Wednesday, November 7, 2012

Diari Seorang Penganggur

Assalamualaikum.

Fuhhhhh.  Lama tak jenguk blog. Janji hanya tinggal janji. Janji tahi kucing. Konon nak update blog tiap-tiap hari lepas habis final exam hari tu. Gwa tipu. Ain pentipu !!!!!

Dah 2 bulan rasanya aku duk menganggur ni. Since raya puasa sampailah raya haji nie. Perghh, gila best duk rumah saje-saje. Makan, minum, tidur dan berak di jaga rapi tanpa keluarkan sesen duit dari poket aku yang memang takde duit nie. Inilah di katekan syurga dunia. Duk rilex tak payah buat apa-apa. Goyang kaki, mata tengok MasterChef2 tiap-tiap malam. Ohhhh! Heaven gwa cakap luu.

Tapi sampai bila lah nak harap duit mak bapak. Umur aku dah 22 tahun. Yer aku tahu masih muda, mentah, kiut dan miut. Tapi aku ni bukannya anak yang kejam sangat tiap-tiap minggu mintak nak duit untuk topup Celcom yang kadang-kadang line macam siput babi. Duk jalan slow-slow macam nak buat free show.


Yerrrr. Aku harus bangkit! Hayya ala ffalah. Marilah kita menuju kejayaan. Wake up la Ain.

Dengan keupayaan yang ada siang malam aku on9. Bertemankan twitter dan facebook yang semakin membosankan jiwa, aku mencari pekerjaan di sekitar Jobstreet, Jobcentral, Jobrapido, sehinggalah ke Jobtwitter, JobFB dan Jobskype. Penat oh cari kerja. Tu belum kerja lagi. Bayangkan. HAHA


Dengan pencarian tu dapatlah beberapa called dari warga Melayu yang perasan Mat dan Minah Salleh. Speaking bagai. Ingatkan aku tak reti nak speaking ke?? Aku mengeluarkan segala kebolehan English Communication yang aku ada sampaikan yang tepon tu tak paham apa aku cakap rasanya. #OhMyEnglishh ! Sangat teruk. huhu

Part sedih....

Dah pergi beberapa interview tapi tak dapat pun kerja tu. Sobs sobs. Penantian itu satu penyeksaan. Kesian aku. 2 bulan menganggur. Nak shopping giler-giler tapi takde duit. Lagi kesian.


So, sekarang aku rembat jer kerja apa-apa. Yang tak relate dengan apa aku belajar pun. Tapi takpelah. Asal aku ade income. Pergi interview. Dapat. Gaji pun ok. So, lets move ! Zaman macam ni kerja tak boleh memilih sangat. Tambah-tambah result aku tak berapa nak kedaboom sangat. Tapi aku rasa kerja tu pun ok. Penuh dengan misteri kerja tu.

Kerja apa? Nanti aku update selepas officially aku start kerja. Nanti adelah idea sikit nak update blog. Ni macam haram duk fikir mende lah aku nak update. LOSS !

Tak sabar tunggu hari konvo 6 December nie. Nanti boleh baling-baling 'topi' reramai. Nanti dapat bear. Nanti dapat bunga. OKbai <3 br="br">



No comments: