Monday, April 11, 2011

daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali...Al-fatihah

assalamualaikum...
sebenarnya aku malas nak update blog buat masa ni...tapi mendengar berita tadi menyebabkan aku nak luahkan jep perasan nie...post nie agak panjang..luahan hati aku semata-mata..kalau nak baca silakan...

CIKGU WAHAB...
cikgu Matematik aku masa form 5...beliau memang feveret teacher masa sekolah dulu..bukan feveret aku saje...malah satu sekolah suka beliau...walaupun dah berumur tapi perangai memang macam budak-budak...memang masuk geng dengan kiteorang semua..aku ingat lagi aku tak berape bagus pun dulu Matematik..memang aku tak suka..tak penah pun dapat A sebelum beliau ajar...tapi alhamdulillah berkat ajaran cikgu wahab setiap ujian aku akan dapat A1...terima kasih cikgu...senyuman kat bibir beliau tak pernah lekang...beliau dup jalan sensorang time nak pergi kelas pun mesti akan tersenyum...nak-nak bila jumpa student..beliau yang selalunya akan tegur dulu sebelum kiteorang tegur...

ayat feveret beliau kalau aku teringat mesti senyum sorang-sorang...dia suka sebut "lingo( bahasa qlate y bmaksud telinga)"...cara dia sebut memang lawak giler..dah jadi trademark beliau dah...waktu dia mengajar memang takkan mengantuk punya..aku dulu suka tido dalam kelas except kelas beliau...beliau suka buat beberapa perbuatan yang pelik seperti tarik telinga orang, cekik orang, ketuk kepala orang dan macam-macam perbuatan pelik yang lain..kalau orang belakang tak dapat jawab soklan yang beliau tanya beliau lepuk jep kepala orang depan sebab beliau malas nak pergi belakang kat budak yang beliau tanya soklan tu..lagi satu kalau kiteorang tanya 'itu ape'??? beliau mesti akan bagi jawapan 'gajah' walhal beliau tahu jer jawapan sebenarnya..hmmm..tak pasal-pasal, kene sepak, kene pijak kasut..huhuhu..memang lawak..tapi itulah yang sebabkan kiteorang rapat dengan beliau...beliau bukan sahaja cikgu tapi ayah bagi kiteorang semua...

baru-baru nie ada kawan yang post kat FB yang beliau sakit dan berada kat hospital..tapi malangnya takde cuti untuk pergi melawat..beliau disyaki ada penyakit TB...sangat terkejut sebab dulu beliau memang sihat walafiat dan aktif kat sekolah dulu...sedih bile terbaca entry kawan aku pasal Cikgu wahab....beliau yang dulunya agak berisi tapi menjadi kurus...sampaikan member aku sendiri tak cam muka beliau..suara dan percakapan beliau jer yang masih tak berubah..masih boleh bergurau dengan member aku yang datang melawat walaupun ketika itu beliau terlantar atas katil...member aku menangis..aku pun mungkin akan macam tu jugak kalau aku tengok keadaan cikgu wahab..kawan aku cerita pun aku dah sedih...

tadi aku dan besfriend aku berborak-borak laa nak pergi melawat beliau cuti semester nie..plan nak pergi bila sebab cuti semua tak sama... tak sampai dua jam pun kiteorang plan nak pergi melawat beliau kat hospital tiba dikejutkan dengan post seorang kawan kat page sekolah aku dulu...

"alfatihah,cgu wahab xdok doh kul 11 td"

al-fatihah..cikgu wahab dah pulang ke rahmatullah pukul 11 malam tadi..baca post tu memang terkejut laa...tak sangka..baru jer plan nak pergi melawat beliau time cuti semester...sekarang kat home FB aku penuh yang ucapkan takziah...aku tahu mereka semua mesti rasa apa yang aku rasa sekarang...cikgu wahab memang kesayangan ramai orang..ibaratkan seorang ayah kepada kami semua...tidak hairanlah kalau ramai yang sedih dengan pemergian beliau...


ni gambar y diambil dari smkip.com sebab semua gambar lama dup kat kampung...

saya mendoakan agar arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan diredhai Allah..kami semua sayang cikgu dan sentiasa mendoakan cikgu disana...terima kasih atas segala ilmu yang cikgu bagi...

al-fatihah untuk cikgu wahab.....we alway miss u...:(

7 comments:

hasrul hassan said...

Salam.
Hmm yang datang dan pergi adalah kerana ketentuan Allah. Ia mengingatkan kita ... satu waktu kelak giliran kita pula.

Al Fatihah buat cikgu wahab anda.

http://hasrulhassan.blogspot.com

Nobita Sensei said...

al-fatihah..

yatie chomeyl said...

sedihnyo..teringat sgt2 ko cikgu wahab :((

nad azmi said...

al-fatihah buat cikgu awak

BUNGA said...

Takziah..
semoga roh beliau di tempatkan dikalangan org yg beriman.. Amin :)

adaH said...

iNNaLiLLAh. .
Emmmm. .rinDoo ckG WahaB. .
:'(

yuyiabuzu said...

alfatihah~~sedey sgt2..