Tuesday, February 7, 2012
mamak sekarang layan k-pop.
K-pop ! k-pop! k-pop !
sini sana sibuk membicarakan perihal artis-artis korea tersebut. naik muak aku dengar. eh eh, aku bukannya anti k-pop pun tapi kurang berminat jer.
kawan-kawan aku bukan main lagi ketawa tak ingat dunia tengok running man. tapi aku wat derk jep. kontrol ayu la kononnya. bukan taknak tengok tapi tak berminat. tapi aku sure kalau aku tengok sekali aku akan tengok lagi lepastu. ADDICTED!
yang paling tak boleh blahnya bukan setakat Melayu, Cina je yang layan k-pop. mamak pun layan wey. semalam kiteorg lepak kedai mamak sekitar pusat komersial, Seksyen 7. dyeorang buka channel bape entah tapi channel tu dup tayang muzik k-pop pah ceroh.
kawan aku sorang panggillah mamak tu suruh tukar channel tapi dy wat derk jep. angguk-angguk tapi tak tukar pun. geram betol laa. mungkin diaorang ingat customer yang lain terhenjut-henjut menari ikut muzik k-pop tu ke. huh. ngoi betul.
hmm. sekarang fenomena k-pop. mamak pun tak ketinggalan nak layan gak.
p/s ; yang ni memang tak boleh nak tipu. mamat-mamat k-pop semua hensem tahap gapan. minah-minag dia pun kiut miut jer. macam puteri salju jer.
Labels:
k-pop
Wednesday, February 1, 2012
pesanan buatmu wahai lelaki
♥ Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
♥ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
♥ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya..
by Ustaz Azhar Idrus
dalam hidup ini lelaki dan perempuan diciptakan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. lengkaplah ia dengan niat yang baik. tetapi zaman sekarang, aku rasa dah kurang da mereka yang bercinta dengan niat nak kahwin. bercinta bagi memenuhi nafsu semata-mata banyaklaa sekarang. ye dak?
kalau tak takdelah banyak kes pasal pembuangan bayi sekarang. takdelah kes-kes zina yang berlaku.
kepada lelaki. silalah mencari kekasih untuk dijadikan bakal isteri. janganlah sebagai mengisi masa lapangmu sahaja. bila dikehendaki didekati, bila rasa bosan ditinggalkan.
kepada kaum adam sila mencintai dirinya dengan ikhlas, niat kerana Allah. Insyaallah, hidupmu pasti akan bahagia.
Labels:
kasih sayang,
kata-kata hikmah,
lelaki,
ustaz azhar idrus
Subscribe to:
Posts (Atom)

