan dup tengah fikir nak tulis ape...kalau yang jenis rambut gugur, bertaburan laa rambut atas meja tuh...leyh buat rambut palsu kalau kumpul rambut yag gugur kat dalam dewan tu....

tido...haha..nie pun ramai yang selalu buat..mungkin semalam tido lewat sebab study..maybe da siap awal dan nak qada tido..atau memang tak reti nak buat langsung soklan tuh..so, jalan penyelesaiannya adalah tido......

kena keluar dewan exam dan tak dibenarkan menduduki peperiksaan...nie bukan selalu laa tapi kadang-kadang..maybe nama di blacklist sebab tak datng kelas more than 3 times...ataupun awal-awal dah buka nota tapi dah terkantoi..TOLOL...


maen pen...dup putar-putar pen..buat pen spinning laa..


conteng soklan exam dengan melukis pelbagai seni contengan seperti kartun, tengkorak, tulis nama awek atau pakwe memasing..selalunya orang nie dah siap buat soklan dan mengisi masa lapang dengan aktiviti seni tersebut...


kalau yang terlebih aktif ketuk meja dengan tangan or pen selepas jawab..kononnya nak bagi semua orang dia dah siap la tuh..saje nak bagi pcyco kat orang...


p/s :: aku pun kadang-kadang ada ciri seperti di atas..tapi tak semua laa...

asyik on9 jep....pergi tak sembahyang jumaat....???

assalamualaikum....

agak lama tak datang kat blog sendiri..apatah lagi nak jengah blog orang laen...almaklumlah final exam..nak mandi pun kadang-kadang tak sempat...naseb baek sempat  tido 3 jam waktu tengahari...sabo jer laa...

hari nie aku nak marah sikit kat lelaki yang tak pergi sembahyang jumaat...camna aku boleh marah..iyer laa orang duk kusyuk dngar khutbah boleh lagi dup berfacebooking segala..siap leyh maen chat-chat lagi dengan orang..tak pergi takyahla nak tunjuk kat semua orang..nampak sangat yang diri tu takde pegangan agama walaupun dah terdidik dengan agama yang cukup oleh mak bapak..kalau tengok kat shopping mall masa sembahyang jumaat, ramai lelaki yang masih dup makan minum, lepaking kat dalam tuh..wat ape tu weh..takkan musafir kot..errr...uzur kerrrrrr?????

tak guna muka market tapi tak sembahyang jumaat....sia-sia jep Allah bagi kelebihan tu..

tak guna harta bertimbun, pangkat besar, kaya raya kalau perkara yang wajib pun tak boleh ko nak      tunaikan....

tak guna ko bijak pandai, ada degree, amik doktor tapi malas nak berjalan kaki ke masjid sebelah rumah ko jer...

tak guna kalau ko disegani ramai orang kalau ko tinggalkan sembahyang jumaat dengan sengaja tanpa keuzuran...

owh..bencik la weh lelaki gini...kalau tahu dek bapak aku mesti kena libas dengan parang nie...macam nie ke nak jadi laki orang nanti..please la der..ko nanti akan jadi pemimpin..tunjukkan teladan yang baik..nanti bolehla ko nak bimbing isteri ko nanti....

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut) makan Allah SWT mengecap hatinya (sebagai munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)” (Riwayat Ahmad).

tapi ada jugak yang pergi time dah habis khutbah..sampai-sampai teros jer sembahyang dan terus blah....

