Sunday, October 9, 2011

fenomena bulan dikelilingi bulatan besar

di ambil di rumah 4 tingkat. sekyen 7 shah alam. 
 assalamualaikum...

tadi baru lepas pulang dari 'air siti' aku terbuka  muka buku. ramai yang buat status pasal bulan bergelang. apakah?

segenap housemate aku serta beberapa makhluk yang menumpang tido dekat rumah aku meluru keluar menuju bahagian rumah yang tiada bumbung untuk mengusha bulan tersebut. YESSS ! memang nampak. sangat teruja sebenarnya.

gambar di atas member aku snap. pakai kamera biasa jep. bukan DSLR dan takde application 360 pun.tak macam korang snap gambar guna kamer canggih manggis. lepas tu post dekat muka buku

 * itew amik picture nie. cantiknyewww. phone iteww ade application 360 *

hmmm. untung la kan. aku mampu pakai nokia n3310 series jep.

ade orang kabo kat aku fenomena ni dah banyak kali berlaku. tapi ni first time aku tengok. maklum lah aku ni memang jakun. tak payah nak beriya sangat bagitahu kau dah tengok benda ni 10 kali. hmmmm. riak riak :D

menurut kawan aku. entah dia google kat mana :

fenomena halo !
google translate yer kalau x paham.
member aku yang sorang lagi cakap tu sebenarnya fenomena MOONBOW. ape tu? taip kat google jer la. korang pun ade internet jugak kan. jangan jadi malas la der!

menurut seorang ahli sains yang tak bertauliah,


hahhaha. pandai-pandar jer kan. tapi at least ada juga yang berfikir bagaimana kejadian ni boleh berlaku. tak kira lah lojik ke tak :D

p/s : YESSS ! akhirnya aku berjaya hupdate blog.
p/s/s : jom ! join aku di twitter ainrevival.


Sunday, October 2, 2011

bukan kata-kata hikmah !

assalamualaikum...

ini beberapa kata bukan hikmah yang aku nak kongsi bersama-sama kalian semua. Aku jumpa semua ni kat Facebook. aku rasa ianya sangat STYLO !




sangat busy sekarang ni dengan pelbagai assignment.

1) praktikal punya report

2) lab punya report

3) Final year project (FYP)



OK bye babe !


Saturday, October 1, 2011

hati-hati apabila menggunakan PC di cyber cafe

Assalamualaikum..


Pengumuman ! Pengumuman ! Perhatian kepada segenap manusia yang suka online di cyber cafe.


Hanya nak ingatkan. sebelum korang nak guna PC kat cybercafe pastikan korang check device ni sama ada disambungkan dekat CPU atau tak. Menatang ni namanya Keystroke. Selalunya di cucuk di hujung cable keyboard yang menghubungkan ke PC. Fungsinya adalah untuk menyimpan semua data yang telah diketik oleh keyboard PC tersebut.


Menatang ni selalunya digunakan di cyber cafe, pameran hotel dan airport. So, kepada kengkawan berhati-hatilah menggunakan internet di tempat tersebut terutamanya apabila mahu mengakses account bank online atau website yang penting dan dianggap personal.


Sebagai contoh. Apabila anda masuk ke account bank anda secara online, black device akan menyimpan segala data yang telah anda layari. Apabila anda meninggalkan PC tersebut, orang lain dengan senangnya dapat mengakses akaun bank tersebut. Simple like that.


Make sure u all check your PC first before use it. 


Semoga apa yang diberitahu ni menjadi peringatan buat semua.


*source : Info Tech UiTM Caw. Kelantan.


OK bye babe !