Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Saturday, October 15, 2011

Final Year Project (FYP) membunuhku.

 "Study the effect of temperature and relative humidity on airborne fungal in domestic building..."

ini bukan quotation ke hape. ini tajuk FYP aku. almaklumlah dah final sem. sebelom grad kena buat thesis segala. agak pening nak buat benda ni. sebab aku bukan lah TOP student.dan yang pentingnya aku masih dalam mood enjoy. hahaha

so, mintak maaflah kepada kawan-kawan blogger. aku memang sekarang jarang BW atau memang tak BW langsung. tulis entry pun kadang-kadang. kalau buat entry baru pun lepas post terus blah. malas nak stay kat blog lama2 nanti tak buat kerja aku. mintak maaf juga kalau aku tak sempat nak reply komen korang semua T__T

kerja tertangguh pun banyak. tu yang menambahkan ke'busy'an aku. masa cuti sem gilo makan tido jep. sekarang hamik kao. kerja berlambak tak siap.hoho. padan muka ko ain.

sekarang aku rasa nak menghabiskan banyak masa bersama kengkawan jep. yer la. nanti mesti susah nak jumpa. doakan kejayaan aku babe ! yang penting sekali doakan FYP aku berjalan dengan smoothly *skipping sikit* kah kah kah.

ok bye.! take care semua..

:D



Sunday, August 21, 2011

Student x salah kalau FAILED exam !


Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…
Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira!

Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.

Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.

Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.
Baki tinggal 223.
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.

Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.

Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80 hari.

Makan 
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.

Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.

Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.

Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam. Baki tinggal 21 hari.

Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.

Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isuhangat. Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.
Jadi baki tinggal 1 hari.

Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!

share from  azril ramsey 's notes in FB.


hahaha. cuma bergurau di bulan puasa. Hargailah masa yang ada yep !

nota ikhlas : sori, tak dapat nak ngomen n bw kat blog korang. Internet lmbab bangat. Takde mood nak on9. Nanti ak p shah alam aku on9 n ngomen blog korang sampai lebam bijik mata.

salam sayang : ain revival~