Sunday, December 25, 2011

mission impossible 4- GHOST PROTOCOL

assalamualaikum...

aku tengok cerita ni hari jumaat. midnite bertempat di IOI Mall. mungkin agak terlewat aku tengok cerita ni.almaklumlah asyik busy dengan FYP yang melemahkan jiwa raga aku. aku taknak review sangat cerita ni sebab dah banyak blog yang dup pot pet pot pet pasal cerita TOM CRUISE sendirik pnya production ni.

yang pastinya....



cerita ni best nak mampos !!!

setiap aksi mesti anda akan cakap 'WOW' !

kalau anda rasa real steel itu best, cerita nie 1/1/2 ganda lagi terbaekkkkkkkk! 

9.49/10 aku bagi *

kereta-kereta BMW dalam cerita tu memang super duper awesome and 'WOW'!

*pendapat aku sahaja. 

p/s : walaupun ada orang cakap tom cruise men'spoil'kan cerita kerana dia dah agak 'tua' tapi bagi aku dia sangat versatile dan usianya lebih mematangkan dia punya aksi *


Friday, December 23, 2011

menjelang final exam..

assalamualaikum...

perasankah korang masa sekarang bergerak sebegitu pantas. tup tup dah nak akhir semester (bagi IPTA serta yang sewaktu dengannya). semakin tiba masa nak grad semakin cepat rasa masa berlalu. hmmm. sayu.

dan sekarang tibalah time paling digeruni oleh student seperti aku. FINAL EXAM! degeruni sebab pertamanya adalah dengan carry mark yang cinonet. so, kena struggle lebih untuk final exam sampai lebam bijik mata dan muntah kedarah mengadap buku. kedua, sebab subjek memang giler giler killer nak nak subjek yang soklannya penuh dengan auta. I mean soalannya banyak yang 'tricky'. aku ni jenis yang malas berfikir ni. so, tak suka soklan yang trick nie. tapi kalau soalan yang straight to the point pun tak boleh jawab gak sebab tak baca. lagi sadis.

satu fenomena yang aku boleh lihat sepanjang berada di UiTM Shah Alam ni ialah ramai student akan berkumpul di restoran makanan segera untuk study secara berjemaah.antaranya KFC Seksyen 7 dan McD seksyen 2. kalau korang pergi kat situ time study week memang akan nampak bahawasanya bebudak UiTM memang rajin study semuanya. kalau korang nak makan memang kena pergi awal-awal la sebab pelajar-pelajar ni  akan mula memenuhi meja-meja kepsi dan mekdi terutamanya waktu malam. mereka memang akan stay lama kat restoran segera  untuk study. melalui pemikiran aku, aku rasa pelajar tersebut suka study kat Kepsi o mekdi adalah disebabkan oleh beberapa faktor;

1. sambil study sambil makan. bila makanan habis, senang nak beli.
2. ventilation yang bagus. ada aircond. 
3. dapat minuman free. jimat. contohnya kalau mekdi dapat refill air seberapa juta kali. tokeh kepsi kompem tak marah punya cuma jeling-jeling mata sikit jep.
4. nak usha aweks hot ataupun lelaki gantang. kiranya 2 dalam 1 laa. sambil menyelam minum air.
5. otak lebih senang nak serap ilmu dengan tengok ayam spicy mekdi..
6. shah alam memang takde tempat yang sesuai untuk study group selain Library yang pagi-pagi buta lagi dah penuh oleh manusia yang dahagakan ilmu.
7. hmmm. ada lagi ke? listkan ek.

tapi nak study mana-mana pun boleh. asalkan dapat serap apa yang dibaca. bagi aku lebih suka study dekat rumah. senang nak tido kalau penat study. haha.

tapi sekarang baru study week. niat nak study tu membuak-buak..tapi.......


hmmm. teknologi membantutkan niat untuk ulangkaji. ye dop?

p/s : jom studi mekdi malam ni? hehe


Thursday, December 15, 2011

cinta tak semestinya memiliki

assalamualaikum...


aku nak share satu cerita daripada sahabat aku. sila baca sambil perhalusi setiap kata-kata dala cerita ini. hehe. ayat propa jer.




suatu ketika dulu....
2 tahun couple....

"awak, boleh takkita putus? Saya tak nak couple dah."

"saya taknak. saya tak sanggup nak berpisah dengan awak."

"tapi awak, sy memang taknak couple."

"taknak! tolonglah jangan buat saya macam ni."

"awak tinggalkan jelah saya, awak datang balik bila awak dah bersedia dan dah rasa bertanggungjwab untuk jadi suami."
"selepas saya tamat belajar awak datanglah meminang saya. Janji!"

"ok, saya janji awak.saya sayang awak."


*****

saya hantar surat 2 sebeb saya taknak awak sedih2 tau. dekat surat tu ada banyak gambar senyum2 sebab saya nak bila setiap kali awk tengok surat tu awak akan tersenyum dan tak akan ingat kat saya dah. jangan sedih tau.


*****

tiga bulan tidak mendengar khabar berita. tiba-tiba....

si lelaki dah in relationship dengan perempuan lain.

bila tengok status perhubungan tersebut, hati si gadis hancur berkecai dan dia sangat sedih dan kecewa. dia still ingat janji lelaki tu. tapi apakn daya, semua dah berakhir.

sejak dari hari itu, si gadis dah tidak percaya dengan insan bernama lelaki.

tapi, beberapa tahun lepas 2.....
seorang lelaki telah muncul dalam hdup dia dan berjanji akan berjumpa ibu bapa si gadis bila dia dah tamat belajar nanti.

sejak dari hari tu, si gadis bertekad lelaki itulah bakal menjadi suaminya nanti. walaupun dia tahu jodoh dah ditentukan ALLAH , tapi dia yakin lelaki yang muncul dalam hidup sekarang adalah bkal suaminya.... insyaALLAH....




~~cinta xsemestinya kita memilikinya n yg pasti cinta ILAHI cinta suci...

sumber asal: cik syikin mohd nor

p/s : couple lama tak semestinya berakhir dengan satu ikatan yang sah (suami isteri). Jodoh petemuan semuanya telah ditentukan oleh yang Maha Esa.