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.
“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

agak-agaknya korang termasuk dalam golongan mana ek...??
maaf maaf maaf..kalau ada yang terasa...bukan nak tuding jari kat sape-sape..tapi mengingati diri sendiri jugak supaya membuat perkara wajib yang dituntut oleh agama...kalau perkara wajib pun kita tak buat macamana nak buat ibadah-ibadah sunat yang lain...
masjid ke9 terbesar di dunia (Masjid Jama / Jami” Delhi India) 

p/s :: tengah mencari calon yang beramal soleh....yang boleh membimbing aku untuk dunia dan akhirat nanti...Insyaallah....:)
p/s/s :: suka tengok lelaki pakai melayu pergi masjid reramai..comel beb..hehhe..kantoi aku selalu usha org p masjid..:)

Saturday, April 23, 2011

Usop Wilcha vs Culture Club - Karma Chameleon

asslamualaikum...



sapa yang tak kenal dengan Usop Wilcha ...pelawak baru..ada trademark yang sendiri...kite bako kite bako...
malam nie aku dah selongkar banyak video kat you tube..bosan walaupun banyak sangat yang perlu aku baca untuk final exam...maaf..aku belom insaf lagik T___T...ketika penyelongkaran You Tube berlaku...aku terjumpa ( memang nak buka sebenarnya ) Usop Wilcha masa Konsert MaharajaLawak minggu ke 3..nyanyi lagu Karma Chameleon...

tu dia..ramai yang gole-golek dan guling-guling dengan lagu nie...naseb baik aku tak camtu....

dan nie penyanyi asal lagu Karma Chameleon....Culture Club...


hahaha..korang compare la sendiri ...yang mana satu best...yang mana satu mantap....
__________________________________________________________________________________

dan ini adalah lirik untuk lagu Karma Chameleon....=))
aku dalam proses mengingati lirik nie....


Desert loving in your eyes all the way
If I listen to your lies would you say

I'm a man without conviction
I'm a man who doesn't know
How to sell a contradiction
You come and go, you come and go


Karma karma karma karma, karma chameleon

You come and go, you come and go
Loving would be easy if your colors were like my dream
Red gold and green, red gold and green

Didn't hear your wicked words everyday
And you used to be so sweet, I heard you say
That my love was an addiction
When we cling our love is strong
When you go you're gone forever
You string along, you string along

Karma karma karma karma, karma chameleon
You come and go, you come and go
Loving would be easy if your colors were like my dream
Red gold and green, red gold and green

Every day is like survival
You're my lover, not my rival
Every day is like survival
You're my lover, not my rival

I'm a man without conviction
I'm a man who doesn't know
How to sell a contradiction
You come and go, you come and go

Karma karma karma karma, karma chameleon
You come and go, you come and go
Loving would be easy if your colors were like my dream
Red gold and green, red gold and green

Karma karma karma karma, karma chameleon
You come and go, you come and go
Loving would be easy if your colors were like my dream
Red gold and green, red gold and green

Karma karma karma karma, karma chameleon
You come and go, you come and go
Loving would be easy if your colors were like my dream
Red gold and green, red gold and green
Karma karma karma karma, karma chameleon

lyrix from :

[ From: http://www.elyrics.net/read/c/culture-club-lyrics/karma-chameleon-lyrics.html ]



jom joget ramai-ramai ...lalalalala......

Thursday, April 21, 2011

malapetaka bakal berlaku......

assalamualaikum....

di saat ini, pada masa ini, dalam detik ini debaran jantung aku bergerak pantas...aku takut..tak senang duduk rasenya...setiap detik, setiap saat, setiap minit, setiap jam pandangan mata aku hanya tertumpu ke arah jam loceng RM1.50 kat atas TV yang rosak soundnya...tinggal beberapa jam lagi untuk ianya berlaku...sesuatu yang kejam..sesuatu yang aku takleyh imagine dan diluahkan melalui kata-kata..

sesungguhnya aku akan kena malam nie..bala bala bala bala....!!! kalau bukan malam nie, esok...kalau bukan esok, lusa....kalau bukan lusa, tulat..kalau bukan tulat, bile-bile masa yang bukan malam nie, esok, lusa dan tulat...huhh.setiap tahun nie la perkara yang paling takut dan mendebarkan aku.....


