Monday, January 30, 2012

sinetron indonesia membosankan

assalamualaikum..

Tatkala ni tengah berlangsung sinetron Indonesia yang bertitlekan Cinta Fitri di TV9. kegemaran kakak kesayangan aku. penggemar no 1 sinetron dari negara seberang tu. apa yang bestnya aku pun tak pasti.

hari tu aku ada tanya dia..

"wey kak, sedap sangat ko cerito tu?"

"sedap ah. fitri tu dia gewe dengan ferel. lepastu gak pak edo pun minat ko dio jugak. bla bla bla.."

panjang lebar dia explain kat aku. aku mendengar dengan penuh minat. kononnya lah. sekadar ambil hati. yer laa.. kesian plak dia. bercupak air liur habis nak cite kat aku. sori sis.

muda-muda dulu aku tengok la jugak sinetron indonesia ni. for example cite yang tengah hot gila-gila dulu. bawang putih bawang merah. tak ingat la plak aku tingkatan berapa dulu. tu pun tak tengok habis. almaklumlah aku berjiwa kental dulu. dup hostel. so, cuti aje lah kalau tengok pun. tak pun curi-curi tengok kat bilik TV lepas balik sekolah.



actually la kan, sinetron indonesia kebanyakan best-best belaka. yang tu memang tak boleh nak pertikaikanlah.

tapi......

20 episod terawal jer la best. lepas tu startlah cerita dia lintang pukang abes. musuh dia selama ni anak kandung dia la. tiba-tiba lupa ingatan. hilang. lepastu muncul balik. orang sama tukar muka baru. sorang pompuan tuh 3-4 laki minat. clash lepastu baik balik. 

huh. huh. huh. letih den. sampai beratus-ratus episod tak settle lagi cerita. dup pi mai pi mai tang tu. sape yang follow up sinetron tu dari awal sampai habis memang aku tabik spring lah. memang kental semangat kalian.

agak-agak berape lama dyorang shoot untuk satu sinetron ek. mesti makan masa bertahun-tahun. arghh. gasaklaa. malas aku nak pikir. bukan boleh naik aku pnya pointer pun.

tapi tu la. bosan. boring. harapkan pelakon jer yang cun-cun dan gantang-gantang. semuanya putih melepak. kalaulah semua orang indonesia yang berkeliaran kat masjid jamek, pasar seni, bukit bintang muka macam pelakon kat sinetron tu mesti ramai pompuan yang akan lepak-lepak kat situ. usha mamat hendon.

comel bangat pelakonnya..
sebagai konklusi nya, sinetron indonesia best, cuma ceritanya terlalu panjang dan dup ulang yang sama jer. tak boleh nak masuk dengan selera aku. lain orang lain citarasa kan.

sekarang aku layan Gemersik Kalbu dan Bicara Hati jer. tak pernah miss lagi setakat ni. oppsss! aku peminat drama melayu rupanya :)


hensem Aqasha Lee nie..hehe


Saturday, January 28, 2012

ucapan maaf. ikhlas atau tidak?


" sorry weyh, aku tahu aku silap. tak mahu lah kita
 gaduh-gaduh macam ni ek. "


"hmmmm..aku pun taknak jugak gaduh-gaduh macam ni. 
macam budak-budak jer kan. Ok la babe. 0-0 ok :)"



Perkataan maaf. senang sahaja untuk dilafazkan. Senang sahaja untuk dituturkan. Senang sahaja untuk diucapkan. Namun, sejauh mana keikhlasannya. Ikhlaskah kita tatkala mengucapkan kalimah 'maaf' itu. Adakah hati kita tulus seiring dengan kata-kata maaf yang di ucapkan?

Mulut ini pernah mengucapkan maaf dan pernah juga memaafkan orang. Risau bila memikirkan adakah hati ini benar-benar ikhlas memaaf dan memaafkan. Adakah Allah menerimanya kalau hati kita tidak ikhlas? 

p/s : secara generalnya pada waktu ini, aku meminta maaf atas segala perlakuan, perbuatan, percakapan aku yang selama ini ada menyinggung mana-mana individu ataupun mana-mana pihak dalam keadaan sengaja mahupun tidak sengaja.
dan aku juga maafkan segalanya apa-apa yang korang buat yang pernah menyinggung perasaan aku ni samada sengaja ataupun tidak.

ikhlaskan hati aku ini Ya Allah....





