Friday, September 23, 2011

Jangan percaya 100% iklan di mudah.my

assalamualaikum...


giler giler giler lama dah aku tak hupdate blog ni. Rasa macam pelik jer jari-jari aku nak menaip. Ni semua gara-gara aku berpindah rumah. Sadis.


Pernah pergi kat website MUDAH.com? Alah, tempat yang nak cari rumah sewa, barang-barang dan segala macam benda tuh. Sekarang zaman IT. Semua benda kita nak dengan senang dan cepat dah boleh kita dapatkan. Even nak cari katil terpakai kat internet pun boleh. Tapi aku nak tegaskan di sini JANGAN MUDAH PERCAYA dengan segala bentuk iklan yang ada di mana-mana website sekalipun tanpa selidiki sumber itu betul ke salah.


Kenapa aku cakap macam tu?


Sebab baru-baru ni aku agak terkena dengan iklan macam ni. Ingat tak post aku pasal rumah sewaku di kebas orang masa cuti semester hari tu. Gara-gara masalah tu aku dan housemate aku terpaksa cari rumah sewa dengan kadar segera memandangkan cuti semester akan tamat tak lama lagi. Bagi memudahkan urusan kami hanya mencari rumah sewa baharu melalui MUDAH.my. Akhirnya pencariaan kami berakhir dengan penemuan rumah di Seksyen 7 blok 52. Empunya tuan rumah itu aku perkenalkan dengan nama KAK NOR.


Pasal KAK NOR..


Akibat KAK NOR ni terlampau busy dengan kerjaan dia sampaikan tiada masa nak datang Shah Alam untuk  berjumpa housemate aku bagi menguruskan pembayaran deposit, kami bersepakat untuk membayar melalui ATM seperti apa yang dicadangkan KAK NOR. Takut rumah tu melepas kat tangan orang lain kalau lambat bayar.


Kenapa kami percaya KAK NOR?


1) Sebab aku dan member aku telah telefon KAK NOR. Menyamar la kononnya. dan KAK NOR memberi kata-kata yang sama bagi setiap pertanyaan.


2) Tak tahu nak cari rumah kat mana lagi. Hari tu terdesak sangat nak dapatkan rumah. Masing2 dup jauh. Ada kat Kelantan, Pahang, Perak. Agak sukar untuk pergi ke Shah Alam untuk mencari rumah sewa. So, berani mati dengan mempercayai KAK NOR.


Menipukah KAK NOR pada kami?


Wallahualam. Setelah membayar deposit rumah kami mengorbankan cuti raya kami kerana pada hari raya ke 5 terpaksa balik Shah Alam kononnya untuk mengambil 'kunci' rumah baru. Tetapi KAK NOR asyik men'delay' kan atau menangguhkan pemberian kunci rumah daripada tarikh yang ditetapkan. Kononnya ada masalah sikit pasal rumah tu. Yang paling sedih, kami terpaksa menumpang rumah sewa kawan dengan barang-barang banyak gggilerrr.


Suatu hari KAK NOR telah menghubungi kami dan cakap


"Maaf, akak memang tak boleh sewakan rumah ni. Mungkin korang kena cari rumah lain. Nanti akak akan bayar balik deposit rumah korang tuh."

pfffffffff. Tersentap gglerr . Masa tu 2-3 hari gak nak buka semester. Mana nak cari rumah last minute macam tu. Takkan nak tumpang rumah kawan lama-lama  dengan barang-barang bertimbun banyaknya.


Lagi tersentap ggggggilllleerrrrrrrrrrrr. Sampai sekarang kami tak dapat lagi duit deposit kiteorang tu. Banyak jer alasan KAK NOR bila kami suruh dia bank in duit tuh.


Sampai sekarang kami masih sumpah seranah Kak Nor. Tak tahu dah berapa dosa yang dapat sebab tuh. 


"Ampunilah dosa hambamu ini Ya Allah "



p/s : silap kami jugak. Dah terang-terang dah kat bawah iklan kat mudah.my ada tulis Warning pasal pembelian tapi kiteorang buat derk jep akibat keadaan pada masa tu tersangatlah terdesak. Kepada kawan-kawan fikir dulu sebelum bertindak. Jangan sudah terhantuk baru nak tergadah. Tak pasal-pasal duit melayang terbang. Habuk pun takde...

Ok bye babe !

20 comments:

umUMRA said...

alooo..ada gak org mcm ni..amek kesempatan atas kesusahan org lain..tak berkat hidup dia..hmmm

Umi Anaan said...

saye pon penah kena tipu gak pasal rumah sewa kat mudah.com. sampai sekarang masih berdendam dengan ustaz (tuan punya rumah tu). name je ustaz tapi perangai macam songal.

annur said...

ish.. suka mengambil kesempatan btol.. pernah juga menghadapi prob ngan rumah baru.. sabar ek..

L said...

urmm.. teruknyer..

solat ke belom??
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/6-jahanam-2.html

Aesya Zealous said...

same jugak la dgn kite. tp bukan sbb mudah.. sbb makcik tu nak duit lebih,tipu, pdhal mak salah sorg member. smpai skrg aku dendam. buat derk je dgn member tu.

Falling . said...

jumpa dy kat akhirat t.. jgn halalkn duit tuh~

anamizu said...

aiseh...cik ana bace pon geram gile nih.. mcm haremmm je perangai.. tak reti nak fikir ke tindakan die tu menyusahkan org lain..eeee!










cik ana.

ain revival said...

@umUMRA

ntahlaa..semoga dy bayar balik duit tuh..

ain revival said...

@Umi

sama la kita..sama2 kena tipu..tu lah..rasa menyesal tak selidik dulu.adoii

ain revival said...

@snoe

thank yer.:D

ain revival said...

@L

sgt teruk..!

ain revival said...

@aesya

macam2 manusia sekarang..duit pnya pasal..sanggup tipu orang bagai..

ain revival said...

@cik gugu

cuma berharap dy akn byar jep..kami student, bknnya keje..pokai2..

ain revival said...

@anamizu

cik ana geram, kiteorg 100 x gnda geram..

ehehe

Anonymous said...

gler kesian dohh ! abes cam nerw skrg ? da dpt umah ?

ain revival said...

@fara E's

Alhamdulillah..rezeki kiteorg..dapat umah 1 hari before bukak sem baru..sbelah blok lama lg :D

gadis statik said...

relaks sis~semoga semuanya dipermudahkan...

bjay69 said...

banyak2 bersabar.. setiap perbuatan buruk ada balasan dari NYA.

Anonymous said...

omg!!!!
kawan saya pu kene tipu dgn org yang nama kak nor and cerita dia lebih kurang mcm ni...
sampai skrg dia push kak nor suruh bayar padahal dah berapa bulan dah kot kak nor still tak bayar lagi

ain revival said...

@anon

nama sebenar kak nor ape ek n dy tnggak kat ne?kalau same mmg kompem kene tipu ng org y sama.haha