aku dah pastikan bahawa budu, tepung gandum, telur dan lain-lain peralatan masih lagi kekal di tempat asalnya..YER..!!! aku akan pastikan semua tu tidak bergerak..

sepatutnya aku kenalah hepi-hepi malam nie..tapi disebabkan member2 kejam terutamanya housemate sendiri...waaaaa..kalau dyeorang selebrate besday aku dengan membawa aku pergi Resepi Rahsia, Ayam Goreng Kentucky ke takpe la jugak....nie tunjuk muka sinis jer memalam sambil senyum senyum yang amat menyampah sekali...bencik dowh camnie.....waaaaaaaaaaaaa...

so, solution terbaek untuk aku wat malam nie ialah meninggalkan Villa 203 yang indah ini..tapi tak mungkin...hmmm...atau aku akan pakai baju dengan seluar hujan aka rain coat sepanjang malam nie ..good idea ain...

cabut lari dari rumah adalah idea terbaek sebenarnya....

housemate ku y comeyh..tlong lepaskan aku dengan plan giler korang tuh...ak syg korang byk2....:)


 


Tuesday, April 19, 2011

siapa ko nak hina aku dan perempuan kelantan....????

assalamualaikum....

aku tak tahu korang tahu ke tak pasal benda nie...tapi asenya orang kelantan terutamanya blogger kelantan mesti   tahu cerita benda...
apa yang aku dup mengarut nie...?? apa yang aku tahu yang korang tak tahu...???errrr...ok stop melalut..meh sini dengar cerita aku....

semalam masa  aku syok berfacebooking....ada sorang member hantar link kat wall aku...hmmm..patut lah..ade orang kutuk kelantan rupanya...tulis dalam blog segala..memang marah kan..dah la kata-katanya pedas gilerrrrrrrrrr!! ase nak lempang jer perempuan nie....

nampakkah kalian semua pada tajuk entry tersebut..buka mata-mata luas ..kalau mata korang dah sepet just klik kat gambar tu untuk proses tumbesaran.....takpelah aku taip...BENARKAH ANK MUDE PEREMPUAN KLNTN XDE ADAB...begitulah tajuk entrynya...tapi tajuk entry ny tak sekejam ayat2 dy yang laen....


bacelah sendiri pendapat dia tentang bebudak perempuan kelantan...serius lah aku kecik hati baca..yer laa..aku budak kelantan...tak perlulah kau nak describe sampai macam tu sekali..macam laa semua budak kelantan macam tuh...kau ingat perangai orang nie ikut negeri ke??  negeri tuh perangai bla bla bla..negeri nie perangai bla bla bla...mungkin kau nie perfect sangat sampaikan leyh kutuk macam-macam kat orang....kecewa sangat-sangat ada orang macam nie...


memang pandangan kau sangat kasar lah....tak payah nak menyampah sangat dengan kiteorang ..tak payah nak kata kiteorang berlagak...kita nie sesama manusia jangan lah nak prasangka buruk kat orang..please lah weyh...takkan lah disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga...kita nie ada adab, ada sopan santun...kalau tak suka kat seseorang cakap jer kat orang tuh...janagn nak kutuk semua orang pulak..kite ada akal, berilmu pulak....bercakap biar berhemah..

jangan lah main-main pasal isu kenegerian nie..isu sensitif nie...tak pasal-pasal nama  femes kat wall-wall orang kelantan...think before U talk....jangan nak terhantuk baru tergadah....

ingatlah..kita hidup nie bermasyarakat..tak kisah lah negeri apa-apa pun..jagalah hati sesama kita..Islam sendiri pun tak suka sesuatu kaum tu berpecah belah... negeri tak melambangkan perangai seseorang tp ianya terletak pada individu itu sendiri ....fikir-fikirkan dan selamat beramal...:)

p/s :: sebenarnya penulis blog tu study kat UiTM kelantan...mybe dah kena boo da skrang..
p/s/s :: blog dia da diremove mybe sebab ramai da hentam dia kot..takut la tuh...
p/s/s/s :: tapi kalau korang nak tengok blog dia bleyh lagi sebab ada orang yang tolong catche kan..haha...nak jep aku bagi link...tapi rasa cam jahat jep..search sendirik kat google ek..!!!


