Showing posts with label pelaris. Show all posts
Showing posts with label pelaris. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

restoran terkenal seksyen 7, Shah Alam berhantu?

assalamualaikum...

mesti korang yang selalu lepak kat area seksyen 7 tertanya-tanya kan restoran tu kat mana....? kenapa tak pernah dengar pun benda nie..

aku dapat cerita nie melalui kawan aku..katanya ada seorang ustad makan kat restoran tettttttttttt kat seksen 7 tuh..beliau order la apa yang beliau nak makan...selepas order tu mata dia tertumpu ke arah periuk yang di dalam restoran tersebut....

alangkah terkejutnya beliau apabila terlihat satu lembaga yang menjijikkan berhampiran dengan periuk tersebut...muka lembaga itu sangat buruk lagi jijik...sukar untuk digambarkan.....( member aku cerita sampai situ jep)

mungkin bagi korang nie cerita yang takde apa-apa...tapi bagi aku yang hampir setiap hari lalu kat restoran tuh mesti akan meremang jugak laa...iyer laa..bagaimana kalau tiba-tiba  muncul lembaga tuh melayang kat atas kepala aku..mau aku pengsan kat situ...

aku pernah gak makan kat restoran tettttttttttttt tuh dan pendapat aku yang serba jahil dan banyak songeh tentang masakan nie taklah sedap sangat pun..tapi setiap hari memang penuh la orang yang datang makan kat situ...tak kira siang atau malam..baru-baru nie restoran tuh ada bukak satu cawangan baru..area yang sama jugak...dan dua2 restoran tuh masih dipenuhi orang ramai....

member aku cakap kemungkinan kedai tersebut mengamalkan pelaris..persoalannya sekarang apakah hukum menggunakan pelaris tersebut...??

dan aku terus check google...dan ini jawapan yang aku dapat...


Khurafat sekiranya mempercayai sesuatu itu boleh mendatangkan keuntungan atau kebaikan, seperti yang kita maklum dengan berusaha sahaja Allah SWT akan mengizinkan sesuatu itu dengan kehendakNya. Sekiranya kita mempercayai benda lain selain dari kuasa Allah SWT ditakuti ia boleh merosakkan aqidah kita sebagai umat Islam.
Adalah lebih baik sekiranya mengamalkan ayat-ayat Al-Quran dan dijadikan doa dalam kehidupan seharian. Ini kerana ayat-ayat Al-Quran telah jelas dan mencukupi kehebatannya tanpa perlu ditokok dengan sesuatu perkara atau benda lain untuk dijadikan simbol atau alat yang kononnya dapat memberi keuntungan.
 wallahua'lam.. ( diciplak dari website soaljawab.jais)

  
p/s : sejauh mana kebenaran cerita ini..?? Wallahualam....mungkin ada orang yang sengaja mengadakan cerita kerana iri hati dengan kemajuan restoran berkenaan...

p/s/s : kalau berniaga janganlah mencari jalan mudah...walaupun duit datang bertimbun tapi kalau tiada keberkatan tiada gunanya juga....