assalamualaikum...
bahaya datang tanpa diundang..tanpa kita sedar yang ianya akan berlaku...itulah yang berlaku pada aku tadi..lebih kurang 6 petang tadi..untuk pertama kalinya mr BKR7698 aku terbabas...dikala hujan yang lebat..ditambah dengan laluan berbukit dan jalan yang sesak di pintu keluar UiTM membuatkan aku tak dapat nak mengawal mr BKR7698...ketika itu aku baru balik dari senam tari bersama naib canselor UiTM..aku dengan gembiranya menari-nari serta bergolek bagai nak rak tanpa mengetahui bahaya yang akan belaku nanti..kalau lah aku dapat meramal masa depan mungkin kejadian ini tak akan berlaku..mungkinkah??
| oh ! gembiranya aku sebelum kejadian ni berlaku!! |
walaupun aku jatuh dari mr BKR7698 di khalayak ramai..tapi aku tak rasa malu sezarahpun...mungkin aku cuak sangat dan takut sangat...nasib baik tak ade kereta di belakang..kalau tak mungkin aku dah jadi arwah sekarang...aku hanya diam dan mencuba bangun dengan sendiri..namun gagal..bersyukur kerana teman-teman ada di sisi waktu tu..kalau tak mesti aku pura-pura pengsan di tempat kejadian untuk meraih simpati orang walaupun hujan lebat dikala itu...thanks yer kawan-kawan terima kasih ugak kepada lecturer SSPU kerana sudi mengangkat mr BKR7698 aku..sob3...Alhamdulillah..aku masih hidup dikala ini..cuma ada kesan lebam-lebam jep di badan...
| yogurt bliss.. |
aikkkkk!!apa kena mengena kisah accident aku tadi dengai air BLISS nie...tentulah ada ..teruskan membaca yep kisah seterusnya...kisah sebelum accident ...selepas tamat senam tari tadi kiteorang dapat air bliss free...nie air favourite aku...dengan tamaknya aku ambil dua air nie...member aku pun ada yang amik lebih..so, apa kaitannya??aku terfikir..mungkin ada yang tak dapat air nie kerana aku ambil lebih..mungkin lagi ada dalam kalangan mereka yang berdoa supaya sesiapa yang amik air lebih ditimpa bala...dan aku terkena bala itu doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan kan..hmmm..memang padan muka aku..tak pasal-pasal dapat sakit..sob3...
alhamdulillah..aku terselamat dari kemalangan itu..walaupun mr BKR7698 aku sedikit tercedera..aku sangat bersyukur kerana dipanjangkan umur kerana aku masih belum cukup amal jariah untuk pulang awal ke alam yang lain..
![]() |
| alhamdulillah...aku masih dapat menghadiri lcture selepas kemalangan itu... |
.malang tidak berbau...sentiasalah berhati-hati dengan apa yang kta buat kerana kita tidak tahu apa bahaya yang menanti kita..pandulah dengan selamat..ingatlah orang yang tersayang....
p/s :: doakan ain cepat pulih yer dari sengal-sengal kat badan nie..sakit..:(