maafkan aku...mungkin aku FOBIA CINTA.......



bila kau melafazkannya...
hati aku mengatakan suka...
tetapi mulut aku sering menidakkan..
kenape??
aku tak percaya dia..
dia sama jer dengan mereka...
suka melafazkan perkara yang sama...
copy paste ke apa nie...
aku takut untuk menerimanya...
takut untuk dikecewakan....
takut untuk dipermainkan...
hati aku senang untuk diambil...
tapi untuk  bibir aku melafazkan YA jauh sekali....
lebih rela hati aku sakit menahan perasaan daripada sakit dipermainkan...
maafkan aku...
aku tak bisa menerimanya...
aku tak pasti dengan perasaan aku sendiri....
aku tak yakin dengan kejujuran hatimu....
Ya Allah...
berikalah aku petunjuk dan hidayahMu.............




fobia cinta by nashrin...:)

Wednesday, April 13, 2011

awalnya sambut bessday...?? @@

assalamualaikum....

pernahkan korang celebrate besday beramai-ramai...hehe..ni kali pertama dalam sejarah ulangtahun perkahwinan kalahiran aku celebrate 5 orang sekaligus dalam satu hari..kiteorang bukannya lahir pada tarikh yang sama melainkan bulan sahaja yang sama...

actually aku tak tahu pun besday ak disambut sekali dengan bebudak yang laen..suprise la kononnya kan...tapi serius terharu tengok ada nama aku kat kek tuh...bersyukur sangat-sangat sebab aku tak diperdajalkan dengan teruk selain di comotkan dengan ising semata-mata...mungkin sebab buat dekat fakulti dan lepas tu ade kelas remote sensing pulak..yang herannya aku jep yang kena ising tu..orang len tak kena pun...kejam betoi..!!lecturer kesayangan, madam Is turut serta dalam suprise kan aku dan kawan-kawan..adess...


malas nak tulis panjang-panjang..layan jer gambo nie...:)

hepi bessday to me!! opss!silap kek laa....

that my cake..share with aton n syak ...:)
tengok muka aku..!!! tak baek betol..jenuh nak bersih taw...madam is ( tudung pink) turut serta kenakan ak...
besday gurls n boys...hepi besday to u ols...err..x cukup orang laa..haa..nak taw nape y baju hijau dup pegang lappy tu ketat2...sebab lappy si baju ijau dicuri oleh bebudak nie untuk kenakan dia..kesian mamat tuh..
siaplah korang....aku balas dendam nanti..!!!!!!!
thanks yer kengkawan sumer n beloved lecturer, madam is...
p/s : all of da pictures i got from mohd norikhsan....tengs yep..n tengs jugak sebab penuhkan muka aku dengan krim tuh....hahaha



Monday, April 11, 2011

daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali...Al-fatihah

assalamualaikum...
sebenarnya aku malas nak update blog buat masa ni...tapi mendengar berita tadi menyebabkan aku nak luahkan jep perasan nie...post nie agak panjang..luahan hati aku semata-mata..kalau nak baca silakan...

