Friday, June 10, 2011

Ujian Allah......

assalamualaikum..

Dalam hidup ni mesti ada masa yang kita rasakan diri kita ni tidak sempurna. Mungkin disebabkan terlalu banyak masalah yang menimpa ataupun bebanan tanggungjawab yang besar. Ada juga yang merasakan diri mereka seorang yang loser tatkala tidak dapat menanggung atau menyelesaikan masalah dan tekanan yang dihadapi.



contoh sahaja..

Walau apapun yang kita rasakan, walau apapun bebanan dan masalah yang kita hadapi ingatlah Allah sentiasa berada di sisi kita. Dekatkan diri kita kepadaNya. Insyaallah hidup kita akan lebih tenang dan bahagia. 

Setiap manusia di muka bumi ini tidak akan lepas daripada ujian Allah. Tapi ingatlah Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya sendiri. 

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) .


Usah cepat berputus asa tatkala ujian datang. Seharusnya ujian tersebut menjadikan kita lebih kuat dan tabah dalam menjalani liku-liku kehidupan ini.

Never stop, never give-up, never surrender !


p/s : Dulu aku banyak cita-cita. Antaranya nak jadi ustazah. HAHA

Thursday, June 9, 2011

Tak semua yang kita nak kita akan dapat.

assalamualaikum..

Dalam hidup ini kita tidak lepas untuk mendapatkan apa yang kita nak. Seringkali juga kita meminta-minta tatkala menginginkan sesuatu.










Tapi kadangkala tak semua yang kita nak kita akan dapat. Mungkin perlukan usaha kita sendiri untuk mendapatkannya. Jika berusaha Insyaallah kita akan dapat. Apa yang kita dapat melalui usaha sendiri adalah lebih berharga dan bahagia sebenarnya.

*Lu langsi Lu mati* apa maksud ayat tu sebenarnya? Ak tak tengok pun cite KONGSI. huhu

Wednesday, June 8, 2011

geram dengan sorang mamat ni

assalamualaikum..


Bagi salam dulu.. Ambil berkat sebelom nak marah orang.. Tapi siyesly aku geram sangat dengan mamat nie.









ni sebab semuanya gara-gara hang buat hal kat FB


Ada ke patut buat group untuk blog aku. Seriously hang memang gilerr! Dah berzaman buat baru hari ni aku tahu. Nasib baek yang dia add tu kawan-kawan jep. 

Actually aku takdelah nak marah dan geram sangat. Aku  tergolek-golek gelak adalah. Geli hati baca post yang kengkawan bagi kat group tu. SENGAL.

 Mohd Farid Mohd Fuad. Siaplah jumpa hang kat Shah Alam nanti! Tau la apa aku nak buat. HAHA. Errr. Dia pesan kalau korang nak add dia ADD la kat FB ek. Nanti dia approve.

p/s : tak layak lagi nak ada group ni. Blog tak femes. Huk huk!