Saturday, October 15, 2011

mangsa kebakaran kolej Jati UiTM Shah Alam meninggal dunia

assalamualaikum...

beberapa minggu yang lepas aku ada buat post pasal kebakaran di Kolej Jati UiTM Shah Alam. hari ini aku mendapat tahu yang mangsa kebakaran telah meninggal dunia hari ini.

Dato' Prof. Ir. Dr Sahol Hamid Abu Bakar merangkap Naib Canselor UiTM turut memaklumkan perkara ni dalam facebook beliau.

so, betullah apa yang dikatakan dalam entri aku sebelum ni. kebakaran tersebut disebabkan oleh puntung ROKOK.

tak tahu apa yang perokok tu rasa saat ni apabila mengetahui ada yang meninggal disebabkan perbuatannya yang tidak bertanggungjawab. kalau aku memang tak tenang hidup sepanjang hayat kerana menyebabkan kematian seseorang.

takziah aku ucapkan kepada keluarga mendiang. semoga dapat menempuh ujian ini dengan tabah.

p/s : kepada perokok silalah membuang puntung rokok di tempat yang sesuai. jadikan peristiwa ini sebagai iktibar.


Final Year Project (FYP) membunuhku.

 "Study the effect of temperature and relative humidity on airborne fungal in domestic building..."

ini bukan quotation ke hape. ini tajuk FYP aku. almaklumlah dah final sem. sebelom grad kena buat thesis segala. agak pening nak buat benda ni. sebab aku bukan lah TOP student.dan yang pentingnya aku masih dalam mood enjoy. hahaha

so, mintak maaflah kepada kawan-kawan blogger. aku memang sekarang jarang BW atau memang tak BW langsung. tulis entry pun kadang-kadang. kalau buat entry baru pun lepas post terus blah. malas nak stay kat blog lama2 nanti tak buat kerja aku. mintak maaf juga kalau aku tak sempat nak reply komen korang semua T__T

kerja tertangguh pun banyak. tu yang menambahkan ke'busy'an aku. masa cuti sem gilo makan tido jep. sekarang hamik kao. kerja berlambak tak siap.hoho. padan muka ko ain.

sekarang aku rasa nak menghabiskan banyak masa bersama kengkawan jep. yer la. nanti mesti susah nak jumpa. doakan kejayaan aku babe ! yang penting sekali doakan FYP aku berjalan dengan smoothly *skipping sikit* kah kah kah.

ok bye.! take care semua..

:D



Friday, October 14, 2011

semangat rakyat Kelantan terhadap bola sepak

keadaan sekitar stadium Muhammand ke IV sebelum game berlangsung semalam
assalamualaikum...

semalam berakhirlah perjuangan Kelantan untuk mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia tahun 2011. kalah dengan negeri jiran Terengganu dengan aggregate 5-2. sedih siot aku. tapi takpelah dah takde rezeki nak buat macam mana kan. reda jer la.

tapi aku respect giler kat rakyat kelantan. walau berbeza agama, politik dan pendapat, tapi diorang tetap satu dan berganding bahu dalam menyokong bola sepak Kelantan. yang tak kenal boleh jadi kenal. yang tak berapa rapat boleh jadi rapat semata-mata kerana bola (bukan niat nak memuji negeri sendiri)

tiada lagilah lautan merah yang membanjiri stadium untuk tahun ni. tapi walaupun kalah sokongan rakyat kelantan tak pernah pudar. makin membara adalah. tak pernah rasa nak quit untuk terus menyokong TRW. yer ! rakyat Kelantan obses terhadap bola. kerana kami adalah warga penyokong adalah nadi dalam sesebuah game. mana ada negeri lain yang bagi sokongan macam kami buat. ko hado?

respon penyokong kelantan selepas game kelantan vs terengganu malam tadi

kelantan the red worrior in facebook

the red warrior network -page in Facebook

tapi orang selalu cakap.

"eleh, dah kalah memang ah cakap macam tu. takde rezeki laa..bla bla bla.."

habis takkan la nak bunuh diri sebab kalah, takkan lah nak argue dekat parlimen sebab kalah bola.

isu lama ! penyokong Kelantan baling mercun. hmmm.itu cuma segelintir pihak. manusia yang tahap mentaliti sangat rendah. tahap EQ pada paras zero. hahhaha.

Apepun kelantan tetap main dengan terbaik semalam nak2 pada second time. cuma benteng terengganu di jagan dengan lebih kemas semalam. *aku tak reti nak ulas pasal bola*

tapi kami tetap sokong pasukan Kelantan dulu, kini dan selamanya. Itulah semangat warga Kelantan yang tak akan pudar.

I love The Red Warrior. Gomo Kelate Gomo !

p/s malam nie game Machester United vs Liverpool. Gomo MU Gomo..hahhaha..peace !