CIKGU WAHAB...
cikgu Matematik aku masa form 5...beliau memang feveret teacher masa sekolah dulu..bukan feveret aku saje...malah satu sekolah suka beliau...walaupun dah berumur tapi perangai memang macam budak-budak...memang masuk geng dengan kiteorang semua..aku ingat lagi aku tak berape bagus pun dulu Matematik..memang aku tak suka..tak penah pun dapat A sebelum beliau ajar...tapi alhamdulillah berkat ajaran cikgu wahab setiap ujian aku akan dapat A1...terima kasih cikgu...senyuman kat bibir beliau tak pernah lekang...beliau dup jalan sensorang time nak pergi kelas pun mesti akan tersenyum...nak-nak bila jumpa student..beliau yang selalunya akan tegur dulu sebelum kiteorang tegur...

ayat feveret beliau kalau aku teringat mesti senyum sorang-sorang...dia suka sebut "lingo( bahasa qlate y bmaksud telinga)"...cara dia sebut memang lawak giler..dah jadi trademark beliau dah...waktu dia mengajar memang takkan mengantuk punya..aku dulu suka tido dalam kelas except kelas beliau...beliau suka buat beberapa perbuatan yang pelik seperti tarik telinga orang, cekik orang, ketuk kepala orang dan macam-macam perbuatan pelik yang lain..kalau orang belakang tak dapat jawab soklan yang beliau tanya beliau lepuk jep kepala orang depan sebab beliau malas nak pergi belakang kat budak yang beliau tanya soklan tu..lagi satu kalau kiteorang tanya 'itu ape'??? beliau mesti akan bagi jawapan 'gajah' walhal beliau tahu jer jawapan sebenarnya..hmmm..tak pasal-pasal, kene sepak, kene pijak kasut..huhuhu..memang lawak..tapi itulah yang sebabkan kiteorang rapat dengan beliau...beliau bukan sahaja cikgu tapi ayah bagi kiteorang semua...

baru-baru nie ada kawan yang post kat FB yang beliau sakit dan berada kat hospital..tapi malangnya takde cuti untuk pergi melawat..beliau disyaki ada penyakit TB...sangat terkejut sebab dulu beliau memang sihat walafiat dan aktif kat sekolah dulu...sedih bile terbaca entry kawan aku pasal Cikgu wahab....beliau yang dulunya agak berisi tapi menjadi kurus...sampaikan member aku sendiri tak cam muka beliau..suara dan percakapan beliau jer yang masih tak berubah..masih boleh bergurau dengan member aku yang datang melawat walaupun ketika itu beliau terlantar atas katil...member aku menangis..aku pun mungkin akan macam tu jugak kalau aku tengok keadaan cikgu wahab..kawan aku cerita pun aku dah sedih...

tadi aku dan besfriend aku berborak-borak laa nak pergi melawat beliau cuti semester nie..plan nak pergi bila sebab cuti semua tak sama... tak sampai dua jam pun kiteorang plan nak pergi melawat beliau kat hospital tiba dikejutkan dengan post seorang kawan kat page sekolah aku dulu...

"alfatihah,cgu wahab xdok doh kul 11 td"

al-fatihah..cikgu wahab dah pulang ke rahmatullah pukul 11 malam tadi..baca post tu memang terkejut laa...tak sangka..baru jer plan nak pergi melawat beliau time cuti semester...sekarang kat home FB aku penuh yang ucapkan takziah...aku tahu mereka semua mesti rasa apa yang aku rasa sekarang...cikgu wahab memang kesayangan ramai orang..ibaratkan seorang ayah kepada kami semua...tidak hairanlah kalau ramai yang sedih dengan pemergian beliau...


ni gambar y diambil dari smkip.com sebab semua gambar lama dup kat kampung...

saya mendoakan agar arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan diredhai Allah..kami semua sayang cikgu dan sentiasa mendoakan cikgu disana...terima kasih atas segala ilmu yang cikgu bagi...