Friday, January 27, 2012

nasib nyamuk..

assalamualaaikum..

Nyamuk. A small insect. Nothing special. Tak comel langsung. Tapi cukup membuatkan manusia memberi sepenuh tumpuan terhadapnya. Semestinya kerana sifatnya yang suka menggigit kulit yang tulus mulus ni. Mendambakan darah manusia yang aku sendiri pun tak tahu sejauh mana kelazatannya.


Bukan niatku untuk menyakiti binatang tu. Tapi kadang-kadang nafsu amarahku tidak dapat kubendung. Semakin kutahan semakin mebuak-buak pula nafsu itu. Tanganku yang kecil ni dengan selamba sahaja menampar-nampar nyamuk yang datang. Kalau lah nyamuk ni dapat di jual, rasanya aku dah dapat beli Samsung Galaxy Note. Tapi apakan daya, terasa sia-sia je aku membunuh nyamuk-nyamuk sekalian. Seekor aku bunuh, 10 ekor yang datang. Hmmm, banyak betul kroni kau kan. Sabar je lah.

Masih ingat lagi, sewaktu usia ku belum lagi menjejak angka 20-an. Aku sering biarkan nyamuk tu menghisap darahku sehingga perutnya memboyot. walaupun terasa gatal. Aku biarkanlah. Bukan kerana aku terlampau baik hati menderma darahku kepada binatang tersebut tapi sebab KEPUASAN. Kenapakah? Pada aku, bila membunuh nyamuk ketika perut dia penuh dengan darah ia adalah kepuasan. Yer la. Penat-penat dia hisap darah tu. Last2 mampus jugak. Lepas tu, aku tersenyum kepuasan lantas berkata.

" padan muka! HAHAHAHA. Puas hati aku"

Tapi itu dulu lah. Zaman belum akil baligh. Sekarang kalau ada nyamuk gigit. Aku tibai terus. Takde masa nak membazirkan darah aku kepada makhluk yang satu tu.

Tapi bila difikirkan balik darah tu makanan dia. Bukan dia suka sukinya nak gigit-gigit orang tu. Kalau dia tak hisap darah, dia tak boleh makan. Bila dia tak boleh makan, dia lapar. Bila dia lapar, dia mati. Oh, kesian.

Tapi kita sebagai manusia, haruslah defend diri kita jugak. So, kepada nyamuk-nyamuk sekalian, berhentilah dari menghisap darah aku. Pergilah hisap darah ayam, beruang, mahupun kambing. Kalau tak memang mampuslah aku kerjakan.

p/s : tak boleh tido malam ni sebab banyak sangat nyamuk ;'(

Sunday, January 22, 2012

kami tak ada pakwe tak bermakna kami tak laku

assalamualaikum...

merujuk kepada aku punya status kat facebook beberapa hari yang lepas yang berbentuk..

dan beberapa respons telah aku dapat. 



pertama : anda memang tak laku

ye ke? tak laku! pada pendapat tak ada istilah tak laku sebenarnya. semua ada jodoh masing-masing. cuma lambat atau cepat jer. so, kepada yang belum ada pakwe jangan sedih-sedih tau. ni mungkin Allah sayangkan kita sebab menjauhkan diri kita daripada maksiat. semua orang tahu kan couple banyak keburukan jika nak dibandingkan dengan kebaikannya.

yang aku sangat kesal, ada segelintir pihak pandai-pandai nak cakap pasal jodoh orang ni. tahukah kalian urusan Jodoh ni adalah urusan Allah SWT. Dia dah tetapkan jodoh, rezeki, mati kita dari awal-awal lagi.
tak salah pun kalau kalian nak masuk campur tapi haruslah untuk kebaikan diaorang. ni ada jugak manusia yang jenis bercakap tak pakai otak.

