Sunday, June 5, 2011

bila orang tak reti bermake-up nak make-up !



assalamualaikum...

Sejujurnya aku takde lah reti bermake-up dan aku memang jarang nak bermake-up segala. Tapi aku cukup tak suka perempuan yang over make-up. Pakai terang-terang tak kena dengan muka dan style dyeorang.

Tapi kalau yang pandai make-up memang akan nampak cantik lah macam Fatin Liyana dan  cikYuyu Zulaikha tu.

Tapi kalau dah tak reti make-up tu takyah laa. Buat geli hati jer orang tengok! Jadi bahan kutukan dan umpatan orang jep. Baek takyah make up and just show your natural beauty. Takpun pergilah belajar dengan orang yang pro.

ohh. tak suka aku.


Saturday, June 4, 2011

aku adikmu dan kau abang


aku adalah anak bongsu dalam keluarga aku. Atas aku ada 4 orang abang. Sebenarnya ianya sangat best menjadi adik. Banyak sangat kebaikannya tapi jika nak di listkan memang takkan habis. tapi kadangkala ianya annoying bila adik selalunya kena mengalah dan kena buli dalam beberapa hal seperti :

1) terpaksa mengalah bila abang nak main POKER ataupun game online menggunakan laptop anda. katanya kejap jep. tapi sampai 4 pagi menyebabkan anda tak dapat menulis entry untuk blog anda.

2) tidak boleh menentukan channel TV. Selalunya terpaksa mengikut channel TV kegemaran abang anda seperti menonton cerita Ombak. Kalau tak diikut kemahuan pastilah anda punya dahi akan benjol seketika.

3) dia dan kawannya plan untuk tengok bola final KELANTAN vs TERENGGANU 11hb ni bertempat di Bukit Jalil. tapi bila anda meminta untuk mengikuti dia tidak mengizinkan. katanya nanti akan menyusahkan dan takut apa-apa akan berlaku. Padahal abes tengok bola nak singgah pergi GENTING.

4) bila tetiba abang mengambil bantal dan memukul anda bertubi-tubi seperti orang gila tanpa alasan yang munasabah. biarpun tak sakit tapi berkali-kali mahu terseliuh jugak anda punya tengkuk. tapi nak melawan kembali seperti semut melawan seekor gajah. takda hasilnya.

5) bila abang anda memberitahu ibu anda yang anda meminum air dalam jug dan tidak menggunakan cawan seperti yang sepatutnya. tak pasal-pasal anda kena bebel. padahal dia pun buat perkara yang sebegitu juga.

6) apabila dia mengomen kata laptop anda slow dan lembab macam anda tetapi masih menggunakan laptop tersebut daripada petang sampai pagi main game.

7) bersungut yang masakan dan air anda tak sedap tapi mampu habiskan semua dan siap tambah lagi.

8) apabila dia membebel selama hampir sejam dalam kereta kerana terpaksa bangun pagi-pagi buta semata-mata untuk amik anda yang baru pulang dari Shah Alam di stesen bas.

9) bila anda menyuruhnya membeli topup 10 hengget tapi  sebulan lepas tu baru dia masukkan. itupun setelah anda merayu-rayu bagai.

10) bila abang anda menutup lampu bilik air ketika anda mandi menjadikan suasana gelap gelita. dan anda terpaksa menjerit sehingga ada orang 'on' kan suis lampu.

aku rasa banyak lagi. Tapi nie jep yang dapat difikirkan setakat ni. mengharapkan abang-abang aku tak baca post nie. tak pasal-pasal ada bintang keliling kepala aku nanti. hahhaa

actually aku tak berapa kisah pun dengan semua nie sebab kalau takde mereka yang bergelar abang tak bermaknalah hidup aku sebagai adik. walaupun kadang-kadang korang nie agak annoying tapi aku pun banyak jugak buat hal kan. tapi yang pentingnya air dicincang takkan putus. lagi satu aku dah lali dah dengan ayat "AKUKAN ABANG ! "

p/s : internet siyess gedik dan slow. so, tak boleh reply komen dan jenguk blog korang. tapi takpe esok da start laju dah :)

Wednesday, June 1, 2011

maruah tak hilang disebabkan ZINA?

assalamualaikum....

'kesah apa aku dengan virgin' begitulah tajuk bagi sebuah entry kat blog  ini. Baru-baru ni kita dikejutkan dengan satu blogger nie yang mana secara terang-terangan bagitahu yang dia dah takde dara di dalam blog. Rasenya semua dah tau kan cerita ni. dah heboh dalam FB dan para blogger pun tak henti-henti cerita pasal nie.

Tiada sifat malukah dalam dirinya sehingga sanggup memberitahu seantero dunia yang diri ni dah takde dara disebabkan melakukan hubungan terlarang tersebut? walhal kita sebagai wanita Islam begitu tebal sifat malu dalam diri yang mana menghalang kita daripada melakukan perkara yang boleh menjatuhkan maruah diri.

kita orang perempuan sangat penting untuk menjaga maruah diri...Islam juga menyuruh umatnya supaya menjaga perlakuan agar tidak hilang maruah diri. Mengapa sesuka hati jer cakap 'AKU DA PERNAH MAEN ! puas ? ade ke org nak mngaku mcm ni ? takkan punya .. bia org nak pandang hina kat kita . asalkan kita adeMARUAH DIRI ! thankyou :)

sejak bila kita boleh dilabel still ada maruah diri sekiranya melakukan perbuatan yang dipanggil ZINA itu. Adakah dia faham maksud MARUAH DIRI itu sebenarnya? even melepak tanpa tujuan pun boleh menjejaskan maruah diri apatah lagi dengan melakukan perbuatan zina.

Sekalipun anda pernah terbuat perbuatan tersebut, tak perlulah nak hebohkan..Perlu ke nak berbangga dengan perbuatan tersebut? Rasanya ianya cuma menampakkan betapa anda cetek ilmu agama dan tak tahu apa itu dosa pahala. Islam sendiri menyuruh kita supaya menutup aib masing-masing untuk kebaikan diri sendiri. tidak malukah perbuatan tersebut bagi kamu. Ibaratkan membuka pekung di dada diri sendiri.

Diri kamu masih muda. Sayangnya jika usia yang sebegitu muda dihiasi dengan perbuatan yang terkutuk tersebut. Tidak takutkah kamu dengan masa depan kamu nanti. Yang pentingnya tidak takutkah kamu dengan azab Allah di akhirat kelak?

Dunia nie macam dah terbalik. Kalau dulu orang sangat mementingkan maruah diri. Tapi sekarang maruah bagai dihinjak-hinjak, disepak dan dipandang ringan oleh diri sendiri. Inilah yang terjadi kalau nafsu mengatasi keimanan dalam diri masing-masing.

Jagalah diri kita dan maruah kita dengan baik kerana ianya sangat berharga. Janganlah memandang enteng perkara ini takut kelak akan memakan diri sendiri. Sentiasa mengingati Allah yang Maha Esa, Insyaallah kita akan dijauhi perkara ini. Amin.