al-fatihah untuk cikgu wahab.....we alway miss u...:(

Wednesday, April 6, 2011

kawen or sambung study?? konfius..@@

hmmm..konfius betol laa..aku nak study lagi..tapi dia dah mintak nak kawen ..tak sampai setengah tahun pun bertunang..aku baru lepas  SPM..result pun ok..sayangnya nak berhenti study..tapi aku pun sayangkan dia..dia yang support semua selepas parent aku berpisah...tapi dia kata aku boleh further study walaupun dah berkahwin nanti..tapi bagaimana aku nak bahagikan masa nanti..komitmen lepas kawen..dengan aku nak study lagi..patutkah aku kawen?? lagipun aku taknak orang bercakap sebab aku selalu kemana-mana dengan dia...konfius @@


tu antara luahan seorang hamba Allah kat aku petang tadi..dia mintak pendapat aku tentang masalah dia..tunang dia ajak kawen..tapi dia baru 18..budak bijak lagi..aku suruh la dia sambung belajar untuk masa depan...tapi konflik antara keluarga susah untuk dia buat demikian..aku pun tak reti nak bagi nasihat bab-bab nie..seriously, aku sangat kesian dekat dia..tapi nak wat camne aku tak dapat nak tolong selain bagi advise sikit-sikit...


aku harap dia tabah menghadapi semua nie..dah berharap agar keputusan yang dia buat nanti adalah keputusan yang betul..sentiasalah berdoa semoga Allah memberi kita pertunjuk nanti...amin

Sunday, April 3, 2011

aku awek kau...?? wth...!!

whom you want to admit that I was somebody in ur life..??
plez dont act like uneducated person...

statement di atas adalah status ku kat facebook semalam....kenapa aku tulis status tu..??
ini adalah mengenai seorang lelaki yang mengaku kat kawan-kawan dia yang aku nie awek dia..pelik kan..maunya aku tak marah..sedap sedap mulut hang jer nak habaq kat orang gitu kan...kite jumpa baru sekali ..tu pun tanpa diundang... kenapa kau nak jaja cerita yang 100% mengarut nie kat orang ramai..perlu ke? aku tak pernah kata pun aku suka kat kau..aku ikhlas nak kawan..aku memang kawan dengan sape-sape pun..jangan ingat aku layan chat kau sekali dua kau dah boleh espect yang aku suka kat kau..please laa..aku bukan macam tu.. 


aku bukan nak berlagak howt ke apa..tapi tak perlulah nak bercerita kat orang kalau benda tu tak betul...tak pasal-pasal menjejaskan reputasi aku yang suci murni nie...aku harap kau berhenti la nak kecoh-kecoh pasal nie..bukan apa nanti orang yang aku suka terus tak pandang aku...hehehehe

Friday, April 1, 2011

love story part 1 : mencintainya dalam diam...

assalamualaikum...

cinta itu sering dikatakan buta...tapi tang mana butanya..aku pun tak pasti...kata orang perihal cinta susah nak difahami..betulkah?? tapi bagaimana mencintai seseorang dalam diam..nak diluah rasa segan..kalau tak diluah sakit la pula menanggung perasaan sensorang..aiyaa..parah-parah...kalau lelaki menyukai seseorang perempuan mungkin senang nak meluahkan perasaanya terhadap pompuan tersebut..tapi bagaimana kalau sebaliknya...??perempuan mencari lelaki...tidakkah akan dikatakan seperti perigi mencari timba..???
sekadar hiasan ..kui3
hmmm...susahkan jadi perempuan..kena control kalau suka kat seseorang..iye ke??tapi kalau aku macam malu jep nak cakap yang aku suka kat orang tu..tak tahu lah orang lain...kalau kita tak bertepuk sebelah tangan ok la kan..boleh melompat kegirangan..tapi kalau cinta ditolak mesti tak tahu kat mana nak sorok muka kan...nak berlagak cool...?? perempuan susah nak berlagak cool kalau benda-benda cam nie..mesti akan larik jep kalau jumpa lelaki tuh...
memalam pun asyik teringat..adess!!
takpelah..aku rela pendamkan saje perasaan tuh as long aku boleh bertahan...aikk..!! kenapa aku?? nie bukan cerita aku..tapi kawan kepada kawan kepada kawan aku...wink....

hmmmm...pendamkan jer laaaa....T____T

dia..insan pertama yang bertakhta....by fauziah latiff....