"dia ni muka tak lawa, dat y lah takde orang syok kat dia"

"dia ni perangai huduh gila babi, sebab tu takde pakwe sampai sekarang"

"dia ni kan ada saka, sebab tu belum kahwin sapai sekarang"


serius aku cerita, golongan seperti ini memang ada.

kedua : sebab terlampau hot

cantik sangat pun tak boleh. adoi. ramai pulak yang nak tackle kan. so, konfius nak pilih yang mana satu. at last, amik keputusan untuk tidak bercouple. ok lah tu dari jadi player girl kan yang suka amik kesempatan dengan kelebihan yang ada. lantas merembat lelaki-lelaki untuk keuntungan diri sendiri. antaranya paw harta diaorang. cantik atau tak itu anugerah Allah. bersyukurlah dengan apa yang Dia bagi. paras rupa tak penting. yang paling penting adalah hati kita.



ketiga : memilih

aku rasa, perempuan memang patut memilih pasangan diaorang. untuk mendapat pasangan yang baik. bukannya terus kata "YA" setelah ada yang meluahkan perasaan. lainlah kalau niat untuk couple sahaja. tapi bagi perempuan yang ingin mencari lelaki untuk menjadi suami kenalah memilih jugak. bukan semua lelaki boleh menjadi suami yang baik dalam rumahtangga. so, take your time to find a good guy.



p/s : pilih la pasangan yang baik. yang boleh membimbing anda ke syurga Allah :)


Saturday, January 21, 2012

how to be lelaki AWESOME di mata perempuan

assalamualaikum...

1) awak tak handsome macam david bekham takpe, awak tak seromantis macam aaron aziz takpe, awak hitam macam K. rajagopal takpe. semua tu tak penting, asalkan awak sangat baik, jujur, soleh. awak adalah lelaki yang awesome.

2) awak takde kereta besar takpe, awak takde motor besar takpe,  sebab awak sangat awesome bila tolong alihkan moto lain untuk bagi ruang kepada moto saya masuk parking. almaklumlah kudrat saya sebagai seorang perempuan tak sekuat untuk mengangkat moto yang berat tu.

3) awak sangat awesome bila bagi kucing makanan kat kucing terbiar. tak kisahla itu makanan awak yang tak habis atau memang awak belikan untuk kucing tu. bagi saya awak lelaki yang sangat penyayang.

4) awak sangat awesome bila awak jujur  nak berkenalan dengan perempuan. bukan dengan bermanis mulut sahaja, bermanis muka untuk membuat si dia terpikat, tapi dengan hati yang ikhlas serta dengan niat yang baik.

5) awesome nya awak bila tolong perempuan angkat barang yang berat. bukan kami nak ambil kesempatan. tapi tak salah kan kalau membantu. rasanya takde perepuan yang akan cakap

 "poyolah mamat nie!, nak ngorat aku lettewwww."


kalau ada yang cakap, lempang jer mereka. tapi haruslah dengan niat bukan ambil kesepatan lain. hanya ingin membantu sahaja.

5) awak, lelaki diciptakan untuk perempuan dan begitulah sebaliknya. awak sangat awesome bila setia kepada pasangan awak.

6) wahai lelaki, awak sangat awesome bila tak menjadi lelaki yang dayus. yang selalu ikut segala kemahuan kekasih bagai lembu dicucuk hidung padahal awek sering melakukan kesalahan. awak, untuk menjadi lelaki yang awesome, awak harus menasihati mereka ke arah kebaikan.

7) sangat awesome bila awak menjadi teladan kepada kekasih, isteri atau anak-anak. jadilah lelaki yang boleh memimpin bukanlah lelaki yang lemah.

8) awak, banyak benda yang boleh menjadikan awak lelaki yang awesome sebenarnya. awak sendiri tahu kan. hormatilah ibu awak, hormatilah perempuan. Insyaallah, awak akan diredhaiNya.

9) awak SUPERDUPPER awesome kalau tak minat K-POP. hehe. (kidding jep)


p/s : terkenang lelaki yang tolong aku masa kat KTM Padang Jawa tengahari tadi. walaupun tak kenal, tapi sudi membantu. awak sangat awesome. terima kasih kepada dia yang tak diketahui namanya. jasamu sangatku kenang.