Thursday, June 28, 2012

luahan perasaan di semester akhir

Assalamualaikum..

Agak lama jugaklah rasanya aku tak update blog ni. Nak kata busy memang busylah. Tapi banyak jer pun masa terluang. Well, sekarang ni agak busy dengan FYP. Kadang-kadang macam stress la jugak nak hadap benda alah ni. Tapi demi nak grad sem ni terpaksa bertungkus lumus la jugak.

Nak grad dah?? Insyaallah. Kalau semua paper sem ni tak de yang FAILED. Mohon dipermudahkan semua urusanku Ya Allah. Sekarang ni jugak aku tengah menghadapi FINAL EXAM. Tiba-tiba rasa tak berapa nak semangat. Aku rasa lebih banyak aku study untuk test daripada exam kali nie. Rasa macam bukan final. Ntahlaa. Mungkin mood sedih kot sebab nak tinggalkan UiTM serta kawan-kawan terchenta.

Actually banyak cerita untuk semester ni aku tak cerita kat sini. Banyak banyak banyak sangat. Peristiwa pergi Gunung Ledang yang tiba-tiba terserempak dengan Tok Janggut.  Aku dan bebudak course aku masuk TV. Nampak macam bagus kan. Tapi semuanya memang bagus. Rasanya kenangan untuk semester ni paling bernilai. Rasa rugilah pulak tak gantung kat blog ni.

"Bajet orang nak baca sangat cerita kau ain weyh?"

Haha. Takpelah janji aku baca balik boleh buat aku tersenyum.


YES! YES! Masa sangat berharga sekarang. I know that. Dan aku buat derk jer. Kadang-kadang rajin. Kadang-kadang terlampau malas. Takdelah pulak terlampau rajin kan. Risau jugak dengan diri aku sebenarnya. HEHE.

Apa yang aku nak sekarang dapat GRAD on time. Dapat kerja yang bagus. Balas jasa parent aku. Insyallah. Aku berharap sangat-sangat supaya Allah mempermudahkan perjalanan hidup aku ni. Sebenarnya, lepas grad pun agak takut jugak. Takut dengan persekitaran baru. Takut tak dapat kerja. Tapi yang pasti rezeki Allah ada di mana-mana.

Banyak benda kena pikir sebenarnya. Setakat ni sahaja luahan perasaan aku kali ni yer. Kena sambung berfikir dan merancang masa depan. OK bai :D

p/s :: Doakan aku dapat jawab final exam dan dapat result yang cemerlang nanti. :D










Saturday, April 14, 2012

Anugerah Allah SWT

assalamualaikum..

Hai. Dapat Baby baru. Bukan baby aku. Baby abang aku.

Alhamdulillah. Tanggal 8 April 2012 bertambah seorang lagi ahli keluarga aku. Lahirnya bayi kecil ini dinanti oleh bapaknya iaitu abang aku. Yer la. Anak sulung katakan. Berdebar dan excited lebih mungkin.


Actually, masa scan doktor cakap baby boy. Tapi tup tup baby girl yang keluar. Persiapan banyak di lakukan untuk baby boy sebenarnya. Kuasa Allah kan. Terbukti yang kuasa manusia terbatas. Kita boleh merancang, meramal tapi Allah yang akan tentukan segalanya.

Anak adalah anugerah Allah. Rezeki yang Allah bagi dekat kita. Diharapkan dengan kehadiran si comel ni akan lebih memeriahkan lagi keluarga besar kami.

For my beloved brother :

“Tidak ada suatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang baik”. (Riwayat at-Tirmidzi).

p/s : tak sabar balik kampung weekend ni. Jumpa Hajar Aqilah :D

Saturday, April 7, 2012

misteri rumah flat seksyen 7

assalamualaikum...

Tajuk taknak kalah kan. Macam cerita hantu. Tapi sebenarnya tak pun. Tapi memang misteri jugaklah. Baru-baru ni rumah aku telah terjadi beberapa perkara yang pelik.

