assalamualaikum...
Korang pernah bercinta? Pernah putus cinta? Apa korang buat apabila putus cinta? Adakah korang menangis berhari-hari meratapi nasib, ambil pisau kemudian tikam kamu punya ex ataupun jalan yang lebih mudah ambil pisau tikam diri sendiri.
Aku teringat masa sekolah dulu. Ada kawan sehostel dengan aku dulu menyelar tangan sendiri gara-gara putus cinta. Aku tak tahu apa perasaan dia masa tu sampai sanggup buat camtu. Bagi aku kalau menangis tu perkara biasalah. Tapi kalau sanggup mencederakan diri sendiri kerana putus cinta itu adalah satu perkara yang tersangat bodoh.
Macamlah hidup kau akan musnah kalau putus cinta. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum wey !
Kita sepatutnya sedar yang masih ramai lagi orang yang sayangkan diri kita. Kita masih ada keluarga dan rakan-rakan. Tak sayang diri sendiri pun ingatlah orang yang sayangi kita.
Fikir positif. Kalau kamu tiba-tiba jumpa ex kamu dengan teman baru jangan la nak melalak bagai. Senyum la padanya. Jangan tunjukkan yang korang tu macam tak boleh hidup tanpa dirinya.
Kenapa korang tak boleh melalak bila jumpa ex korang dengan someone else?
"Never get mad when you see your ex with someone new..
Because your parents have always tought you to give your old toys to less fortunate.."
HAHAHAHA. Betul kan?
Yang paling penting janganlah korang menyayangi sesuatu melebihi sayang kamu kepada Yang Maha Esa.
Ok bye babe !
3 comments:
betul2
ingatkan diri pada yang maha mengetahui
betul tu...kena ada kekuatan diri.jgn fikir yg bodoh2.itu bkn jodoh kita
yup betol...
jgn smpi cinta sesama manusia melebihi cinta pada Yang Esa
Post a Comment