Saturday, November 10, 2012

Ada apa dengan Maggi


Maggi paling digemari pelajar-pelajar universitas tak kira dalam dan luar negara tatkala tengah sengkek terutamanya di hujung sem. Aku pernah mengalami keadaan ini. Kau pun pernah jugak kan??

Maggi.

Cepat di masak, Sedap di makan !

Sesuai dengan tagline nya. Itulah realiti. Tatkala malas nak masak apa-apa or tak reti masak apa-apa. Maggi adalah penyelesaian terbaek.

Campak bawang putih, bawang merah, cili merah, lauk pauk, sayur !

Siap !


Alhamdulillah..


Habis licin.

Teima kasih maggi kerana hadir dalam hidup aku. Kau memang enak. All da best. HAHA

Wednesday, November 7, 2012

Diari Seorang Penganggur

Assalamualaikum.

Fuhhhhh.  Lama tak jenguk blog. Janji hanya tinggal janji. Janji tahi kucing. Konon nak update blog tiap-tiap hari lepas habis final exam hari tu. Gwa tipu. Ain pentipu !!!!!

Dah 2 bulan rasanya aku duk menganggur ni. Since raya puasa sampailah raya haji nie. Perghh, gila best duk rumah saje-saje. Makan, minum, tidur dan berak di jaga rapi tanpa keluarkan sesen duit dari poket aku yang memang takde duit nie. Inilah di katekan syurga dunia. Duk rilex tak payah buat apa-apa. Goyang kaki, mata tengok MasterChef2 tiap-tiap malam. Ohhhh! Heaven gwa cakap luu.

Tapi sampai bila lah nak harap duit mak bapak. Umur aku dah 22 tahun. Yer aku tahu masih muda, mentah, kiut dan miut. Tapi aku ni bukannya anak yang kejam sangat tiap-tiap minggu mintak nak duit untuk topup Celcom yang kadang-kadang line macam siput babi. Duk jalan slow-slow macam nak buat free show.


Yerrrr. Aku harus bangkit! Hayya ala ffalah. Marilah kita menuju kejayaan. Wake up la Ain.

Dengan keupayaan yang ada siang malam aku on9. Bertemankan twitter dan facebook yang semakin membosankan jiwa, aku mencari pekerjaan di sekitar Jobstreet, Jobcentral, Jobrapido, sehinggalah ke Jobtwitter, JobFB dan Jobskype. Penat oh cari kerja. Tu belum kerja lagi. Bayangkan. HAHA


Dengan pencarian tu dapatlah beberapa called dari warga Melayu yang perasan Mat dan Minah Salleh. Speaking bagai. Ingatkan aku tak reti nak speaking ke?? Aku mengeluarkan segala kebolehan English Communication yang aku ada sampaikan yang tepon tu tak paham apa aku cakap rasanya. #OhMyEnglishh ! Sangat teruk. huhu

Part sedih....

Dah pergi beberapa interview tapi tak dapat pun kerja tu. Sobs sobs. Penantian itu satu penyeksaan. Kesian aku. 2 bulan menganggur. Nak shopping giler-giler tapi takde duit. Lagi kesian.


So, sekarang aku rembat jer kerja apa-apa. Yang tak relate dengan apa aku belajar pun. Tapi takpelah. Asal aku ade income. Pergi interview. Dapat. Gaji pun ok. So, lets move ! Zaman macam ni kerja tak boleh memilih sangat. Tambah-tambah result aku tak berapa nak kedaboom sangat. Tapi aku rasa kerja tu pun ok. Penuh dengan misteri kerja tu.

Kerja apa? Nanti aku update selepas officially aku start kerja. Nanti adelah idea sikit nak update blog. Ni macam haram duk fikir mende lah aku nak update. LOSS !

Tak sabar tunggu hari konvo 6 December nie. Nanti boleh baling-baling 'topi' reramai. Nanti dapat bear. Nanti dapat bunga. OKbai <3 br="br">



Thursday, June 28, 2012

luahan perasaan di semester akhir

Assalamualaikum..

Agak lama jugaklah rasanya aku tak update blog ni. Nak kata busy memang busylah. Tapi banyak jer pun masa terluang. Well, sekarang ni agak busy dengan FYP. Kadang-kadang macam stress la jugak nak hadap benda alah ni. Tapi demi nak grad sem ni terpaksa bertungkus lumus la jugak.

Nak grad dah?? Insyaallah. Kalau semua paper sem ni tak de yang FAILED. Mohon dipermudahkan semua urusanku Ya Allah. Sekarang ni jugak aku tengah menghadapi FINAL EXAM. Tiba-tiba rasa tak berapa nak semangat. Aku rasa lebih banyak aku study untuk test daripada exam kali nie. Rasa macam bukan final. Ntahlaa. Mungkin mood sedih kot sebab nak tinggalkan UiTM serta kawan-kawan terchenta.

Actually banyak cerita untuk semester ni aku tak cerita kat sini. Banyak banyak banyak sangat. Peristiwa pergi Gunung Ledang yang tiba-tiba terserempak dengan Tok Janggut.  Aku dan bebudak course aku masuk TV. Nampak macam bagus kan. Tapi semuanya memang bagus. Rasanya kenangan untuk semester ni paling bernilai. Rasa rugilah pulak tak gantung kat blog ni.

"Bajet orang nak baca sangat cerita kau ain weyh?"

Haha. Takpelah janji aku baca balik boleh buat aku tersenyum.


YES! YES! Masa sangat berharga sekarang. I know that. Dan aku buat derk jer. Kadang-kadang rajin. Kadang-kadang terlampau malas. Takdelah pulak terlampau rajin kan. Risau jugak dengan diri aku sebenarnya. HEHE.

Apa yang aku nak sekarang dapat GRAD on time. Dapat kerja yang bagus. Balas jasa parent aku. Insyallah. Aku berharap sangat-sangat supaya Allah mempermudahkan perjalanan hidup aku ni. Sebenarnya, lepas grad pun agak takut jugak. Takut dengan persekitaran baru. Takut tak dapat kerja. Tapi yang pasti rezeki Allah ada di mana-mana.

Banyak benda kena pikir sebenarnya. Setakat ni sahaja luahan perasaan aku kali ni yer. Kena sambung berfikir dan merancang masa depan. OK bai :D

p/s :: Doakan aku dapat jawab final exam dan dapat result yang cemerlang nanti. :D