Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Friday, December 23, 2011

menjelang final exam..

assalamualaikum...

perasankah korang masa sekarang bergerak sebegitu pantas. tup tup dah nak akhir semester (bagi IPTA serta yang sewaktu dengannya). semakin tiba masa nak grad semakin cepat rasa masa berlalu. hmmm. sayu.

dan sekarang tibalah time paling digeruni oleh student seperti aku. FINAL EXAM! degeruni sebab pertamanya adalah dengan carry mark yang cinonet. so, kena struggle lebih untuk final exam sampai lebam bijik mata dan muntah kedarah mengadap buku. kedua, sebab subjek memang giler giler killer nak nak subjek yang soklannya penuh dengan auta. I mean soalannya banyak yang 'tricky'. aku ni jenis yang malas berfikir ni. so, tak suka soklan yang trick nie. tapi kalau soalan yang straight to the point pun tak boleh jawab gak sebab tak baca. lagi sadis.

satu fenomena yang aku boleh lihat sepanjang berada di UiTM Shah Alam ni ialah ramai student akan berkumpul di restoran makanan segera untuk study secara berjemaah.antaranya KFC Seksyen 7 dan McD seksyen 2. kalau korang pergi kat situ time study week memang akan nampak bahawasanya bebudak UiTM memang rajin study semuanya. kalau korang nak makan memang kena pergi awal-awal la sebab pelajar-pelajar ni  akan mula memenuhi meja-meja kepsi dan mekdi terutamanya waktu malam. mereka memang akan stay lama kat restoran segera  untuk study. melalui pemikiran aku, aku rasa pelajar tersebut suka study kat Kepsi o mekdi adalah disebabkan oleh beberapa faktor;

1. sambil study sambil makan. bila makanan habis, senang nak beli.
2. ventilation yang bagus. ada aircond. 
3. dapat minuman free. jimat. contohnya kalau mekdi dapat refill air seberapa juta kali. tokeh kepsi kompem tak marah punya cuma jeling-jeling mata sikit jep.
4. nak usha aweks hot ataupun lelaki gantang. kiranya 2 dalam 1 laa. sambil menyelam minum air.
5. otak lebih senang nak serap ilmu dengan tengok ayam spicy mekdi..
6. shah alam memang takde tempat yang sesuai untuk study group selain Library yang pagi-pagi buta lagi dah penuh oleh manusia yang dahagakan ilmu.
7. hmmm. ada lagi ke? listkan ek.

tapi nak study mana-mana pun boleh. asalkan dapat serap apa yang dibaca. bagi aku lebih suka study dekat rumah. senang nak tido kalau penat study. haha.

tapi sekarang baru study week. niat nak study tu membuak-buak..tapi.......


hmmm. teknologi membantutkan niat untuk ulangkaji. ye dop?

p/s : jom studi mekdi malam ni? hehe


Sunday, August 21, 2011

Student x salah kalau FAILED exam !


Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…
Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira!

Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.

Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.

Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.
Baki tinggal 223.
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.

Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.

Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80 hari.

Makan 
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.

Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.

Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.

Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam. Baki tinggal 21 hari.

Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.

Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isuhangat. Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.
Jadi baki tinggal 1 hari.

Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!

share from  azril ramsey 's notes in FB.


hahaha. cuma bergurau di bulan puasa. Hargailah masa yang ada yep !

nota ikhlas : sori, tak dapat nak ngomen n bw kat blog korang. Internet lmbab bangat. Takde mood nak on9. Nanti ak p shah alam aku on9 n ngomen blog korang sampai lebam bijik mata.

salam sayang : ain revival~