Showing posts with label hina kelantan. Show all posts
Showing posts with label hina kelantan. Show all posts

Friday, October 14, 2011

semangat rakyat Kelantan terhadap bola sepak

keadaan sekitar stadium Muhammand ke IV sebelum game berlangsung semalam
assalamualaikum...

semalam berakhirlah perjuangan Kelantan untuk mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia tahun 2011. kalah dengan negeri jiran Terengganu dengan aggregate 5-2. sedih siot aku. tapi takpelah dah takde rezeki nak buat macam mana kan. reda jer la.

tapi aku respect giler kat rakyat kelantan. walau berbeza agama, politik dan pendapat, tapi diorang tetap satu dan berganding bahu dalam menyokong bola sepak Kelantan. yang tak kenal boleh jadi kenal. yang tak berapa rapat boleh jadi rapat semata-mata kerana bola (bukan niat nak memuji negeri sendiri)

tiada lagilah lautan merah yang membanjiri stadium untuk tahun ni. tapi walaupun kalah sokongan rakyat kelantan tak pernah pudar. makin membara adalah. tak pernah rasa nak quit untuk terus menyokong TRW. yer ! rakyat Kelantan obses terhadap bola. kerana kami adalah warga penyokong adalah nadi dalam sesebuah game. mana ada negeri lain yang bagi sokongan macam kami buat. ko hado?

respon penyokong kelantan selepas game kelantan vs terengganu malam tadi

kelantan the red worrior in facebook

the red warrior network -page in Facebook

tapi orang selalu cakap.

"eleh, dah kalah memang ah cakap macam tu. takde rezeki laa..bla bla bla.."

habis takkan la nak bunuh diri sebab kalah, takkan lah nak argue dekat parlimen sebab kalah bola.

isu lama ! penyokong Kelantan baling mercun. hmmm.itu cuma segelintir pihak. manusia yang tahap mentaliti sangat rendah. tahap EQ pada paras zero. hahhaha.

Apepun kelantan tetap main dengan terbaik semalam nak2 pada second time. cuma benteng terengganu di jagan dengan lebih kemas semalam. *aku tak reti nak ulas pasal bola*

tapi kami tetap sokong pasukan Kelantan dulu, kini dan selamanya. Itulah semangat warga Kelantan yang tak akan pudar.

I love The Red Warrior. Gomo Kelate Gomo !

p/s malam nie game Machester United vs Liverpool. Gomo MU Gomo..hahhaha..peace !

Tuesday, April 19, 2011

siapa ko nak hina aku dan perempuan kelantan....????

assalamualaikum....

aku tak tahu korang tahu ke tak pasal benda nie...tapi asenya orang kelantan terutamanya blogger kelantan mesti   tahu cerita benda...
apa yang aku dup mengarut nie...?? apa yang aku tahu yang korang tak tahu...???errrr...ok stop melalut..meh sini dengar cerita aku....

semalam masa  aku syok berfacebooking....ada sorang member hantar link kat wall aku...hmmm..patut lah..ade orang kutuk kelantan rupanya...tulis dalam blog segala..memang marah kan..dah la kata-katanya pedas gilerrrrrrrrrr!! ase nak lempang jer perempuan nie....

nampakkah kalian semua pada tajuk entry tersebut..buka mata-mata luas ..kalau mata korang dah sepet just klik kat gambar tu untuk proses tumbesaran.....takpelah aku taip...BENARKAH ANK MUDE PEREMPUAN KLNTN XDE ADAB...begitulah tajuk entrynya...tapi tajuk entry ny tak sekejam ayat2 dy yang laen....


bacelah sendiri pendapat dia tentang bebudak perempuan kelantan...serius lah aku kecik hati baca..yer laa..aku budak kelantan...tak perlulah kau nak describe sampai macam tu sekali..macam laa semua budak kelantan macam tuh...kau ingat perangai orang nie ikut negeri ke??  negeri tuh perangai bla bla bla..negeri nie perangai bla bla bla...mungkin kau nie perfect sangat sampaikan leyh kutuk macam-macam kat orang....kecewa sangat-sangat ada orang macam nie...


memang pandangan kau sangat kasar lah....tak payah nak menyampah sangat dengan kiteorang ..tak payah nak kata kiteorang berlagak...kita nie sesama manusia jangan lah nak prasangka buruk kat orang..please lah weyh...takkan lah disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga...kita nie ada adab, ada sopan santun...kalau tak suka kat seseorang cakap jer kat orang tuh...janagn nak kutuk semua orang pulak..kite ada akal, berilmu pulak....bercakap biar berhemah..

jangan lah main-main pasal isu kenegerian nie..isu sensitif nie...tak pasal-pasal nama  femes kat wall-wall orang kelantan...think before U talk....jangan nak terhantuk baru tergadah....

ingatlah..kita hidup nie bermasyarakat..tak kisah lah negeri apa-apa pun..jagalah hati sesama kita..Islam sendiri pun tak suka sesuatu kaum tu berpecah belah... negeri tak melambangkan perangai seseorang tp ianya terletak pada individu itu sendiri ....fikir-fikirkan dan selamat beramal...:)

p/s :: sebenarnya penulis blog tu study kat UiTM kelantan...mybe dah kena boo da skrang..
p/s/s :: blog dia da diremove mybe sebab ramai da hentam dia kot..takut la tuh...
p/s/s/s :: tapi kalau korang nak tengok blog dia bleyh lagi sebab ada orang yang tolong catche kan..haha...nak jep aku bagi link...tapi rasa cam jahat jep..search sendirik kat google ek..!!!