Showing posts with label iklan online. Show all posts
Showing posts with label iklan online. Show all posts

Friday, September 23, 2011

Jangan percaya 100% iklan di mudah.my

assalamualaikum...


giler giler giler lama dah aku tak hupdate blog ni. Rasa macam pelik jer jari-jari aku nak menaip. Ni semua gara-gara aku berpindah rumah. Sadis.


Pernah pergi kat website MUDAH.com? Alah, tempat yang nak cari rumah sewa, barang-barang dan segala macam benda tuh. Sekarang zaman IT. Semua benda kita nak dengan senang dan cepat dah boleh kita dapatkan. Even nak cari katil terpakai kat internet pun boleh. Tapi aku nak tegaskan di sini JANGAN MUDAH PERCAYA dengan segala bentuk iklan yang ada di mana-mana website sekalipun tanpa selidiki sumber itu betul ke salah.


Kenapa aku cakap macam tu?


Sebab baru-baru ni aku agak terkena dengan iklan macam ni. Ingat tak post aku pasal rumah sewaku di kebas orang masa cuti semester hari tu. Gara-gara masalah tu aku dan housemate aku terpaksa cari rumah sewa dengan kadar segera memandangkan cuti semester akan tamat tak lama lagi. Bagi memudahkan urusan kami hanya mencari rumah sewa baharu melalui MUDAH.my. Akhirnya pencariaan kami berakhir dengan penemuan rumah di Seksyen 7 blok 52. Empunya tuan rumah itu aku perkenalkan dengan nama KAK NOR.


Pasal KAK NOR..


Akibat KAK NOR ni terlampau busy dengan kerjaan dia sampaikan tiada masa nak datang Shah Alam untuk  berjumpa housemate aku bagi menguruskan pembayaran deposit, kami bersepakat untuk membayar melalui ATM seperti apa yang dicadangkan KAK NOR. Takut rumah tu melepas kat tangan orang lain kalau lambat bayar.


Kenapa kami percaya KAK NOR?


1) Sebab aku dan member aku telah telefon KAK NOR. Menyamar la kononnya. dan KAK NOR memberi kata-kata yang sama bagi setiap pertanyaan.


2) Tak tahu nak cari rumah kat mana lagi. Hari tu terdesak sangat nak dapatkan rumah. Masing2 dup jauh. Ada kat Kelantan, Pahang, Perak. Agak sukar untuk pergi ke Shah Alam untuk mencari rumah sewa. So, berani mati dengan mempercayai KAK NOR.


Menipukah KAK NOR pada kami?


Wallahualam. Setelah membayar deposit rumah kami mengorbankan cuti raya kami kerana pada hari raya ke 5 terpaksa balik Shah Alam kononnya untuk mengambil 'kunci' rumah baru. Tetapi KAK NOR asyik men'delay' kan atau menangguhkan pemberian kunci rumah daripada tarikh yang ditetapkan. Kononnya ada masalah sikit pasal rumah tu. Yang paling sedih, kami terpaksa menumpang rumah sewa kawan dengan barang-barang banyak gggilerrr.


Suatu hari KAK NOR telah menghubungi kami dan cakap


"Maaf, akak memang tak boleh sewakan rumah ni. Mungkin korang kena cari rumah lain. Nanti akak akan bayar balik deposit rumah korang tuh."

pfffffffff. Tersentap gglerr . Masa tu 2-3 hari gak nak buka semester. Mana nak cari rumah last minute macam tu. Takkan nak tumpang rumah kawan lama-lama  dengan barang-barang bertimbun banyaknya.


Lagi tersentap ggggggilllleerrrrrrrrrrrr. Sampai sekarang kami tak dapat lagi duit deposit kiteorang tu. Banyak jer alasan KAK NOR bila kami suruh dia bank in duit tuh.


Sampai sekarang kami masih sumpah seranah Kak Nor. Tak tahu dah berapa dosa yang dapat sebab tuh. 


"Ampunilah dosa hambamu ini Ya Allah "



p/s : silap kami jugak. Dah terang-terang dah kat bawah iklan kat mudah.my ada tulis Warning pasal pembelian tapi kiteorang buat derk jep akibat keadaan pada masa tu tersangatlah terdesak. Kepada kawan-kawan fikir dulu sebelum bertindak. Jangan sudah terhantuk baru nak tergadah. Tak pasal-pasal duit melayang terbang. Habuk pun takde...

Ok bye babe !