Thursday, March 8, 2012

kita kawan selamanya

assalamualaikum..

Insyaallah, semester ni adalah semester terakhir aku kat UiTM Shah Alam. Need to struggle hard because I still have a lot of credits to finish =.=". Sentiasa berdoa agar Allah memudahkan segala perjalanan aku sepanjang semester akhir ni. Amin.

Apa yang pasti di semester terakhir aku nak spend a lot of time dengan kawan-kawan di sini. Almaklumlah lepas ni mesti susah nak jumpa. Yer laa. Aku paling jauh. Kelantan.

Sepanjang 3 tahun bersama kawan-kawan kat sini banyak mencipta kenangan dan pengalaman baru bagi aku. Apa yang tak pernah buat aku buat. Sering berkongsi cerita.

Mungkin entri selepas ni lebih berkisah kapada rakan-rakan di sini. Supaya nanti kalau aku terbaca balik aku  tersengih sorang-sorang. :)

ramai yang tade ni.

jom kite enjoy sem last ni kawan-kawan yer :)

Sunday, March 4, 2012

tidak malukah kita

assalamualaikum..

Kita selalu meminta-minta dariNya. Meminta apa yang kita inginkan. Kalau ada masalah kita akan serta merta berdoa kepadaNya agar masalah tersebut dapat diselesaikan. Waktu kesusahan kita sering meminta kepadaNya untuk peroleh kesenangan. Tatkala kekusutan melanda kita sering meminta dariNya agar diberi ketenangan. Jikalau  dalam kemiskinan kita sentiasa meminta dariNya agar dilimpahkan rezeki.

Ya. Kita selalu meminta daripadaNya. Tapi kita selalu lupa untuk membuat segala suruhanNya. Solat kita tak sempurna. Dosa masih kita lakukan. Amalan kita sedikit cuma.

Tidak malukan kita. Pandai meminta, banyak meminta daripadaNya. Nak doa dikabulkan sahaja. Tapi kita lupa, kita banyak meninggalkan suruhanNya.

Dan kita terus meminta-minta daripadaNya tanpa memperjuangkan suruhanNya...............