Thursday, July 28, 2011

Malaysia tak layak untuk WORLDCUP !

Assalamualaikum..

Kita kalah ! Hilang semua harapan nak masuk Worldcup di Brazil nanti. Baru bercita-cita nak tanggalkan baju Spain dan menyarungkan jersi  Harimau kita 2014 nanti. 

Aku kecewa? Semestinya !

Siapa yang tak kecewa dengan satu kekalahan bila kita menginginkan kemenangan.

Tapi aku bangga. Kenapa?

Kita kalah dengan bermaruah. Bukan menang dengan lakonan yang melampau semata-mata. Geram dengan pihak lawan dengan segala macam adegan yang menyakitkan hati. Tak rock langsung la lu der. Kata singa, tapi lembik. 

Tapi yang pentingnya aku sangat bangga dengan penyokong kita. WOW ! Penuh stadium.  Aku rasa ini adalah satu sejarah. Penyokong Singa 5 ratus jep!Kata member aku yang pergi, ada yang tak cukup sit. Nasib baik ade awek disebelah buat pencuci mata.

Bagi aku ini baru permulaan bagi Malaysia untuk bangkit dalam arena bolasepak. Aku percaya kita mampu melangkah dengan lebih jauh lagi. Suatu hari nanti kita mampu menyarung jersi kita sendiri pada peringkat dunia.

Tak lupa nak bagi credit lebih sikit buat Khairul Fahmi aka Apek. Terfikir jugak kenapa Rajagobal tak turunkan Apek masa kat Jalan Besar hari tu. Takkanlah sebab tak percaya kat Apek lepas kalah dengan Liverpool hari tu. Tettttt...

Hmmm..Puisi yang kawan aku cipta. 

ketiadaan NORSHAHRUL
amat dirasai,
ketangkasan APEK bkn tndingan SHARBINI,
tiada ape drpd ABDUL HADI,
masuknya FAKRI mnyakitkan hati,
kpincangan prtahanan kerap tjadi,
pjuangan HARIMAU sdah pn mati,
kini SINGA brgembira menari,
K RAJAGOPAL, APA SUDAH JADI,
ke mana prginya SHAKIR SHAARI,
bgitu juga RIZAL FAHMI,
BADROL hnya ilusi,
ASHAARI skadar mmanaskn kerusi,
bkn brcakap kerana NEGERI,
ini dilihat melalui PRESTASI..

Aku kira ada benarnya. Pendapat masing-masing. No offence. Tetttttt.


Ape pun MALAYSIA BOLEH. 

Wednesday, July 27, 2011

aku suka lelaki itu

assalamualaikum..

Aku jatuh cinta. Jatuh cinta dengan suara lunak itu. Jatuh cinta dengan alunan yang berkumandang pada setiap pagi. Indahnya alunan yang didendangkan oleh lelaki berbaju putih. Berpakaian serba putih semuanya. Ada yang baru menuju ke masjid. Ada juga yang berlari-lari sambil memegang kitab Al-Quran kalam Allah. Ada yang tersenyum melihatku. Dan aku sentiasa membalas senyuman itu.

Tepat pukul 11.00 pagi pada setiap hari lelaki berbaju putih itu akan datang ke arahku. Sukanya aku. Ada masanya kami akan berbual panjang. Bercerita itu dan ini. Tak kering gusi aku dibuatnya. Ada jer cerita lelaki berbaju putih itu yang buat aku ketawa. Hilang seketika keresahan hati ini.

Kadang-kadang lelaki berbaju putih itu marah kepadaku sebab tak bagi apa yang diinginkan. Iyerlah. Minta apa yang tak patut diminta. Memanglah aku tak bagi. Tapi aku tetap suka lelaki itu. Eleh, kejap jer pun marahnya. Nanti dia akan datang lagi kepadaku.

Bukan senang aku nak suka dekat orang nie. Tapi dengan mereka senang jer aku nak suka. Tengok muka suci bersih semuanya.

Lelaki yang berbaju putih itu ada kalanya suka mengusikku. 

" Saya nak ngorat awak boleh ?"

Dan aku,

" Of course lah boleh, saya masih single lagi tau"

Mereka ketawa lalu pergi meninggalkan aku meneruskan kerja-kerja aku sebagai KERANI di SEKOLAH TAHFIZ TARBIAH DINIAH, Tumpat, Kelantan.

Tak lama lagi aku akan meninggalkan mereka yang berbaju putih itu. Errrr. Berjubah putih lebih sesuai rasanya. Mereka adalah pelajar tahfiz sebenarnya. Sedihnya hati meninggalkan mereka yang kuanggap seperti adik-adikku sendiri.

Wednesday, July 13, 2011

'rakyat' ARSENAL di MALAYSIA

Assalamualaikum..

Tahniah buat team Arsenal kerana menang menentang Malaysia 4-0. Owh, aku taknak cerita sape gol, macamana game tu berlangsung, awat Apek tak dapat nak halang bola.

Aku cuma pelik, ramai sangat ke 'rakyat' ARSENAL bermastautin di Malaysia nie? Sampaikan warna merah membanjiri stadium.Tapi muka sorang-sorang nampak macam orang Malaysia jer yang menyarung jersey Merah. Bangga sangat dengan FLY EMIRATES tuh.

Bagi aku dalam setiap permainan sukan terutamanya permainan bola sepak sokongan padu daripada penyokong sangat penting. Sorakan penyokong boleh menaikkan semangat pemain. Mungkin team lawan hebat, tapi sokongan tetap kuberikan kepada pasukan tanah airku dan bukannya team gergasi yang terer lagi power itu.

Aku fan MU. Tapi kalau Malaysia lawan MU aku tetap akan sokong MALAYSIA.

Bangga bila aku tengok omputeh nie memakai jersey MALAYSIA. Tak malukah kita sebagai rakyat Malaysia melihatnya. Jersey Liverpool, Arsenal atau mane-mane team boleh pulak beli tapi korang ada ke jersey MALAYSIA? 

go more MALAYSIA go more
 (pict from page bolasepak kelantan 2011)
Tapi itu hak masing-masing. Mana boleh aku nak komen atau komplen lebih-lebih kan. Harap Malaysia leyh perform dengan baik lagi lawan LIVERPOOL nanti.

Errr. Mungkin ada yang takut dengan perhimpunan BERSIH sebab tu ramai yang tak nak pakai baju kuning malam tadi. Tettttttt.


p/s : sahabat aku telah sedar daripada koma subuh tadi. Alhamdulillah.