Beberapa minggu yang lepas ada orang buat dajal dengan memangga pintu rumah aku. Mangga bukannya mangga kecik. Tapi besar gedabak. Lepas habis kelas balik rumah ingatkan boleh bersantai melelapkan mata. Tapi malangnya tak boleh masuk dek pintu rumah di mangga orang. hampir empat jam bertungkus lumus cari akal macamana nak handle masalah ni.

Lagi malang bila sorang member aku terperangkap dalam tu. Dah la ade kucing sekor sama geli nak terperangkapjugak. member aku tu dahla anti kucing. So, imagine lah sendiri bagaimana keadaan beliau masa tu berdua-duaan dengan kucing tersebut. Kesian. Dia terpaksa ponteng kelas sebab tak dapat keluar. Suka sebenarnya ade sebab untuk ponteng kan. HEHE

ni la mangga dia. Otak takde ke orang yang letak benda ni.
Polis pun 1 hal. Kiteorang pergilah balai polis kononnya nak cari bantuan. Bukannya nak tolong kiteorang tapi buat dunno jer. Gerammmmm. Ada ke patut dieorang suruh kiteorang handle sendiri. Pergi minta tolong orang lain. Dem la polis tu.

At last kiteorang pergi kedai hardware. Abang cina tu bagi no tepon sorang pakcik yang boleh potong mangga tu. Tukang besi la kot. Akhirnya kami berjaya masuk ke rumah dengan bantuan pakcik tu. RM15 charge. Tak kisahlaa. Asalkan dapat masuk rumah.

Tapi masih menjadi tanda tanya sape yang membuat dajal dekat kiteorang. Kalau ada kiteorang buat salah, bagitahu sajelah. Tak perlulah sampai nak dengki macam tu. Macam nak gila kiteorang fikir nak buat ape masa tu. Huh.


Dua tiga empat hari lepas tak tahu siapa empunya diri yang bemurah hati letak CD alleycats dan lagu rapper kat gril pintu rumah aku. Tak tahulah takut diaorang nak tumpang letak atau tersalah letak. Tapi kenapa kat pintu rumah aku!!!!!

Member aku lah nak keluar makan. Buka pintu tiba-tiba 2 keping CD ni jatuh. 

inilah cd nya.

Macam-macam betullah. tapi cuak jugak takut CD tu CD mandrem. Takkan naya tuh. Minta dijauhkan laa dengan benda-benda macam tu.

Semester lepas ada orang yang buat dajal dengan menyekat bekalan air rumah kiteorang. Taktahu macamana dyeorang buat. Mula-mula ingat memang bekalan air kat rumah kiteorang kena potong. Tapi kiteorang tak pernah pun miss bayar. Terpaksa telefon tuan rumah suruh tengokkan. tuan rumah kata ade orang letak something kat meter air tu. Entahlah, aku pun tak berapa paham jugak tuan rumah tu explain. Tapi memang kerja orang yang NGOI laa.

Time tu final exam kot. 3 hari jugaklah kiteorang tumpang kolej kawan sekelas disebabkan takde air. Kusut gila masa tu. Dengan duduk secara haram kat kolej. Dengan final exam time tu. Rumah macam tongkang pecah. Pinggan mangkuk tak terbasuh. Serabut.

Tak sangka masuk semester ni ada lagi yang nak buat dajalkan. Entah apa silap kami..

Kalau pihak yang membuat kerja tak pekdah tu just for fun boleh tahan lagi la kot. Maybe kerja budak-budak nakal. Cuma aku risau ada yang berniat tak baik kat kiteorang. Almaklumlah kami berenam ni pompuan. Pertahanan tak kuat. Takut benda-benda tak elok berlaku. Nauzubillah.

Semoga takde kejadian pelik berlaku lagi. Semoga Allah melindungi kami semua daripada segala malapetaka dan kejadia yang tak elok. Amin.