assalamualaikum....
dalam hidup macam-macam orang yang kita jumpa. yang baik, yang jahat, yang buat-buat baik, yang buat-buat jahat.
tapi yang paling tak boleh blah bila ada manusia yang taknak kalah dalam segala hal. fikir yang semua apa yang dia buat betul. sanggup bergaduh dengan rakan-rakan demi untuk mempertahankan perlakuan diri yang semua orang tahu salah.
ya, mungkin kita hebat. pintar dalam akademik. mempunyai rupa yang cantik. ada harta yang banyak ada boyfren yang kononnya menyayangi dan sanggup buat apa-apa sahaja. tapi tanpa kawan-kawan di sisi mampukah kau bertahan? kita hidup bukan sehari dua, bukan setahun dua (kalau umur panjang). hadirnya kawan-kawan di sisi pasti memeriahkan lagi kehidupan kita, ye dop?
zaman sekarang, zama teknologi. ada twitter, ada facebook. kalau bergaduh ke ape antara kawan-kawan pasti cepat tersebar. mulalah nak mengeluarkan hadis-hadis dalam status masing-masing. kadang-kadang status dalam facebook juga yang kononnya untuk mempertahankan diri boleh mencerminkan keburukan diri kita sendiri sebenarnya.
sekadar contoh. CONTOH SAHAJA.
" kawan-kawan, doa insan yang teraniaya sentiasa termakbul. saya insan yang teraniaya. semoga Tuhan menarik balik segala nikmat yang diberikan oleh insan yang menganiayai saya."
kalau status di atas, agak-agak sape yang teraniaya? aku takdelah baik manapun. tapi kalau kawan buat jahat sekalipun dengan aku tidak sampai hati rasanya nak mendoakan agar Tuhan menarik balik segala nikmat yang diberikan. cukuplah sekadar mendoakan agar dia berubah perilaku. itu lbih sesuai rasanya. nenek aku pernah cerita. kalau kita mendoakan untuk keburukan seseorang, doa tu akan berbalik kepada kita.
dalam persahabatan sentiasalah jujur antara satu sama lain. janganlah sentiasa pentingkan diri sndiri. kalau kerja berkumpulan tuh buatlah bersama. dah la buat sikit, lepastu tuding jari kat orang lain kata tak buat kerja. lepastu mulalah nak letak surat bagai kat assgnment kata :
"kerja ini diusahakan oleh saya SAHAJA. sambil disaksikan oleh boypren saya."
hmmm. entah apa-apa kan. padahal kerja yang ko buat cinonet jep. janganlah kamu salahkan orang lain dengan kesilapan yang diri sendiri lakukan. kita sebagai makhluk Allah di bumi ini tak ada yang sempurna. jangan lah nak selalu menang jep padahal sedar diri sendiri salah. jangan cuba menegakkan benang yang basah.
bergaduh sesama rakan-rakan usahlah nak bagitahu orang yang 'besar jawatannya'. kita bukannya budak kecik lagi. masing-masing umur dah 20 lebih. boleh berfikir dah mana buruk, mana baik. selesaikan sesama sendiri.
kadang-kadang kalau ada pertelingkahan antara kawan-kawan ni mestiada orang yang cuba nak jadi hero. kononnya nak selamatkan perhubungan. tapi hampeh. buka tak bagus niat beliau. tapi sebelum nak masuk campur lebih baik tahu asal usul terlebih dahulu. biar tahu cerita A-Z. ni belom ada ape-apa dah siap dengan pistol, senapang dan keris bagai nak baham orang. padahal dia takde kena mengena pun dengan masalah nie.
di ibaratkan jadi batu api bukannya super hero pun.
p/s : dalam membina ukhwah antara kawan-kawan kadangkala memakan masa selama bertahun-tahun. tapi. dalam sekelip mata ianya boleh musnah. semoga ukhwah antara kita terus terjalin :D