Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Monday, August 8, 2011

Islam itu mudah

assalamualaikum..

Aku tertarik dengan satu post daripada member aku kat FB tadi tentang solat.


Pelajar : Ustaz, saya tak boleh kena air. Macam mana nak solat.....?

Ustaz : TAYAMUM!!!...

Pelajar: ustaz, saya tak boleh berdiri.....

Ustaz : DUDUK!!!

Pelajar : ustaz, kaki saya tak boleh lipat.....

Ustaz : duduk atas kerusi!!!

Pelajar : ustaz, tak boleh duduk atas kerusi, ada bisul.....

Ustaz : BARING dan gunakan mulut!!

Pelajar : ustaz, tak boleh gerakkan mulut....

Ustaz : solat dengan SYARAT iaitu guna MATA!!!

Pelajar : guna mata pun tak boleh ustaz....

Ustaz : solat guna HATI!!!

Pelajar : kalau masih tak boleh guna hati....

Ustaz : BUNGKUS bawa ke KUBUR!!

 
Lihatlah. Betapa indahnya Islam. Sentiasa memudahkan umatnya dalam segala hal. Rasanya takde alasan untuk kita tidak menunaikan ibadah itu. Islam memberi kita kemudahan serta kelonggaran. Cuma bergantung kepada diri kita untuk menunaikannya atau tidak.


Ingatlah solat itu tiang agama. Sesiapa yang meninggalkannya dia akan meruntuhkan agama.